Sumber Pendapatan & Berjimat PKP 2.0

Assalamualaikum semua, nampak gayanya PKP 2.0 telah dilaksanakan. Dari mula2 PKP 1.0 lagi dah banyak keluhan dari golongan yang kurang berpendapatan ni mengeluh.

Ramai yang mengeluh sebab tak nak dilaksanakan PKP, ramai yang mengeluh sebab tak dapat berniaga.

Pertama sekali aku nak bagi tahu yang apa yang aku tulis di bawah ini merupakan cadangan. Nak terima boleh dan nak tolak pun boleh. Seeloknya tak payah kecam.

Kalau rasa ada cadangan yang lebih baik, sila komen ataupun buat confession yang lain. Kalau rasa aku tulis simple sangat tolong huraikan untuk aku sebab aku pun kadang2 tak ingat nak hurai panjang2.

Di musim PKP ni semua org terjejas. Jangan kata sebab dia ada pencen, kerja kerajaan atau gaji banyak.

Kita tak tahu sebab ada orang banyak gaji tapi lagi banyak hutang dan tanggunggan. Mungkin juga banyak isteri dan dia sibuk bersedekah dgn hasil pendapatan dia tu.

Kalau anda seorang peniaga. Anda boleh cuba meniaga online. Pasarkan barang jualan tu di whatsapp, facebook, instagram, webpage dan shopee.

Kalau ada meniaga makanan sila guna khidmat delivery sama ada hantar sendiri, upah orang, guna bungkusit, foodpanda dan foodgrab.

Kalau rasa tak reti dan tak mampu nak buat serta tak pandai guna IT, sila tanya anak2, saudara mara, kawan2 dan jiran2. Mesti ramai yang sudi bantu.

Kalau ada buat kraftangan, barang2 diy dan hasil sendiri macam tanaman. Boleh jual dan hantar juga di shopee, whatsapp, facebook, lalamove, bungkusit serta grab.

Kalau pandai bidang IT dan software boleh buat kelas online. Sama juga apa2 kelebihan lain yang boleh diajar secara online. Banyak kerja yang boleh dibuat secara freelance.

Kalau rasa ada lebih pendapatan. Silalah buat simpanan dan melabur. Mana barang yang boleh pakai dulu sila pakai. Mana barang yang tak perlu tukar jangan tukar.

Tanam sendiri sayur2 dan buahan2. Masak makanan jangan membazir. Ada masak lebih sila simpan dan panaskan ataupun bagi pada jiran2 yang lain.

Kalau anda tergolong di kalangan orang yang banyak pendapatan, sila bersedekah, bagi bantuan serta tolong orang lain.

Lebih baik tolong yang terdekat dulu macam keluarga dan jiran2. Jika semua orang buat macam ni mesti dapat dikurangan bebanan bagi orang yang memerlukan.

Cuba bayangkan jika anda dikalangan orang kaya dan anda bantu 1 buah keluarga. Macam mana pula kalau ada 10 orang kaya bantu setiap 1 keluarga yang susah?

Itu baru 1 keluarga. Kalau 1 orang kaya bantu 5 buah keluarga kan sudah banyak perubahannya? Apa guna ada duit simpan lebih2?

Ada banyak lagi aku nak tulis sebenarnya tapi tak ada idea pula. Kalau ada idea aku sambung ataupun korang komen tambah2kan.

Sebelum aku habis, kalau kita guna balik sistem barter pun okay kot. Sekian…

– PKP 2 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *