Salam. Terima kasih admin sebab approve confession aku ni.
Terpanggil nak bagi pendapat lepas baca confession Miss N dan satu lagi confession by siapa ntah tetapi lelaki.
Aku nak tanyalah lelaki lelaki ni. After korang dah terlanjur, korang taknak bertanggungjawab ke ? Atas apa yang korang dah buat ?
Senang bagi lelaki bagi alasan nak berubah then tinggalkan perempuan terkontang kanting. Gais, I know lah dua dua pihak salah baik lelaki atau perempuan. But things already happened. Aku baca confession Miss N yang si lelaki nak berubah dan tinggalkan dia atas alasan nak berubah ? Okay itu dah baik. Then how about this girl ? Nak biarkan gitu. Terkontang kanting memikirkan nasib diri untuk berhadapan dengan keluarga, masyarakat dan most worst dia fikir ada ke orang nak dia lepas apa yang dah jadi ?
Please ! Stop using excuse "nak berubah". Benda tu bagus tapi cara kau laksanakan tak bagus. Kenapa tak berubah sekali dengan perempuan yang kau dah sentuh tu ? Bawa dia kembali ke jalan yang benar bukannya berubah sendirian berhad.
Guys, perempuan ni lemah. Seriously they are weak. And I believe when that things happened, most of them do it due to love. Disebabkan sayang. Well, macam korang selalu cakap la, lelaki satu nafsu 9 akal. perempuan 9 nafsu 1 akal. Maybe sebab diaorang satu akal je so they can't think properly. Maybelah. Korang yang konon ada 9 akal ni lah kena bawa diaorang balik. Guide diaorang. Bukannya lepas tangan gitu.
Serious, aku tak puas hati bila lelaki bagi alasan nak berubah then tinggal gitu je. Pernah fikir kesan jangka masa panjang ? Okay aku tolong bagitahu.
Untuk lelaki : Korang dah berubah. Dah jumpa orang lain. Kahwin. Kesan dia, maybe orang yang kamu kahwini itu juga seperti yang kamu tinggalkan dulu. Bekas orang. Kifarah itu wujud guys. Don't forget about that. Okay itu satu. Korang maybe ada adik perempuan, sepupu perempuan. Takpun nanti kahwin ada anak perempuan. Pernah terfikir one day orang buat benda yang sama kau buat dulu kat orang orang yang kau sayang ? What goes around comes around. Dan lelaki tu pun bagi alasan nak berubah then tinggalkan orang kesayangan kau. Apa perasaan kau masa tu ? Okay itu perasaan yang sama keluarga perempuan tu rasa.
Untuk perempuan : Dah terlanjur. Ditinggalkan pula. Macam mana nak hadapi masyarakat, keluarga. Lelaki takpelah bukan ada tanda dah takde teruna ke apa. Perempuan yes ada. Kalau mengandung bertambah parah ceritanya. Kat sini ada 2 kemungkinan. Perempuan itu akan berubah menjadi lebih baik atau sebaliknya. Kalau menjadi lebih baik (dia taubat nasuha. teruskan hidup tapi sukar. Dengan pandangan masyarakat, keluarga lagi. Kalau ada anak disebabkan perbuatan itu, dia pelihara sebaik mungkin atau serahkan kat orang lain.) Kalau sebaliknya (dia jadi lebih liar. Ada kes di mana perempuan ini terlanjur kemudian ditinggalkan. Tak tahu ke mana nak bawa arah dia seperti ketagih seks akhirnya menjahanamkan dirinya. Kalau mengandung, kandungan itu digugurkan atau bayi tersebut dibuang nauzubillah minta dijauhkan.)
See, kesan dan akibat yang maybe tak nampak sekarang tetapi akan berlaku kelak. Maybe sekarang kau boleh lepas tangan. Tapi pembalasan itu wujud. Aku cakap sebab aku dah nampak. Si A buat kat B lepas tu adik si A pula dibuat oleh C yang kakak si C rupanya turut dibuat oleh D. Benda ni berputar gitu je.
Kalau kau dah bertaubat alhamdulilah. Itu antara urusan kau dengan Allah. Tapi urusan kau dengan manusia ? Dah dimaafkan oleh dia yang kau tinggalkan ? Tenang ke kehidupan kau selepas itu ? Fikirlah. Tuhan bagi akal suruh berfikir. Bertanggungjawablah. Please guys. Kita kat dunia ni kejap je Allah boleh balas balik. Kat akhirat apatah lagi.
Aku tulis sebab aku kesian dengan gadis gadis yang ditinggalkan ni. Memang diaorang pun salah. Senang cakap dua dua pihak salah. So bertanggungjawablah. Jangan lepas tangan gitu je. Aku percaya korang terlalai. Hasutan syaitan dan dengan teknologi sekarang yang lagi memudahkan korang nak buat maksiat menambahkan rumit keadaan. But please, be a good man. Jadi orang yang bertanggungjawab. Nasi memang dah jadi bubur tapi bubur still boleh makan. Cari jalan selesaikan masalah. Kesian dekat gadis yang patut kaum Adam ni lindungi dan lagi kesian kat diri korang yang aku percaya takkan tenang hidupnya selagi tidak bertanggungjawab. Wahuallam.
Berubah itu bagus. Tapi bawa sekali insan yang kamu rosakkan dahulu. Maafkan aku sekiranya coretan aku ini menguris hati lelakimu tapi percayalah aku mahukan yang terbaik dari pelindung wanita ini.
Moga Allah berkati kita semua. In sha Allah.
– AIA
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Sedih. Itu lah lelaki. Takpe Allah maha adil :)
Assalamualaikum, tahun 2025 hadir 🤚🏻
Sya salah satu prempuan yg malang tu. Terima kasih sngt” kepada pemilik blog ni sbb tak tutup lagi. Sya btrima ksih dgn hati yg ikhlas, sbb sya btul” buntu dgn keadaan sya.
Sya diperlakukn sbgitu, dh di confront sruh btanggungjawab dia lari & maki hamun sya, malah mngherdik sya dgn hina. Sya trpaksa contact kwn” dia, kwn” dia plak dh txt dia & mungkin “pujuk” / bgi “nasihat”, ntah apa dorg bicarakn si lelaki ni tknk bgithu apa isi txt mrk. Dia tetap bsekeras jgk tknk btanggungjwb. Remuk & pch jgk lah hati ni.
Dia ucap sya ni jenis degil, jenis mesti jgk kena ada. Sakit hti ni bila dia ckp mcm tu, lngsung tkde bperikemanusiaan… apa yg sya mnta kt dia ni, adalah hak sya. Dan sya brhak menagih tnggungjwb kt dia.
Sakit… hnya mampu brdoa kat Allah.
Yeahh tq for spoke up my mind
yang perempuan pun bila dah terlanjur terima je lah lelaki tu kalau lelaki tu nak bertanggungjawab. ini dah tau dah tak da dara , sibuk cari imam yang baik, yang teruna kononya. yang boleh terima kisah silam. kesian kat perempuan yang betul betul jaga maruah tak dapat lelaki baik dan suci.
Big applause sis.
Betul kifarah itu wujud… Lelaki atau perempuan (pelaku) akan terima balasan yg setimpal dengan apa yg dia telah lakukan.. Hari ini mgkin dia terlepas, ank2 dia…cucu2 dia…keturunan dia.. So please la, jgn pernah mengadu kenapa family tak terurus la,itu laa ini laa… Balasan tak kn pernah abis la,sampai 7keturunan…akan ulang balik bnda yg sama.. So sbgai umat yg da fhm..perbaiki lah diri srndiri,Insyallah..keturunan akn baik2 kelak…
Couldnt agree more
Aku juga nak bagitau dkt lelaki kena tanggungjawab la,jgn lepas tangan macam tu je. Once touched, forever responsible. Perempuan pulak, jangan mudah cair sgt dengan kata manis lelaki. Sadokan hati tu. Utk dua-dua pihak, tingkatkan iman dan amal,jaga solat 5 waktu.
#notetoself
I couldn’t have said it better myself… Sama juga kalau kita berhutang… Bile dh berhutang byk, kita menyesal, bertaubat dn berjanji tknk berhutang lagi but that doesn’t mean kita terlepas dr membayar hutang tu… Every action has consequences and everyone has to bare responsible
sekali dipanggil terlanjur. kalau berkali-kali tu memang sengaja nak buat hurm
smoga ALLAH memberi mereka hidayah dan semoga ALLAH kekal kn hidayah buat kita smua yg ALLAH x timpakn ujian begitu ..amin
Bole bg link confession miss N x.. Da cr tp xjumpe
Hahahaha Sabrina Ghafar XD nama dia XD