Surat untuk Kin – 7:10 PM

Surat untuk Kin

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika sudi approve.

Hari ni keputusan spm. Dan ini untuk adik Kak.

Kin, keputusan yang Kin dapat sejujurnya Kak ada sedikit kecewa. Mahunya tidak, Kin si bongsu yang semua orang dalam keluarga harapkan. Awal dulu Kin dapat masuk aliran sains tapi kerana rasa tidak yakin Kin minta ditukarkan ke aliran sastera. Tidak mengapa walaupun harapan Kak tinggi untuk Kin tebus balik apa Kak tak dapat dulu. Sebab Kak tahu Kin minat eksperimen maka ada fizik dan kimia kan. Baucer buku Kak hampir 90% Kak habiskan untuk keperluan buku dan alat tulis Kin. Sebab Kak cukup risau kalau Kin rasa tidak lengkap itu ini. Keputusan Kin tak teruk pun. Cuma kurang A saja, dan B pulak berlebih Kin kutip. Haha. Cuma, iyalah bila mak atau ayah jumpa orang. Orang tak tanya dapat berapa B, biar sipi2 nak dapat A pon. Orang tanya "Dapat berapa A?" Kan. Kak bila mak bagitau keputusan Kin, terkejut rasa malas mahu sembang dengan siapa pon. Entahlah Kin, Kak pulak emo padahal Kin releks ja. Haha.

Tadi, masa sembang Kak rasa nak membebel tak berenti. Sebab Kak sungguh kisah soal masa depan Kin. Tapi, Kin cakap dah cukup bangga dengan apa Kin dapat. Sebab Kin buat dengan usaha sendiri tanpa meniru. Sedangkan ada kawan Kin dapat 8A sebab meniru. Kak faham Kin, perasaan bila buat sendiri, jujur dalam exam tapi dapat rendah. Sebab dekat U pon Kak macam tu. Selalu dapat rendah sedangkan sudah usaha berlebih. Mungkin nilai berkatnya setakat itu. Perasaan bangga yang Kin rasa, Kak dah rasa. Dekat U lagi dasyat Kin.

Kin dan baik punya bentang jalan hidup Kin depan mak kalau result tak lepas masuk U. Kin nak berniaga katanya. Kin, apa pon Kin buat. Kak sentiasa support. Sekurang-kurangnya Kin ada matlamat. Kak ni, sampai degree berebut nak dapatkan kerja. Kos yang Kak ambil lebih kepada lelaki pekerjaannya, jadi peluang yang ada sambung belajar lagi.

Kak ada terbaca dekat ada orang tweet. Katanya lebih kurang "Daripada doa dapat keputusan yang cemerlang, lebih baik doa dapat keputusan yang terbaik".
Sebab, boleh jadi yang cemerlang menjadikan kita alpa, tapi yang terbaik itulah yang terbaik untuk hidup Kin depan hari. Allah Maha Mengetahui. Tengok Kin jaga solat Kak dah cukup sejuk hati. Kin dulu pernah buat Kak sentap dalam diam bila Kin cakap kalau belajar tinggi2 dan jauh, siapa nak jaga makayah.

Untuk adik2 yang cemerlang, tahniah dari Akak dan untuk yang tidak cemerlang percayalah itu sudah terbaik. Jangan bandingkan keputusan. Bila masuk U nanti, cemerlang dekat sekolah tak bermakna dekat U juga cemerlang. Akak ada kawan masa dip spm dapat kurang dari Akak tapi dia dapat ANC. Masa degree pon sama, ada sorang kawan pon dapat spm kurang dari Akak tapi masa dip dia ANC dan degree juga ANC. Ada kawan kos lain, sekolah dulu pernah masuk kelas khas pemulihan membaca, dekat U jadi pelajar terbaik untuk kos dia. Ini betol okay. Hehe.

Jadi untuk apa bersedih sedangkan peluang masih ada.

Ikhlas.

– Kakak Kin

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *