Assalamualaikum iiumc readers. First of all, selamat hari raya la. Tapi apa yang aku nak confess ni takde kene mengena dengan raya eh. Since 3rd syawal aku dah tak sambut kan.. Haha. Aku proceed eh.
Tadi aku tengok satu video ni. Video pasal ada sorang pencuri nak pecah rumah, tapi kene tangkap. Aku tengok dalam video tu orang kampung dah ikat dah dia, tapi still nak pukul2 and sepak dia. Memanglah dia kurang ajar dalam video tu, plus memang dia buat salah. Tapi aku nak tekankan kat sini, wahai orang ramai, sudah2 la menghukum orang. Kau pun tak perfect mana. Kau dah tangkap dia, bawak dia pegi balai terus. Jangan macam bagus kau pun nak belasah dia.
Bagi yang merecord video, apa jenis video pun lah, kalau bole sudah2 la amalkan perangai macam ni. Sekarang ni since gadget menguasai diri, kes orang bercerai, kes bergaduh, kes apa apa kes lagi lah, semua nak diviralkan. Aku bukan nak backup pesalah tu. Tapi jagalah aib dia. Jaga aib orang. Seteruk mana pun orang tu, tak salah pun kalau kau simpan aib dia. Kau yang tukang record ni tak sedar ke once satu video tu dah viral, dosa kau akan tercatat sebab bukak aib orang . Hm..
Aku tahu mesti ada yang tak setuju. Tapi sekurang kurangnya aku dah tegur. Apa yang baik, kita amalkan. Yang buruk, kita tinggalkan.
– iiumc reader
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Aku sokong kau. Sepak sekali dua dah la. Jgn smpai dia patah tulang cacat seumur hidup pulak. Mana tau dia bertaubat ke lps tu. Tp ada masa faham je rasa geram sbb keselamatan keluarga kita terancam. Hmm.
Setakat curi saja takpe lagi kalau tak dibelasah,tapi kalau mencuri dan mencederakan family tuan rumah, memang kalau kena tikam dgn org kampung pun tak pelik dah.
Sudah-sudahlah mencuri wahai pencuri.
Yang mencuri tu baik mengaku & mintak maaf cepat-cepat. Tak kiralah curi harta ke curi duit ke curi hati ke. Hmm.
nak curi hati you laa… bole?
Ameklah sis. Sis nak berapa keping hati saya? ?
im a man… ok esok i masuk minang. Bak sini alamat umah.. ?
Yelettuww ? rumah dkt tepi sawah . mai la.
Saya sokong sangat2… sekarang semua benda nak viral… tapi ada lagi yang paling sedih… bila ada kemalangan.. dengan keadaan mayat yang agak mengaibkan…gambar disebarkan merata tempat.. sungguh itu juga adalah aib untuk si mati dan keluarganya.. ibu saya pesan… kalau ada kemalangan..jangan la viralkan gambar2 mayat.. jagala aib orang yang mati