susahnya nak kahwin

Aku rara, perempuan, umur 28 tahun, dah nak masuk 29 dan single. Aku ni ada rupa jugak. Ada boyfriend, dah berkawan selama sepuluh tahun.
Alhamdulillah sepanjang 10 tahun berkawan, kami masih belum pernah buat benda pelik2 dan kami sentiasa berdoa agar berterusan seperti itu.

Dalam masa 10 tahun berkawan, progress kami masih sama, masih sebagai couple. Kami memang nak sangat2 berkahwin, memang merancang ke arah itu. Tapi belum ada rezeki.

Memang susah sangat nak kahwin, dengan duit tak cukup. Masalah utama kami, DUIT. Kami sedar yang untuk berkahwin, jika mengikut tuntutan ajaran Islam tidak memerlukan duit yang banyak. Tapi bagi pihak keluarga kami, kalau tak de duit jangan kahwin.

Diorang memang idamkan majlis seperti anak2 orang lain. Tak salah jugak keinginan diorang tu. Sebab dah penat2 diorang jaga kami selama 28 tahun hidup ni, takkan la majlis yang macam diorang nak pun kami tak boleh nak turutkan.

Kami memang sangat2 nak berkahwin, tapi kami memang tak de langsung simpanan. Aku kerja tetap dengan gaji 3000+ sebulan, boyfriend aku kerja sendiri. Kami tidaklah boros berbelanja, tapi gaji kami lebih kepada bayar kereta, ptptn dan support family masing2 sehinggakan nak spend untuk diri sendiri pun berkira.

Ada jugak aku try buat bisnes online jual tudung, tapi macam tak de hasil je. Susahnya nak cari duit untuk kahwin. Stress sangat bila jumpa sedara mara, even family sendiri pun asyik tanya pasal kahwin.

Boleh tak korang share any tips macam mana korang simpan duit untuk kahwin? And ada tak apa2 bisnes yang mudah nak dapat untung (selain mlm)? Aku betul2 terdesak nak kahwin.

Thanks.

– rara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

236 Comments

  1. Beb..gaji 3000 plus makna nye ko bole survive tau..sebb tuh owag ckap kalo dapat gaji,ko asing duit nk simpan,bukan untk kawen pun,at least untk emergency..inshaAllah duit uh beranak je..

  2. sy nikah ngan somi sy dlm 3 ribu je.. bulan posa haha akad lepas asar then ajak kwn2 ofis, fameli buka posa kat restoren.. perghhh simple giler otak tak serabut takde hutang.. skang kat uae jd suriumah sepenuh masa. dpt gaji dr somi bulan2 ahaks

    • akad nikah kat umah or masjid byr kat dorang ikut negeri la, pastu buat mkn ajak org2 terdekat kat restoren. perkenal somi masa raya jer hehehe.. sesambil gi mkn kenduri umah org hahaha jimat kan..

    • masa arwah ayah n mak dulu wat majlis utk anak or cucu dorang takde sampai membebankan akad nikah kat masjid, kenduri mkn2 kat umah, takde pelamin bagai, takde adat2 mkn bersuap neh.. hias bilik, pakai baju sedondon..rasanya perkahwinan tanpa hutang ni aman rumah tangga beb takde nak gaduh, takde nak berlagak. jgn peduli org. majlis kita hak kita mewarnakan nya, so pas kawen kita gak leh tolong mak ayah. sbb duit tak berhabis kat majlis kawen yg membazir. janji halal hubungan kita

    • tgk masjid .. kdg ada masjid yg ada dewan. masjid yg biasa wat mkn2 time moreh biasa ada tmpt utk mkn kan? janji tetamu jgn wat sampah kat masjid..

    • mulut2 puaka yg mengumpaT kita biar je kat tepi dinding… kita wat jer majlis ala kadar. hiasan umah wat sendiri. kalo nak hias la.. sy ni ngan somi mak ayah dua2 da takde… bg sy duit utk kegunaan lepas kawen, utk bakal anak. bukan membazir utk majlis yg patutnya meriah tak membebankan jd beban…

    • ingt satu kita berhabis sakan. berhutang bagai utk satu majlis of the year la konon… tp duit nak idup selepas nikah nyawa2 ikan buat apa kan… yg penting bulan2 somi leh bg 2700 sebulan kat kita hehehehe

    • dorang takde ckp apa pun.. tiap kali kalo balik bercuti akak wat balik abaya utk dijual hahahaa… kekacang mknan dr uae akak wat balik bg kat sedara hehehe

    • cerita akak lain

      cerita dia skrg, family dia nak grand2. akak bertuah family akak boleh terima buat majlis begitu. tak semua family cemtu

    • tau sama ngan anak sedara ni… tp dah bg dah sedas dua.. ko nak idup senang pas kawen atau nak susah lepas kawen… ko pilih hati org atau bebanan korang yg nak tanggung eheh

    • Kan confessor dh bgtau fmly diorg nk yg meriah.. Diorg ni kalau blh mmg nak buat yg simple2 tp meriah.. Tu yg diorg serabut sgt.. Yg klaka gaji 3000++ utk bujang tp xckup2 jgk.. Bukan condemn tp sy lebih pd heran.. Byk tu gaji 3000+ kalau bujang..

    • btol tu..kalau dapat family jenis x kisah boleh la cakap sis..
      setakat mulut2 sedara tu mmg x peduli dah..
      tapi klu family sendiri yg x setuju, nak cakap pe lagi..
      x kan nak buang family semata2 nak nikah..
      tu dilema confessant sebenarnya

    • tau famili bakal isteri anak sedara pun cam tu..tp akhirnya dah bukak mata sampai bila nak anak dorang jejalan ke sana ke mari ye dak. semoga berjalan lancar majlis yg akan berlangsung dlm kesederhanaan..

    • wahhh!! senang nya akak! sy mmg dah plan dgn bakal nak buat simple2 kiranya lebih kurang mcm akak buat la..tapi terhalang sbb sebelah laki taknak..nak buat majlis jugak..maka kami berhuhu jela..tatau bila duet boleh cukup nak nikah ?

    • akad nikah kat umah perempuan kan. buat sederhana.. dah belah sana takde kompromi.. buat majlis sambut menantu sederhana tp meriah .. cuba… acu cuba try test ?

  3. mulakan pelaburan.
    tapi make sure pelaburan yg betul lah (asb, unit trust, support modal bisnes member, etc).

    lagi awal mula lagi bagus. dan cubalah pujuk family slow2..sebab yg nak kahwin tu kita…dah kawin nnt mcm2 lagi nak buat..kita ukur baju di badan sendiri

  4. I did earned 1.5k working as an executive at KLCC. I barely able to save 200/month but kena cuba. Sebab selagi tak cuba mmg susah nak cukup. Byr fix expenses dulu then try simpan 300/mth. The rest u try utk hidup. InsyaAllah menda baik Allah permudahkan. Keep fighting!

  5. Gaji 3k sepatutnya bole dh saving..sy gji 2500,. Bole saving 1k sbulan,.. kna bijak merancang,. Dpt gaji asingkan siap2 komitmen2 yg perlu byr,. Contoh umah sewa, bgi parents, kreta,minyak kreta,makan. Bila on saving utk kawen,kna tahan nafsu utk beli2 barang kehendak,beli barang keperluan je..tutup mata bila org tayang beg baru,bila org crite stu sni ada sale,.Sekian dari sy yg xbrape arif. . Hehehe

    • Org lain pn bg mak ayah jgk.. Cuba fikir kalau yg gaji nya bawah 1000 n masih mampu bg mak ayah duit n sara keluarga.. Xkan yg 3000 lbh gaji nya smpai makan pn ikat perut…

    • Nak bagi emak ayah pun jangan la sampai diri tak dapat kahwin. Mak ayah tu bukan tanggungan anak perempuan, ayah yg kena support perempuan selagi tak kahwin. Sila baca confession kakak tegas macam mana dia bagi pancing instead of ikan kat family dia.
      Kesian kat family, tapi diri sendiri dulu yg kena jaga. Islam pun suruh sayangi diri dulu,baru orang lain termasuk la mak ayah.

  6. Kau pakai Honda Civic / Suzuki Swift / Hyundai Elantra ke hape hinggakan tak cukup duit untuk kawen?

    Aku suggest setiap bulan wajib siap-siap kau tolak RM500 masuk ASB. Dapat bonus pun masuk ASB.

    Aku rasa kau ada banyak kebocoran wang pada perkara-perkara yang boleh dikecilkan perbelanjaannya. Misalnya telko, smartphone, berjalan2 (minyak kereta, makan jajan, dsb.), makan (ie. jajan yg kau beli tu boleh buat makan pagi 3 hari)…

    • Setuju gak
      Then check balik

      Kos internet jgn lebih rm100. **guna gold skrg rm85 kot.

      Beli baju tahan tahan

      Ada kereta.langkah jalan laju.kena kurang gk. Takut bocor utk minyak n tol.

      Makan kedai. Kena kurangkan. Masak sendiri ja.

      Itu kebocoran teman dlu la yg sdg cuba ditsmpung2 kini.hahaha

    • In general, based on my experience, kebocoran wang anak-anak muda adalah pada hal berikut:
      1. Installment bulanan kereta yg tinggi. Maintenance. Road tax & insurance. Minyak. Tol.
      2. Telko. Bayaran RM100+ semata-mata untuk internet yg tidak menjana keuntungan langsung. Lainlah kalau buat online business.
      3. Insuran. Tersilap ambil insuran melalui telefon. Akhirnya, tiap-tiap bulan auto debit RM150 untuk benda yang kita sendiri tak faham.
      4. Sumbangan kepada ibu bapa yang terlampau banyak. Bapak dah gaji besor, dia bagi lagi RM500. Nak buat apa? Bagi sikit sebagai saguhati. Ikhlas bukan pada nilai wang. Kalau ayah dah meninggal, itu lain cerita.
      5. Banyak berjalan. Duit minyak banyak spent. Jajan lagi; kopi elitis, biskut, cheesekut, snacks, dll.
      6. Makan. Makan yang mahal. Makan di kafe hipster semata nak impress followers di Instagram. Makan 3 bulan sekali cukup.
      7. Kad kredit. Tak payah explain lah. Semua dah tahu.
      8. Pakaian. Make sure office attire korang saja yang elok. Jaga imej. Di luar waktu kerja, jangan beli yang mahal. Pakai je selipar murah, tudung murah, baju murah – asalkan tak nampak macam homeless people.

    • Sebab bukan you yg perlu fikir tentang wang hantaran.

      My experience. Saya executive macam confessor. Salary range sama. Duduk di bandar besar. Ayah meninggal a year before dapat kerja. Saya anak sulong. First year dapat gaji, saya bagi RM900 kepada mak every month kerana berasa tanggungjawab sebagai ketua keluarga yg baru. After a while, kereta pun dah beli; komitmen bertambah, nafsu nak kawen itu ada, perancangan masa depan untuk beli rumah dsb. sudah terpahat dalam minda. Mak memahami kerana setiap bulan mak terima duit pencen ayah. Adik ada sorang saja, pun bekerja dan tinggal bersama mak. Sewa rumah dah tak perlu bayar sebab insuran sudah setelkan semua (arwah ayah beli rumah). Apa yang mak perlu bayar hanyalah makan minum untuk hidup, bil air/letrik/astro. Semua cukup dengan wang pencen arwah ayah. Jadi saya kurangkan saguhati bulanan mak dan mak memahami. Kita ‘support’, bukan menanggung. Kalau ada duit lebih, boleh bagi lebih.

      Lain orang, lain ceritanya.

      Bercakap pasal barokah (berkat), definisinya subjektif mengikut ilmu dan pengalaman seseorang. Barangkali, jantina juga mempengaruhi gaya berfikir seseorang berkenaan pengurusan ekonomi diri.

      Adik saya perempuan for example banyak belikan hadiah untuk mak. You know, girls; gelang emas, handbag, purse, bawak makan ke restoran ekslusif. Mungkin itu ‘berkat’ baginya. In the end, no saving, no future plan, mengharap laki kaya datang meminang.

    • Aku gaji basic 1800, anak sulung gak. Nasib la tk payah transport sendiri,dok rmh parent..takda amik kereta.. ni pun sipi2 ja nyawa. Nasib adik aku pandai berdikari kat U.. masuk palapes dengan niaga online kecil kecilan..

    • Rasanya dia fail dr segi pengurusan kewangan… Sy setuju dgn Fairuzuddin Faizan Yusoff.. Berlaku kebocoran di mana2 sudut yg dua tlepas pandang atau pandang remeh… Perlu audit balik perbelanjaan n minimize kn kepentingan n fokus pd keperluan maka baki dr keperluan perbelanjaan blh buat simpanan.. Pendek kata pokok pangkalnya kekuatan berbelanja atau boros perlu dikawal n azam tu kena dtg dr diri sendiri.. Berkat? Dtg dlm perlbagai cara sebenarnya, kalau support fmly pn biar ikut kemampuan diri la xperlu smpai nk impress sedara mara yg akhirnya memakan diri sndiri… Utamakn keperluan berbanding kepentingan.. For eg tudung, boleh je beli tudung xde brand yg penting penggayaan.. Same goes with baju.. Percaya lah, in life you have to be creative in many ways.. Paling penting bersyukur dgn apa yg ada.. Bkn tgk apa yg org lain ada yg kita xmampu nk adakan.. Lps kawen kena fikir pulak kehidupan kawen.. Jgn nk impres wedding gempak but at d end of d day awk sndiri yg merana laki bini… Cari solution kurang kn mengeluh dgn nasib diri, sebaliknya face the challenges.. Never give up, pray harder.. Bersedekah lah xkira pd manusia atau pd makhluk.. Kelapangan rezeki akn dtg dgn sndiri tanpa kita duga..

    • Sy pn setuju dgn encik Fairuzuddin Faizan Yusoff.sy tgk ramai org zmn skrng spend telebih.kereta masing2 xnk kalah.hp masing2 xnk kalah.mkn semua nk sedap2.but at the end bising ckp duit xckp.kalau nk menyimpn xssh.besederhana dlm berbelanja.jgn telampau lebih n jgn telampau kurang.gaji 3k,hp nk 3k.kereta xnk murah2.katanya sedap nk drive.btol mmg sy xnafikn tp bg sy jgn telampau lebih.contohnya gaji 3k,amek kereta yg monthlh 800-1000k.tang mana nk saving mcm tu?sy alhamdulillah dr kecik lg mak sy ajr menyimpan.mak sy dtg dr keluarga ssh.tiap kali dpt biasiswa,separuh msk asb sbb da tau kalau ada dlm akaun bank…sdp je tgk duit bnyk.bile kt asb…nk kluarkn duit mule la berkira.bg sy…lebih baik menyimpan n beli rumah or tanah..itu lg menjamin masa depan.sekian, minta maaf kalau terkasar bhs.

  7. Main kutu rm500 sebulan.
    Cukup setahun dapat rm6000.
    Pejam mata 2 tahun.

    Umur 30 nanti cukup la nak buat majlis tu.

    Asing duit baru belanja
    Bukan belanja baru asing duit.

    Kalau x gagah 500. Try 200.
    Try la berapa2 asal try.

    Ada je org 3k x ckup
    Kita bkn tau dia pakai kereta apa.
    Sewa rumah berapa
    Adik bradik belajar brapa org
    Support mak bapak byk mana

    Jgn la terus buat 3k???? X cukup cam tu.

    Mane tau dia tolong mak pak dia 1000 sebulan
    Ko tlong 100.
    Pastu sembang kata aku gaji 1.5k cukup je.

    Hahahah.

    Jawab je soalan akak ni.
    Cam ne nak simpan duit.
    Bukan ko tanya lagi soalan.
    Ko gaji 3k x cukup??

    Aduhai.

  8. Buat loan asb sorg 100k then buat automatik tolak dr akaun duit gaji masuk. So, nak xnk, mmg kne paksa. Wlpn agk sesak sket sbln dlm 600lebih sorg. Tp dividen 7k somthing x 2org = 15k. Then dlm mase yg same, rm500 sorg x 12bln x 2org = rm12k. So korg ade around 27k. Tp better xyh gune byk2 utk blnje kawen. Duit yg lebih tu bole buat utk survive lpas kawen. Nk cpt share la kmpul duit same2. Sbb nnt nk hdup pon same2. Nk lg slmt, buat 2smpanan. 1 utk bsama 1 utk sndiri. At least ade back up pape jd. 3k somthing tu da lebih dr ckup. Klaw kereta cik installment tggi, mmg silap cik sbb bnd tu tarik byk duit cik. Tp instalment kereta n sewa rumah dlm 700, pt dlm 400, fmily dlm 500, so cik ade >1.4k utk saving and blnje harian. Ni anggaran kasar jela.

  9. Kalau dah ada kereta & bayar family – tu dah dikira boros. Tak mati punya family tu kalau tak bagi duit. Bab kereta tu, takleh buat apa dah. Apatah lagi kalau terbeli kereta mewah (selain myvi dan saga flx). Tips paling utama – review balik perbelanjaan bulanan. Dari situ anda akan lihat di mana anda berboros sebenarnya. Gaji RM3000 + tu dikira mewah giler dah tu. Aduhaii….

  10. Kalau aku, gai RM3k, aku boleh simpan RM1200 tanpa sebarang masalah. Cukup setahun boleh kawin. Kalau kawin low budget – tak sampai 6 bulan

  11. Cuba la pujuk mak ayah bg hint skit2 nak buat majlis simple2 je. Atau banyakkan benda yang boleh DIY( do it yourself). Diy banyak jimatkan duit, tp perlukan banyak masa utk buat sndri.

    Awk tak bagi tahu dengan jelas, pasal bayaran kereta,ptptn n support fmly tu brape amount. So susah nak agak. Cuba buat kira2 mana2 yg betul2 penting. Kalau nak saving, mmg semua keinginan kena sekat gak. Takde baju, beg, kasut dll (baru), takde makanan sedap.

    Bisnes on9 memang agak susah mulanya. Take time. Kena banyak bersabar. Dont give up. Tapi kalau bisnes tudung, honestly mmg payah la. Sebab sy pun x berjaya buat sales dengan jual tudung tapi alhamdulillah dpt sales jual benda lain.

    Cuba Cari barang yang da ade nama atau produk tu jadi keperluan pada orang ramai atau produk yang rare ke.

    Lagi 1, kat fb ni ramai yang bg tips2 buat duit dengan beli & sewakan rumah, bg tips cara nak jana duit dengan asb. Kalau berminat nak follow dorang, boleh pm saya. Bila free nanti sy bg awk nama2 mereka.

    Good luck

  12. Simpan duit RM1k sebulan. Setahun dah RM12k. Kalo tak mampu, kurangkan… tapi jangan kurang daripada RM500 sebulan.

    Kurangkan berjalan2, kurangkan shopping2, kurangkan makan kat kedai2 hipster sambil selfie dan tepek di instagram, mintak ampun maaf kat mak ayah kena cut belanja dia orang tiap2 bulan.

    Duit ko simpan tu, masukkan tabung haji. Hujung tahun dapat dividen. Takyah pening kepala sebab dah siap zakat. Insya Allah setahun lebih atau dua tahun… dah dapat menyimpan.

    Kalo rumah ada astro, cut astro. Kalo rumah ada unifi, cut unifi. Pakai internet mobile saja.

    Banyakkan solat2 sunat dan doa dipermudahkan urusan. Semoga berjaya.

  13. gaji kau 3k lbih. mak ai lbh dari ckup kalau kau btul2 spend duit kearah itu. ak kawen time blajar, duit simpanan brapa ciput je tp masyaallah rasanya majlis tu agk grand jgk walaupn mak ayh xbergaji. conclude ko kna ubah manage duit tu. kreta ap kau pakai, brapa bg mak ayh bulan2 smua amk kira. then tulis buat kira2

  14. downgrade gaya hidup.kalau skrg pakai Honda,jual.pakai kancil 2nd hand beli cash dlm 3-4k pon dpt.duit yg buat byr kete setiap bulan sblm ni simpan.kalau pakai data plan,cut.pakai yg prepaid je dah.kalau menyewa,sewa bilik je dah.baru rm200-300.mkn masak sendiri.rasanya boleh sgt tu menyimpan

  15. Apa kata buat zakat pendapatan dlu..potong ikt slip gaji ataupn wat la 6 bulan sekali..lpas tu,niatkn hati sedekah kepada semua org xkira miskin atau berkemampuan..Inshaa Allah pintu rezeki akan terbuka luas..Sedekah itu bkn mengurangkn rezeki atau wang,tetapi ianya membuka rezeki yg luas..berdoa supaya dipermudahkn urusan..Inshaa Allah

  16. masa kawen dulu gaji sy rm1.3k je lps tolak epf..tah la xpasti cmne leh kawen..kete tiap bulan 500,ptptn 200,parent 300..balance 300..knl ngn hb 8bln je pastu kawen..simpanan ade asb x bt loan jz simpanan dolu3..gaji hb pon 2k je..pss..hantaran xx mak minx tau.nganga nak hadekan..sygkan mak korek la..tp tu la niat la lillahitaala..nnt Allah mudahkan jalannya..insyaallah..

  17. Okay… ni pelik. Gaji 3k tp ssh nk saving tuk kawin. Rsnye mst byk ketirisan yg berlaku kt mana2. Pkai kete mewah sgt ni… sbb org lain pun byr ptptn. Bleh je kawin. Why not bersihkn gaji tu dulu.. bayar zakat. Bersedekah. Paksa diri utk saving dlm rm500. Jgn keluarkn. Better msk tabung haji. Insyaallah… ckup. Nak bina masjid bkn senang. Kdg2 lepas kawin br rezeki melimpah ruah..

  18. Kalau ada hutang kredit kad memang tak boleh nak menyimpan…gali lubang tutup lubang..elakkan berhutang utk kahwin.

    InsyaAllah, Allah akan mudahkan urusan orang yg nak bina masjid.

    Boleh mohon untuk program kahwin beramai2 anjuran majlis agama islam. Semak dengan pejabat agama. Buat yg wajib, usah peduli apa orang kata sebab yg nak tanggung kemudiannya adalah kamu berdua.

  19. Cari financial/wealth advisor.. Both of u.. Rara n bf.. Telus ttg kedudukan kewangan masing2.. Bawa document ape yg patut n buat analysis kewangan.. Like byk2 page ttg financial freedom from fb, instagram, youtube etc. Like and follow page mentor local n international yg dh success. In Shaa Allah akn nmpk jln n motivated..

  20. Spend tiap2 bulan ketepikan untuk beli emas.. plg sikit 0.5g-1g, 1/4 dinar.. pejam mata la ketepikan dr duit gaji lepas dah byr bil,hutang n komitmen bulanan.. nak simpan byk,kena la pilih yg berat sikit.. tujuannya,untuk simpanan,
    tp dlm bentuk emas.. kalau simpan duit,tendency untuk pakai duit tu mmg tinggi.. sy rasa menyesal btl dh kahwin bru kenal emas.. kalau awal2 kenal,tak adala menanggung hutang.. ingat,jangan mulakan kehidupan baru anda dengan berhutang!

  21. Patutnya dh kawan lama2.. dah ada plan saving utk majlis kawen.. kami lps grad dan dh start kije walo gaji time tu 1700 jer.. kije kat KL lg…. kire2 setiap org mst saving rm500 sebulan… cukup lagi bagi duit kat mak ayah… kami 3 tahun jg kije dan menabung utk mjlis kawen… xde wat loan ke apa.. ssh sama2 ssh… nasihat saya cuba elak buat loan.. sbb lps kawen laaagi byk komitmen korang…. biarlah bersederhana… peduli kn org sekeliling kl ada yg ckp mcm2.. bukan dorang nak harungi liku2 rumah tangga kita nt… InsyaaAllah lps kawen lg melimpah ruah rezki…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *