SURAT BUAT KAUM ADAM

Assalamualaikum wbt. Terima kasih buat admin IIUMC if approve coretan aku.

Kalau baca dari tajuk, tak perlu lagi utk aku kenalkan jantina aku siapa. Lain la kalau aku gay nak taip surat2 sweet utk sama jantina dengan aku. So cukup sahaja kau kenal aku dengan nama “Si Gadis Pendosa”

Luahan hati ni sudah lama aku pendam. Tapi izinkan aku luahkan satu per satu agar kalian ketahui isi hati kami sebagai seorang “wanita”. Maaf. Mungkin post aku ni tak dipersetujui oleh kesemuanya, tp aku bersyukur andai ada wanita yg masih ada iman di hati utk tersedar kebenaran ini.

Aku wanita biasa. Tak berpurdah. Tak alim. Tapi memadai menutup segala aurat aku drpd dilihat oleh lelaki2 lain. Ya. Aku tak pandai sangat agama. So aku taktau nak selit hadis2 ke or firman Allah dlm post aku ni.

Sebelum aku bertutup menutup aurat dengan sempurna, aku juga seperti wanita2 yg suka mendedahkan apa yg tidak patut. Tonjol sana sini, rambut terkeluar biaq depa tengok dahi jendol terjojol, kaki dah mcm ala2 orang nak pi swimming. Lain aku malas nak cakap. Aku segan. Syukur alhamdulillah, Allah terbitkan rasa malu dan segan bila terkenang semula aku yg dulu. Dan ya, sekarang pun aku segan melihat wanita2 di luar sana. Siap ada fan #malaybeauty apa segala mcm lah . Kau search je Instagram budak2 yg suka promote2 diri tu. Berlambak. Pilih je mana kau nak follow.

Tapi sebelum aku nak coretkan surat buat kaum Adam, izinkan aku cerita SEBELUM dan SELEPAS aku berhijrah.

Aku budak sempoi. Aku suka balik dr kelas lalu jalan shortcut. Kiranya kalau dah shortcut tu kau faham2 jela jalan mcm mana. Yg tak berlampu lah, berhutan la, gelap la ape la. Tapi aku ni jenis berani. Mmg dulu aku tak berapa sangat sempurna pakaian, tapi satu sikap aku, keyakinan aku pd Allah terlalu tinggi. Jadi, berbekalkan ayat Kursi, mmg aku selalu amalkan sebagai perlindung . Alhamdulillah, sepanjang 5 tahun aku lalu hutan tu, jumpa mat dadah, jumpa segala mcm mat, belum pernah lg Allah izinkan mereka melakukan apa2.

Tapi, yg membezakan SEBELUM dan SELEPAS ialah pandangan kaum Adam pada aku. Pada ketika itulah aku mula tersentak. Waktu aku terlalu open, pandangan diorang mcm nak mencengkam. Rakus. Mata mcm ntah la. Tapi menakutkan.

Tapi bila aku bertutup sopan, pandangan kaum Adam ialah pandangan yg sangat2 hormat hinggakan aku terasa dihormati sebagai seorang wanita. Sejak aku berubah, kawan2 lelaki kelas aku mcm malu nak bercakap kasar dgn aku . Mmg 100% aku rasa selamat, dihormati , dan terlindung dr segala mcm benda2 tak elok. So aku mmg happy dgn penghijrahan aku. Cuma aku sedih, masih ramai lagi yg aku tak dapat tarik bersama. Mungkin kerana mereka rasakan publisiti itu indah , sedangkan yg bertutup dan berselindung itu jauh lagi indah drpd apa yg mereka sangkakan.

Jadi, pada kaum Adam, surat ini buat kalian. Dr Si Gadis Pendosa yang tak kuat menarik kaum Hawa bersama2 aku. Tapi aku harap kalian bisa membantu aku.

Kaum Adam,

1) Pelihara nafsumu.

Kami dilahirkan sebagai seorang wanita yg memiliki 9 nafsu dan 1 akal. Tapi, kalian memiliki 1 nasfu dan 9 akal. Jadi sudah tentu kalian lebih bijak dari kami yg tau mana baik dan buruknya. Dan 1 nafsu yg kalian ada itu, jika tidak dikawal dgn baik, boleh membinasakan kami kaum Hawa. Jadi, peliharalah nasfu kalian sebaiknya dan gunakanlah akal kalian ke arah kebaikan.

Aku minta jasa kalian. Jika benar kalian cintakan pasangan yg kalian ada sekarang ini (bagi yg belum bernikah), jagalah setiap gerak geri tangan kalian dr menyentuh kami. Ya aku tau. Pasti ada yg menyalahkan wanita kerana merelakan tp kau punya 9 akal? Tak kan tak boleh tau halal haram kalau dah tau wanita ni mmg lemah dan mudah terpedaya?

2) Jaga mata.

Kami wanita mmg sukakan kecantikan. Tp ada sebahagian dr kami tidak mampu melawan nafsu yg terlalu ingin dilihat cantik dan sentiasa dipuji. Alangkah indahnya jika kalian tundukkan pandangan drpd terus menerus memuji kami. Tahukah kalian, wanita2 yg suka dedah sana sini, yg suka makeup tebal2 tu semua, dia update sebab ada sokongan dan pujian. Kononnya “fans”.

Tapi cuba kalau kalian-kalian semua, seluruh kaum Adam, tolong jangan pernah like gambar kami yg kalau anda sendiri tengok pun sebenarnya sekadar nak melepaskan nafsu semata bukan nak puji sangat . Aku yakin, jika kalian bisa melakukannya, wanita2 yg jenis mcmni akan cuba kurangkan dr upload gambar2 yg tidak sesuai ditatap umum.

3) Jaga kata².

Kami lemah. Mudah cair. Lagi2 bila kalian bercakap nada ala2 romantik gitu. Sekuat mana pun kami, bila kalian bagi kata2 harapan, tembok besar cina pun boleh roboh. Adakalanya kami terpedaya dgn kata2 kalian. Janji2 manis yg kalian taburkan walaupun bagi kalian “tu ayat bercinta kott. Baru romantik sikit”. Tp bagi kami, kami pegang kata2 kalian, sebagai kata2 harapan untuk masa depan kami.

Kaum adam, andai kami ini hanyalah “cinta monyet” kalian, mohon jangan berikan harapan palsu pada kami. Sejujurnya, aku selaku wanita, mmg tak mudah cair dgn kata2 lelaki. Tp bagaimana dgn kaum Hawa yg lain? Yang kalian cuba dan cuba dan terus cuba pikat sehingga dapat tapi setelah dapat, kalian tidak ibaratkan kami seperi apa yg dijanjikan dahulu.

4) Hargai Wanita

Kalian ada ibu? Adik perempuan? Kakak? Dan jangan bagi alasan kau takde adik beradik perempuan utk kau buat kami sewenang2nya dengan pangkat “pakwe” je pun? Kalian bukan suami. Tapi baru naik taraf “boyfriend” drpd “abang angkat”, kalian memperlakukan kami mcm kalian suami kami?

Aku cakap kerana kawan2 aku mcmni. Nak keluar, call bf. Nak pi toilet, inform bf. Kalau jumpa, ada siap bersalam? Jap. Kadang2 aku taktau nak salahkan generasi wicet ke atau kalian sebenarnya yg mencipta sendiri “generasi wicet” tu tapi buat2 marah konon2nya “eh mangkok gila minah ni. Acah2 sweet je ikut ckp laki tu.”

Sebab aku sedih, call bf, call gf, boleh lak berjam sampai telinga panas berasap tapi layan. Bateri kong, pi gayut dgn wayar2 berlilit2 tu. Bateri terbakau, pi lari kedai beli iphone terus. Sampaikan kalian sendiri yg mencipta fenomena “till Jannah” padahal nak hampir ‘jahanam’ kau tak sedar?

Senang je kau nak pilih. Aku bagi tips sikit. Wanita ni ada 2 jenis je dalam dunia ni. Cerdik atau otak udang. So kalau kalian dapat jenis yg otak udang ni, tak payah bangga sangat nak “show off” yg kalian ada gf or isteri cantik mcmtu. Sebab kalau di otak gred A, dia sendiri tau betapa malu nak tayang diri dia selain dr mata kalian sorang. Taktau la aku, korang ni jenis suka wanita pasar. Yg elok cantik dihidangkan utk dipilih ramai2 orang. Dah pilih2 lepastu tangan berbau kemudian cuci dan pilih lain. Faham?

Maaf andai surat aku ini membuatkan kalian tersentap. Tapi aku perlukan bantuan kalian. Bantulah kami . Bantulah kaum Hawa yg imannya senipis kulit bawang dan sehalus sarang labah2. Kalau tidak, masakan kalian dipilih menjadi ketua keluarga, pemimpin kpd seluruh tulang rusuk kalian?

Ustaz aku cakap, ibadah antara laki2 dan perempuan2 ibarat tangga. Saat kita (lelaki dan wanita) beribadah, langkah tangga kita serentak dan seirama. Tapi saat kami uzur, langkah kami terhenti di situ sedangkan langkah kalian terus bertapak ke atas.

Walaupun mudahnya utk kami utk memasuki syurga, tapi kenapa penghuni neraka itu lebih banyak kaum Hawa berbanding kaum Adam?

Maafkan aku. Maafkan kaum Hawa. Aku tulis sekadar ingin bantuan dari kalian utk membantu wanita2 kategori kelas kedua. Kerana aku tau, keseronokan kalian sementara tapi bila ingin menjadi pendamping, kalian pilih wanita kelas pertama. Kenapa?

Aku harap ada kaum Adam yg sudi membalas surat aku. Aku cuma ingin tahu. Sebab aku sedih melihat kaum Hawa aku sendiri.

Sekali lagi maaf. Yang baik dtgnya dari Allah, yang buruk segalanya dari aku, Si Gadis Pendosa yang tiada titik noktahnya.

Assalamualaikum

– Si Gadis Pendosa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit