Sambung Belajar Atau Kerja?

Assalamuaikum

Terima kasih admin sudi siarkan confession aku.

Aku Sarah (bukan nama sebenar) berusia 22 tahun, berasal dari utara dan merupakan lepasan diploma IPTA. Sekarang ni aku tengah dilema sama ada nak sambung belajar atau pun teruskan kerja. Aku baru sebulan bekerja sebagai kerani di sebuah pasaraya. Gaji aku hanya RM 1K sahaja, klau tolak epf smua, tinggal la dalam 900 lebih. Pasal gaji tu aku tak kesah sangat memandangkan aku tinggal dan parents. So, dapatlah jimat sikit. Buat pengetahuan korang, sebelum ni hampir setahun aku mengangggur di sebabkan masalah kesihatan. 7 bulan lepas, aku telah menjalani pembedahan tulang belakang atau lebih dikenali sbgai ‘scoliosis’. Selama tempoh tu aku memang tak bekerja dan hanya dduk di rumah saje sebab aku masih tak kuat lagi untuk bekerja.

Lepas habis diploma, aku isi UPU untuk kemasukan degree, tapi aku gagal, rayuan pun aku mintak jugak. Tapi masih jugak tak dapat. Sedih tu Allah je tahu. Waktu tu aku sangat down tengok kawan2 kebanyakkannya sambung degree, ada yg bekerja. Sedangkan aku hanya dduk di rumah. Di sebabkan aku dah malas nak menganggur lama2, aku pun try cari kerja. Alhamdulillah aku dapat kerja sekarang ni walaupun gaji tak besar mcm org lain sbb aku taknak memilih kerja.

Baru-baru ni, aku dapat tawaran sambung belajar degree. Aku pun tak sangka sebenarnya. Sebab time aku isi tu memang aku tak letak harapan langsung. Yang masalah sekarang ni, aku masih tak dapat buat keputusan lg. Tapi, mak aku ni memang beria nak aku sambung degree, dia lah orang yg paling happy sekali bila dapat tahu pasal ni.

Sekarang ni aku dilema sebab taktahu nak fikir perasaan diri sendiri atau mak aku. Kalau sekarang aku tak dapat kerja, aku dah terima tawaran ni. Tapi masalahnya aku dah kerja, aku jadi serba salah pulak. Mak aku cakap, kalau aku sambung belajar, nnti aku dapat kerja bagus, gaji besar. Tapi hakikatnya , zaman sekarang ni susah nak cari kerja. Kebanyakkannya nak pengalaman bertahun-tahun. Mak aku ni tak faham dengan realiti hidup zaman sekarang. Lagi satu, mak aku ni , dia nak aku jadi mcm anak orang lain. Kalau dia tengok anak org lain jadi cikgu, dia nak anak dia jadi cikgu jugak. Kalau dia tengok kat tv orang lain jadi designer, dia nak anak dia jadi designer. Kadang- kadang aku pun pening dengan mak aku ni. Kakak dengan ayah aku lagi suka kalau aku kerja, sebab dorang tahu betapa susahnya nak dapat kerja sekarang. Sebelum ni pun, banyak kerja aku apply tapi tak dapat.

Lagi satu, aku merancang untuk bertunang hujung tahun depan dan berkahwin pada tahun seterusnya. Sbb hubungan aku dgn boyfriend pun dh lama , hampir 3tahun lebih. Aku tengah struggle cari duit sendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Kalau aku sambung degree, mak aku kata, dia kasi je kahwin time belajar. Tapi, mana aku nak dapat duit kan? sebab tulah aku pilih untuk bekerja. Tapi bila fikir perasaan mak aku, aku jadi serba salah, taktahu nak buat keputusan. Please help meee

– Sarah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit