Assalamualaikum wbt.
Pada posting kali ini, saya ingin berkongsi mengenai antara sebab-sebab kenapa orang tidak hadir ke walimatul urus orang-orang terdekat mereka.
Seperti biasa, orang kita memang mudah berprasangka buruk. Bila sedara atau kawan rapat tak hadir ke jemputan majlis perkahwinan kita, kita suka jump to conclusion bahawa si dia memang tak berminat nak datang atau si dia malas atau sebagainya. Sedangkan, si dia tak hadir bersebab.
Antara sebab-sebab kenapa seseorang yang dijemput ke walimatul urus seseorang tidak hadir memenuhi jemputan adalah kerana :
1) Masa tidak mengizinkan. Kebetulan tarikh majlis perkahwinan anda itu mungkin bertindan dengan tarikh penting si dia untuk aktiviti lain. Aktiviti itu pula tak boleh ditunda , jadi terpaksa dia mengutamakan aktiviti/program/hal tersebut berbanding majlis kahwin anda.
2) Tidak sihat/sakit. Kebetulan pada tarikh kahwin anda itu, si dia kebetulan tidak sihat dan tak larat nak berjalan.
3) Jarak jauh. Kadang kala jarak yang terlalu jauh memang menjadi penyebab utama kenapa orang sukar memenuhi undangan perkahwinan.
4) Tiada kenderaan. Ini adalah sebab yang selalu orang takde kenderaan akan beri alasan. Lagi lagi kalau majlis anda tu jauh. Pulak tu, takde geng nak menumpang kereta. Nak naik public transport? Tak reti. Tak tahu jalan lagi. Adeh. Susah juga yaa
5) Takde duit. Hahh jangan tak tahu.. nak hadir ke kenduri kahwin pun kena ada duit yaa. Kalau takde duit duduk rumah senyap senyap jelah. Nak ke kenduri kahwin, kena naik kereta/motor/public transport. Semua tu memerlukan duit tambang minyak. Kalau naik public transport, kena ada duit tambang. Kalau majlis kahwin tu jauh, agak-agak berapa tiket pergi balik nak ke majlis kahwin? Orang berduit mungkin tak kisah, tapi orang tak berapa nak ada duit ni memang kena buat kira-kira dulu duit makan minum lepas ni cukup ke tidak.
Saya kongsikan kisah saya pula. Baru-baru ini ada 1 orang rakan baik saya berkahwin. Dia memang mengundang saya untuk ke majlis tersebut. Malah, dia siap memujuk lagi saya supaya hadir. Untuk pengetahuan anda, dia memang bff rapat saya. Cuma, majlis kahwinnya agak jauh. Jadi apabila dia bertanya, saya cuma beri jawapan “insyaAllah”.
Tapi apabila tempoh majlisnya semakin hampir, saya mula check baki duit. Alamak! Duit dah tinggal sedikit. Saya baru plan nak naik public transport untuk ke majlisnya, namun duit saya hanya cukup makan sahaja.
Majlisnya agak jauh dan kalau naik bas, perjalanan saya ke sana mungkin ambil masa dalam 5-8 jam. Saya mula berfikir, nak ke sana balik hari ke atau macam mana? Penat juga nak balik hari. Tapi kalau nak stay, perlukan duit lagi
Jadi saya cuba tanya bff saya sekiranya saya boleh bermalam di rumah dia semalam. Tapi jawapannya menghampakan. Saya faham, dia busy. Yelah, kahwin. Mana nak free. Rumah dia pun penuh sedara mara. Takkan la saya orang asing tiba-tiba nak mencelah menyibuk di rumahnya. Saya faham itu.
Jadi disebabkan oleh tiada wang, akhirnya saya memutuskan untuk tidak hadir ke majlis kahwinnya. Saya fikir, kalau saya tetap juga pergi dengan menaiki public transport, saya risau kalau kalau saya sesat di sana nanti sebab saya tak tahu jalan.
Lepas majlis kahwin bff saya selesai, bff saya ada berkecil hati dengan saya sebab tak hadir ke majlis dia. Yelah sape tak sedih bestfriend tak datang. Tapi dia tak faham kalau saya ni tiada duit. Dia pun tak faham kesukaran untuk ke majlis dia. Dah la jauh. Takde transport. Takde duit. Tak tahu jalan. Agak-agak dia ada fikir tak kesukaran saya? Mestilah tak. Saya cuba explain tapi orang kita tetap suka berprasangka kan? Bila beri alasan itu ini terus dikata “alahh alasan je tu. Kalau nak datang, buat lah cara apa pun asalkan datang”. Hmm sedih kan bila orang tak faham kita.
So saya nak berpesan kepada anda semua yang belum berkahwin dan bakal mendirikan rumah tangga. Anda pasti mahu kan bestfriend anda hadir ke majlis kahwin anda?
Kalau mahu, pastikan anda follow tips ni :
– Sediakan homestay khas untuk bestfriends (jika bestfriends lebih dari 1). Sewa homestay siap2 untuk bestfriends anda tidur di situ sehari sebelum majlis. So bestfriends anda boleh tolong bantu anda untuk persiapan majlis sekali. Tak rugi pun berkorban sedikit duit sewa homestay tu. Kalau taknak sewa homestay, ajak bestfriend tidur bermalam di rumah. Tips ni sesuai kalau bestfriends anda tu orang jauh. Kalau dekat tu rasanya tak perlu pun bermalam.
– Adakan 1 slot bergambar khas bersama bestfriends. Saya faham, masa sesi photoshoot tu pengantin selalunya tak hirau dah orang lain. Kadang2 masa majlis ni bestfriends krik krik je sebab pengantin tengah happy dengan pasangan. Kot ye pun busy, jangan lupa bergambar dengan bestfriends sekali. Bestfriends ni datang bukan nak apa pun, nak dapat gambar kenangan dengan pengantin sekeping pun jadilah. Jadi, layanlah tetamu anda especially sedara mara dan bestfriends dengan baik.
– Berikan lauk lebih kenduri atau kirimlah apa pun buah tangan untuk bestfriends. Lagi2 kalau bestfriends tu datang dari jauh. Orang kata, sepatutnya tetamu lah kena meraikan pengantin. Tapi sebenarnya, pengantinlah yang sepatutnya meraikan tetamu. Tujuan majlis perkahwinan itu sendiri dibuat sebab nak bagi tetamu makan. Bukan sekadar nak tayang baju pengantin yang lawa lawa dan sekadar berphotoshoot. Jadi pastikan bestfriends anda rasa dihargai hadir ke majlis anda. Caranya? Berikan sedikit buah tangan atau hadiah sebelum dia pulang.
Senang je tips nya. Selamat beramal.
– Homosapien
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit