Assalamualaikum wbt dear readers. Terima kasih banyak2 pada admin jika menyiarkan confession ni kerana aku sangat berharap pendapat aku ini dapat dibaca orang ramai.
Kalau kalian jenis triggered teruk dengan penulisan campur BM BI sori la ea, huhu. And isu dan contoh aku sertakan agak pelbagai so maybe korang pening ke ape again sori sebab aku hanya meluahkan dari kaca mata aku.
Firstly pasal aku sikit aku masih lagi seorang student di salah sebuah IPTA yang tersohor di Malaysia dan tujuan confession ni nak tuju pada so-called seniors di luar sana.
Aku buat confession ni based on penelitian peribadi aku melalui media sosial bertahun-tahun jugak lah. Kalau kalian rasa tak setuju bolehla share di komen ya. Warning confession ni panjang so korang decide la nak baca ke tak kalau dah baca pastu triggered jangan meroyan pulak tau.
Jadinya aku perasan la trend hidup dekat Malaysia ni mesti ada budaya seniority and comparing dekat mana2. Kau lahir lagi awal, kira legend hebat bagai meanwhile yang lahir kemudian sikit ni hina semacam jer. Salah satu ayat keramat dia “budak2 sekarang manja ar zaman aku dulu blablabla”
Aku boleh bagi contoh kat sekolah lama aku sebuah SMKA di Terengganu yang agak tersohor la. Senior mesti mintak junior2 respect dekat senior. Bagi salam bagai. Cakap elok2. Kalau tak puas hati je dengan junior panggil and kumpul kat bilik gelap brainwash tengking2 nak belasah pun ada.
Yang paling hina sekali senior2 ni siap tunggang dalil agama lagi mintak kena hormat dengan junior maklumla SMKA kan. Pakej dengan rajin lagi cari salah junior buat modal nak maki. Dan disekolah lama aku tu benda ni particular dalam badan2 pengawas aku tak tau siapa dan untuk apa start benda bodoh camni. Batch sendiri macam apa tak ditegur pulak.
Kesannya jadi berantai yang junior naik jadi senior buat balik dekat junior baru. Cikgu pembimbing pun takleh harap langsung tahu tapi buat bodoh jer benda camni. Pendapat aku, respect need to be earned. Kau la tunjuk macam mana nak hormat orang baru orang hormat kau. Bond dengan junior elok2 dulu.
Tu baru satu contoh bentuk ‘seniority’ yang diamalkan la. Kalau musim exam macam SPM. Akan ada la budak mengadu dekat media sosial sedih sebab soalan susah KBAT macam addmath semua tu. Maka muncullah senior2 perfect tapi bodoh sombong nak compare dengan zaman firaun jepun dia dulu tu selalunya geng 80’s 90’s la.
“Budak sekarang manja ar soalan susah sikit meroyan dekat media sosial tau tak zaman aku dulu addmath dalam BI soalan lagi susah tau tak, rilek jer kitorang okay jer hidup takde pun merungut ke apa semua tenang dan redha gituhh”. Zaman dulu takde media sosial cam sekarang sebabtu takleh luah2 cam sekarang.
Berkenaan soalan exam tu, korang senior kena akui soalan zaman sekarang ni sememangnya lagi susah dan mencabar untuk kemampuan akal seorang budak sekolah. Tengok la silibus diorang macam mana.
Even para cikgu pun pening nak mengajar budak2 sekarang sebab silibus advanced lain macam (tapi fasiliti pembelajaran still tak maju jugak wahai menteri). Takyah tengok SPM tengok silibus darjah 1 pun dah cukup.
Zaman dulu, kalau kau dapat result teruk, kau memang bodoh dan malas belajar. Zaman sekarang, result teruk belum tentu lagi kau bodoh dan malas. Kau boleh nilai sendiri effort mereka yang berusaha tuisyen petang malam.
Kalau kau pandang budak2 tiktok jer memang takkan maju. (Even orang tua pun main semacam jer tiktok kan ). Budak pandai makin ramai so budak yang average ni la jadi mangsa so called sistem pendidikan alaf baru ni puih.
Malah 80’s 90’s ni sendiri pun kadang2 jadi mangsa jugak dengan yang lagi senior. Contohnya isu pekerjaan. Dituduhnya graduan zaman sekarang malas cari kerja suka curi tulang tak buat apa2 and worse is, bangsa Melayu yang kerap jadi mangsa seolah2 bangsa lain tu semua rajin kononnya.
Realiti yang aku nampak ramai je kerja jadi driver grab, rider grabfood bagai kadang2 semak kelulusan power je. Tapi dah takde pilihan demi rezeki tetap jugak kerja. Yg buat confession pergi interview banyak kali tapi kena tolak, kena scam pun ada. Tu pun ada pemimpin sampah claim bangsa Melayu malas (k termasuk politik sikit).
Aku tak nafi wujud jer yang malas tu lagi2 anak cucu menteri la sedap melantak hasil curian bapak dan atok diorang. Even yang miskin pun ada jugak pemalas harapkan bantuan tapi kalau kau pandang golongan2 camni jer sampai bila2 takkan maju dan sama level dengan diorang.
Tambahan sikit pasal comparing dalam pekerjaan ni bukan antara zaman jer tapi antara kerja berbeza pun ada jugak nak compare.
Isu terbaru doktor staff nurse dan certain lecturer kena potong elaun kritikal diorang dan diorang fight hak diorang supaya tak ditarik. Tetiba muncul golongan bodoh yang kerja lain condemn usaha doktor2 nurse2 ni “alah janganlah manja sangat kitorang kerja blabla takde elaun langsung elok jer”.
Kau yang taknak fight untuk diri kau, janganla marahkan doktor dan nurses tu fight hak diorang dan paksa diorang jadi lembu dicucuk hidung macam kau. In addition berkenaan seniority dalam kes ni, wujud dua senior la satu yang takde hati perut tak kisah sebab diorang tak kena siap sokong lagi pemotongan elaun tu.
Satu lagi senior yang cerdik dan bijak sama2 fight untuk junior doctors and nurses sebab diorang tau bahananya chain reaction yang akan berlaku jika junior doctors and nurses ni demotivate teruk untuk bekerja or pindah ke swasta ke apa.
Contoh situasi yang kedua terakhir, apabila keluar berita mengenai anak murid kena dera or pukul dengan cikgu, mak ayah report. Maka berbondong2lah keluar sekali lagi geng “zaman aku dulu ni” cakap mak ayah sekarang terlalu manjakan anak bagai.
“Zaman aku dulu cikgu rotan tangan sampai patah jari rilek je aku hidup kudung tangan”. “Dulu aku kena libas pakai paip kat punggung sampai takleh duduk langsung happy jer berdiri sepanjang hidup. “ “ weh cikgu aku dulu tampar muka aku kuat gila sampai tercampak keluar otak aku elok je boleh taip komen bodoh camni”.
Aku tak nafi memang wujud kes2 budak manja tu tapi golongan2 ni tak habis2 pukul rata semua kes budak manja. Kau tau ke cikgu tu stres kerja banyak sangat sampai terlepas amarah dekat budak ke apa. Malah cikgu pun manusia ada yang jenis malaikat ada yang sampah so salah kalau nak generalise semua salah budak. Ironinya, mak ayah yang manjakan anak tu rata2nya seumur dengan geng “zaman aku dulu “ ni.
Last contoh dari aku, bila aku bukak je lagu lama dekat youtube mesti ada je komen “lagu zaman dulu legend zaman sekarang sampah”. Antara artis sering jadi mangsa kutukan ialah aiman tino, nabila razali. Aku cam apa la masalah diorang ni nak petik2 nama penyanyi sekarang. At least bagi la komen membina instead of kutuk je memanjang. Haih. Aku pun admit memang lagu2 zaman ni kureng tapi there’s no need to downgrade them at all.
Tu jela kot maaf panjang berjela and point aku tak teratur ke apa aku bukan penulis profesional. Aku harap sangat geng2 otak sempit “zaman aku dulu” baca confession aku ni. Nasihat aku, hentikanla benda bodoh seniority and comparing ni semua.
Korang tak jadi hebat pun bila bangga compare sana sini. Nanti korang jadi arwah mungkin geng junior ni jugak yang akan menguruskan persiapan jenazah korang ke alam barzakh tu ye. Sementara hidup ni majukanlah diri instead of bragging like an idiot of whichever era you are bornt in. Sekian.
– Not your typical junior (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit