Surirumah Yang Dikecam

Dah lama aku pendam pasal “suri rumah” ni.. walaupun seringkali terbaca yang “pekerjaan yang paling mulia adalah suri rumah”, namun suri rumah sering dikecam dan dipandang hina. Ya, aku juga seorang suri rumah, dah hampir 3 tahun aku memegang title ni, memang terlalu banyak dugaan yang aku tempuh.

Akademik aku okay. Masa sekolah dulu selalu jadi best student. Memang tak pernah terniat pun nak jadi suri rumah. Habis sekolah aku masuk matrikulasi, pointer 3.67 then aku masuk u. Alhamdulillah, masa grad pun aku grad dgn pointer 3.46.. walaupun tak dekan, but not bad lah.

Tapi malangnya, masa tahun aku habis belajar tu, masa tu dah zaman yang susah nak dapat kerja yang bagus2. Memang selambak kwn2 course aku yang menganggur termasuk aku. Kwn aku ada yang kerja pam minyak, kerja kat pasaraya. Aku pun kerja macam2, tapi tu la masih belum ada rezeki nak kerja kat ofis. Aku kerja pasaraya, lps tu part time promoter. Masa tu mulut orang kampung jangan ckp la, mcm2 mengata kat aku, kononnya belajar tinggi2 tapi xdapat kerja bagus. Sakit hati gila aku. Dh byk kerja aku apply, dah byk interview aku pergi, tapi takde kerja yang sangkut. Makan tahun jgk la aku macam ni, last2 boyfriend aku ajak aku kawin. Masa tu dia dah kerja goverment, pangkat pegawai, dia ckp insyaAllah boleh tanggung aku.

Lama jgk aku fikir. Masa tengah fikir tu la tiba2 aku terbaca yang lepas kawin rezeki akn lebih murah. Ye la mana tahu kan lps kwin nanti aku dimurahkan rezeki dapat kerja, sebab ada la jgk 2-3 orang yang aku kenal, lepas kawin rezeki mencurah2, dpt kerja la, dpt rumah la.. so lepas bincang dengan family, akhirnya aku pun kawin.

Masa jadi suri rumah ni kan, pergi mana2, bila orang tanya, kerja apa, aku jawab suri rumah , serta merta raut wajah sesorang bleh berubah. Klu yg jnis smbong, trus diam2, kdg2 kata oo je.. why? Is the housewife the symbol of stupid? Pernah jgk orang ckp kat aku, “emm kalau aku nak kerja dulu, nak beli rumah kereta, rugi la belajar tinggi2 tapi tak kerja”. Suka hati kau la nokkkk. Kan nanti aku maki mcm diva aa masam muka plak.

Lps kwin aku still lagi isi kerja kosong, aku tak tahu nasib apa la aku ni, susah sangat nk dapat kerja. Suami aku selalu nasihatkan aku, rezeki Allah tu luas, kesihatan yang baik tu pun rezeki dari Allah. Lps tu alhamdulillah aku pregnant. Memang alahan aku teruk, sepanjang pregnant 9 bulan tu memang aku tak cari kerja langsung. Memang aku selalu sakit.

Lps aku bersalin, baru la aku tahu erti suri rumah sebenar, dan masa tu aku dah start jadi sensitif. Selalu je lalu kat wall fb aku tentang perihal suri rumah. Ada la yang jenis bajet bagus, yang dapat kerja best2 selalu update status “Jadi la perempuan yang cerdik, jangan kerja hanya goyang kaki tunggu duit suami. Kita tak tahu nasib kita di masa yang akan datang”. Aku masa tu memang mencarut dalam hati. Memang aku rasa nk ganyang je mulut2 tuh dgn cili. Korang ingat kami yg suri rumah ni tak cari kerja ke???? Kau faham tak soal rezeki??

Bila keluar statement mcm tu, suri rumah yang mcm aku yang tiada apa2 ni jadi gentar. Apa aku perlu buat ni, aku dh buat mcm2 tapi still tak dapat kerja. Ye kerja kat pasaray berlambak, tapi berbaloi ke dengan gaji banyak tu aku tinggal ank kat pengasuh, kadang2 shift mlm. Nk buat simpanan pun xckup aku rasa, sebab nanti nak bayar pengasuh anak lagi, nak makan lagi, lps tu mnyusahkan suami aku lagi kena pergi hantar ambik aku balik kerja. Sekarang ni bukan soal memilih kerja, tapi soal “berbaloi ke tidak”?

Makin lama anak aku makin besar. Dari meniarap dah boleh merangkak, kemudian dah boleh berjalan. Masa “freetime” aku makin terhad. Masa anak aku tido la aku nak masak nak kemas rumah dan buat kerja rumah bagai. Kadang2 dh settle buat kerja rumah, tak sempat nk baring anak dah bangun tidur dan sepahkan rumah balik. Memang xdenya masa aku nak bersenang lenang.

Malam tu sebelum tidur, aku bukak fb kejap. Ada lagi manusia perasan bagus post status ” best jadi suri rumah, bleh baring, bleh tidur”.. what the fish?? Aku kadang2 nak makan pun ank tarik2 baju aku ajak main, xdenya nak mkn baik2. Lainlah kau tu yang bekerja, nanti luch hour bleh makan santai2, zohor boleh rehat kejap. Suri rumah mcm kami ni tgh solat pun anak panjat belakang tau?

Yang terbaru aku baca, ada lelaki ni panjang lebar post kt fb dia, tentang clever girl 2017.. bajet bagus mamat nih, satu2 dia list psl ppuan yg xclever. Salah satu yang mengguris hati aku, yang buat aku terasa sgt2, pasal isteri yang xbekerja. “Jangan hanya mengharapkan pendapatan suami kerana kita tidak tahu perkara di masa yang akan datang”. Berair mata aku.. wahai saudara, apa yang saudara harapkan dari suri rumah seperti kami ni? Berniaga online? Kami tiada masa saudara. Lebih2 lagi anak kami yang bru menjangkau umur setahun dan 2 thn ni. Waktu ni anak kami tengah aktif. Kurang tidur. Kami juga manusia saudara, jika ada masa terluang, kami juga ingin berehat. Jgn kerana sudara/isteri saudara kerja bagus2, saudara seolah2 memperlekehkan kami,

Sumpah, aku menulis disini bukan kerana aku merungut, cuma aku sakit, sering dipandang rendah oleh masarakat, bila aku membeli barang yang mahal2, dikatakan aku berlagak, xpadan dengan suri rumah. Apabila aku membeli barangan yang murah, dikatanya tu la siapa suruh tidak mahu kerja, kan dah tidak boleh berhias.

Sudah hampir 3 tahun aku menjadi suri rumah, aku bahagia dapat membesarkan ank aku didepan mata, dapat menyambut suamiku puang dari kerja. Biarla apa orang nak kata, yang mengata tu sebab dia tidak faham erti rezeki yg sebenar.

Kepada awak2 yang sudah bekrja, gaji tinggi, dapat pula pasangan pun yang bekerja, sy ucapkan tahniah. Rezeki kamu semua dapat hidup mewah (mewah ke?)

Pesanan sy agar please stop talk about us, stop scared us about the future. Yes, we have nothing, if anything happen to us, we will have no money,no place to go, but now, we are keeping the concept of tawakal. We have try harder for our best , for our future , but if everything are not going like we decide, thats all the faith of Allah.

– Mira Filzah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit