Aku geram tak abis lagi ni. Dah lama dok simpan dalam hati. Aku ni dah bekerja. Tempat kerja aku tak sediakan bilik utk solat, maka kami semua solat kat surau bangunan ini.
Yg buat aku geram. Setiap kali aku pi solat zohor, tak kira lah masa lunch atau pukul 2lbih mahupun 3pm, mesti ramai jer yg berguling-guling baring dalam surau. Kalau surau tu luas, aku tak kisah. Surau dah lah sekangkang kera jer. Yg bergolek pulak 5-6 orang secara berjemaah. Aku yg nak solat terpaksa solat di tempat yg sempit.
Satu hal dah baring-baring. Aku tahan sabar lagi. Yang aku lagi geram, sudahlah korang baring-baring, berbual pulak sekuat alam. Belum lagi bab ketawa. Bergegar surau dibuat mereka ni. Macamana lah aku nak kusyuk masa solat. Dah lah sempit, berbual pulak sekuat hati, hormatlah pada kami yg nak solat ni. Kalau yea nak rehat, rehatkan lah mulut sekali.
Banyak kali sangat dah aku tengok. Ramai je yg datang solat, ambik wudhu and terus solat dan keluar selepas solat. Tapi ada juga golongan yg relax2 dulu, baring2 dulu, barulah solat. Manalah tak ambil masa lama utk solat. Bila majikan tak bagi keluar solat, korang marah.
Aku tengok banyak juga macamni masa belajar dulu. Kat surau di shopping complex pun ada juga macamni. Nak tidur dalam surau, xper lah. Janji jangan ganggu orang lain nak beribadat.
Tolonglah yea, nak baring dalam surau, kerana nak rehat sebentar, tak salah pun bagi aku. Kadang-kadang kita nak rehat. Tapi tak perlu lah nak berborak sakan sambil baring-baring hinggakan ganggu orang lain. Cuba hormat orang yg tgh solat.
Pastu bab lipat sejadah dan telekung. Memang tangan korang nie dah patah ke? Ke dah takde tangan? Pakai telekung pandai pulak. Tapi dah lepas pakai, campak sesuka hati. Berterabur. Siapa nak lipat tu semua? Bertanggungjawab lah sikit. Dahlah guna telekung wakaf. Ada jugak tu, telekung sendri pun campak-campak je kat surau. Dah bersepah dalam surau. Orang lain ambil pakai, kau stare dia macam nk makan. Lihat nie pun dah boleh agak, mesti kat rumah pun korang buat macam ni kan? Lepas solat, campak je telekung dan sejadah ke tepi. Tapi tu kat rumah. Lantak korang ar. Nie kat surau/masjid. Tolonglah bertanggungjwab. Ringankan tangan tu utk sangkut telekung dan sejadah di tempatnya kembali. Mudahkan orang lain utk menggunakannya kemudian.
Tolonglah faham yea sister2. Masing-masing dah besar. Kang tegur depan-depan, sentap, merungut plak kat iiumc nie. Baik aku sound dalam iiumc dahulu sebelum korang aku sound setepek.
– Cik chatime
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
adab tu xde..aku solat dlm bilik stor je sbb aku sorg je muslim dlm ofis..stor yg dikemas oleh bos non muslim sendiri supaya staff ada ruang utk solat, die even mintak maaf sbb xde ruang lain yg boleh dipakai utk solat..again, adab..
Satu lagi kalau surau tu ada karpet/sejadah. Diorang suka buat lapik jadi bantal. Sampaikan orang yg nak solat tkde sejadah nk alas dan diorang still buat tk tahu je. At least bangun la bagi keutamaan org nak solat dulu. Satu lagi yang jenis suka tido atas carpet yg mcm sejadah tu. Walhal byk je lagi part surau yg kosong ( yang berlantai) tapi diorang still tido atas carpet tu. Bagi saya,tk selesa nk sujud dkt tempat bekas orang tu tido.
Ape kate ko letak noti beso2 bagi drng tngk..harap ade keinsafan la
agak la,aku geram nak tembak kepala diorang pakai shotgun. dah tau surau tu kecik,tak payah la nak melepak lama2. ni tak,kau dengan member2 kau je dah makan separuh ruang. ada sekali tu,dekat surau lrt. minah ni siap bawak naik beg tarik dia dekat tempat orang solat,lepas tu bukan solat pun,sibuk duk menulis buat kerja. dah nampak orang ramai nak solat,tak reti nak blah. dia duduk je lagi dekat tempat dia sekali dengan beg dia yang besar tu. aku pandang dia pun,dia buat tak peduli. sampai aku jadi tak selesa nak solat sebab asyik terkena beg dia. satu hal lagi,beg tu dah la ditarik ke sana ke mari,entah bergelek dengan taik apa pun tak tau,dia pergi bawak naik dekat tempat orang solat. haish.
Aku mula2 baca, pelik jugak. Sebab biasa je aku tengok orang baring rehat dekat surau. Tapi depa tak bercakap lah. Paling2 pun main phone sorang2.
Bila part masuk telekung, baru aku faham.
Hmmmmmmm.
Betul.. Letak notis.. Besar2, peringatan. Pasal telekung, suara/phone, dan juga ruang utk org solat.
Jarang jugak berada di environment yg org bising2 masa org lain solat.. Kat surau supermarket pn org senyap dn gantung/lipat balik telekung. Cuma masa kat masjid je bila ada kanak2 sekolah rendah yg sepahkan telekung dan bising2.. Hmmm diorg umur berapa tu? Hehe
Hmm biasa dah nampak. Nak tegur tak sampai hati sebab nampak pangkat kakak2 makcik2.
Lagi satu, kalau waktu solat yg pendek macam maghrib. Orang akan ramai dalam satu masa yg sama. Time tu la nak nampak perangai selfish pakai sejadah sorang satu, semua nak saf belakang. Kita yang lambat sikit ni nak ke depan dah susah.
Sejadah tu boleh je melintangkan untuk share 2 – 3 orang.
Elok ler dia gi surau sekurangnya solat. Ada tempat keje tepu dgn orang islam tak solat. Dah ajak pun rilek je tak solat
Surau mana ni..? Engineering ke kaed?