Aku selalu baca confess kat page ni. Suka sangat,aku harap admin apprv =)
Aku cerita apa yang aku ingat je lah ye .
Ibu aku cikgu sekolah rendah.Aku sekolah situ jugak. Satu hari tu Ibu ajak masuk bilik guru,tolong dia angkat barang. Aku happy lah dapat tolong Ibu. Sampai meja guru Ibu,aku nampak satu frame.
Frame tu ada gambar anak murid Ibu aku,,perempuan. Sedih aku,kenapa bukan muka aku.Sampai satu masa,line clear..Aku campak frame tu sampai pecah.Aku buat tak tau..
•••
Aku teman ibu aku pergi kedai. Ibu aku ambik sumi,makanan ringan sedap sedap..Aku happy lah,bukan selalu.Bila masuk kereta,aku mintak Ibu aku sumi satu.Aku buat suara paling manja lah.Ibu aku cakap,"Ehh..ni semua untuk Ain lah.Dia kat hospital". Aku tersentak. Yang aku beria dari dalam kedai..sampai ke cashier.. sampai ke kereta,bukan untuk aku rupanya,ok tak pe..hmm.
•••
Yang paling aku tak boleh lupa. Satu hari tu,kitorang satu family pergi makan kat tempat mewah sikit.Esok nya birthday aku. Aku pun snap gambar makanan,upload gambar family denga caption "Sambut birthday aku awal sebab esok semua ada hal :) ". Aku dengan hati yang sesangat happy sampai tak peduli sangat orang tanya apa,tiba tiba terdengar ayat ni dari mulut Ibu aku,"Taklah…ni bukan sempena birthday *(nama aku)*.Ni sebab Ibu dapag BONUS". Aku terdiam.Cepat cepat aku delete semula gambar yang aku upload tadi. perasan betul aku ni!
•••
– Anak mu
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Sedihnya. dulu masa kecik pun aku tak suka anak murid mak aku.. .hahahah
Haha! Mak aku pon dulu cikgu, xder la sampai sayang pelajar lebih dari anak sendiri.. walopon dia garang
Itu yang terzahir. Yang tersembunyi siapa yg tahu kan? Mungkin ibu awak memang sayangkan awak. Cuma tak nak tunjuk sangat. Jangan sedih ye…
Jangan buruk sangka dengan mak . Kalau mak kau seperti sangkaan kau , kau menaip confession ni pun tak reti tau . Aku sensetip betul la orang yang buat orang salah paham kat mak dia . Aishhhh