Suka Berhutang

Assalamualaikum semua. Pertama sekali aku ingin mengucapkan terima kasih kepada admin jika cerita aku disiarkan dan aku harap semua dapat ambik iktibar.

Aku merupakan anak ketiga dari empat orang adik beradik, dan ayah aku merupakan kaki tangan kerajaan manakala mak aku pula berniaga secara kecil-kecilan. Aku sejujurnya sangat terkilan dengan adik-beradik ayah aku.

Ya, ayah aku merupakan anak lelaki sulung di dalam keluarganya dan dikira mampu berbanding adik beradik yang lain. Kami pula adik beradik semua dah habis belajar, ada yang dah bekerja, ikut suami dan masih mencari kerja seperti aku dan adik aku.

Jadi, kami yang masih belum bekerja masih bergantung dengan mak ayah la jugak. Cuma kadang-kadang, bila nak ke pekan cari kerja kami perlukan duit. Tapi, kadang- kadang kami pun rasa sebesalah nak minta dengan mak ayah kami sendiri memikirkan keadaan mereka yang selalu dibebani hutang adik beradik yang lain.

Kadang, mak balik berniaga sampai tak berbalik modal sebab setiap minggu nak kena settlekan hutang adik beradik abah.

Aku pun tak faham, kenapa masih ada orang yang sanggup menyusahkan orang lain sedangkan masih banyak jalan lain yang mereka ada.

Mereka sudah berkeluarga dan sudah punya anak, namun masih membebani orang sekeliling untuk kehidupan mereka serba cukup. Bayangkan, sampai kami sendiri bila nak keluar cari kerja perlu fikir perlu tak minta duit dengan mak ayah.

Sejujurnya, kami adik beradik sangat rasa terbeban dengan apa yang terjadi, mak ayah dah tua tapi masih kena fikir bebanan hutang tetap orang lain. Bayangkanlah sampai seminggu kena bayar hampir beratus-ratus. Bila kita tegur, alasan yang akan diberi “nak buat macam mana?”

Kalau hukum lain, petah pula kelompok ni berbicara, ini haram itu haram tapi bila pasal hutang semua diam kan ja. Sampaikan golongan ni tak sedar yang kami sekeluarga sangat terbeban dengan sikap dan hutang mereka yang sekeliling pinggang.

Dikelilingi dengan orang yang sangat pentingkan diri memang susah, kadang mak aku berniaga pun ramainya lah beli berhutang, seolah-olah mak aku ni tempat peminjaman wang. Ada juga segelintir yang bila nak berhutang beli barang dikedai mak, tapi kalau ada duit beli di tempat lain.

Selain dari tu, adik beradik ni juga suka sangat aktiviti gadai menggadai barang kemas. Sampaikan, barang kemas adik beradik lain dikacaunya.

Bagi aku, Allah ni tak pernah nak cipta manusia dekat muka bumi dia ni untuk hidup miskin tapi Allah yang maha adil ni kalau tak diberikan seseorang kaya pun Dia akan bagi dengan kecukupan pada seseorang itu.

Tapi, bila ada manusia yang nak hidup mewah tapi tak mampu, inilah jadinya. Sampai membebankan orang lain dan menzalimi kehidupan orang lain. Bila barang mereka gadai nak lelap di kedai, mulalah cari ayah aku untuk pergi selamat kan barang tu.

Hati anak mana yang tak sedih melihat mak ayah dari muda sampai ketua memikirkan mana nak mencari duit. Dulu, kami belajar semua guna duit dan sekarang anak dah tak belajar, adik beradik pula yang membebankan mereka dengan tangungjawab yang bukan sepautunya mereka pikul diusia sebegini.

Pesanan aku kepada yang membaca coretan hati aku ni, tolong lah jangan lah berhutang dan membebankan orang lain. Hidup dan berpijaklah dibumi yang nyata.

Kita disini tak lama, kalau bekal hutang menimbun yang engkau bawa, engkau juga susah nanti. Hidup mengikut kemampuan lebih baik, biar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang asalkan tak berhutang.

Dan kalau kalian berhutang, ringankanlah tangan untuk bayar balik. Jangan hanya fikir perut korang ja nak kenyang. Tapi fikirlah ramai yang menanti duit yang korang pinjam untuk survive.

Kalau hidup berhutang ni, korang dah zalimi orang lain dan sampai bila pun korang tak kan ada rezeki yang berkah. Terus berhutang dan berhutang sebab sentiasa duit tak cukup kan.

Pesanan aku, tolonglah fikir dua kali kalau nak hutang orang kalau dah tahu tak mampu bayar.

– Khadijah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *