susahnya nak kahwin

Aku rara, perempuan, umur 28 tahun, dah nak masuk 29 dan single. Aku ni ada rupa jugak. Ada boyfriend, dah berkawan selama sepuluh tahun.
Alhamdulillah sepanjang 10 tahun berkawan, kami masih belum pernah buat benda pelik2 dan kami sentiasa berdoa agar berterusan seperti itu.

Dalam masa 10 tahun berkawan, progress kami masih sama, masih sebagai couple. Kami memang nak sangat2 berkahwin, memang merancang ke arah itu. Tapi belum ada rezeki.

Memang susah sangat nak kahwin, dengan duit tak cukup. Masalah utama kami, DUIT. Kami sedar yang untuk berkahwin, jika mengikut tuntutan ajaran Islam tidak memerlukan duit yang banyak. Tapi bagi pihak keluarga kami, kalau tak de duit jangan kahwin.

Diorang memang idamkan majlis seperti anak2 orang lain. Tak salah jugak keinginan diorang tu. Sebab dah penat2 diorang jaga kami selama 28 tahun hidup ni, takkan la majlis yang macam diorang nak pun kami tak boleh nak turutkan.

Kami memang sangat2 nak berkahwin, tapi kami memang tak de langsung simpanan. Aku kerja tetap dengan gaji 3000+ sebulan, boyfriend aku kerja sendiri. Kami tidaklah boros berbelanja, tapi gaji kami lebih kepada bayar kereta, ptptn dan support family masing2 sehinggakan nak spend untuk diri sendiri pun berkira.

Ada jugak aku try buat bisnes online jual tudung, tapi macam tak de hasil je. Susahnya nak cari duit untuk kahwin. Stress sangat bila jumpa sedara mara, even family sendiri pun asyik tanya pasal kahwin.

Boleh tak korang share any tips macam mana korang simpan duit untuk kahwin? And ada tak apa2 bisnes yang mudah nak dapat untung (selain mlm)? Aku betul2 terdesak nak kahwin.

Thanks.

– rara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

236 Comments

  1. Simpan dan buat tabungan rm5 tu..akak 2 bln simpan dpt 2k ms nk tunang dulu.x usik gaji lgsung.hubby akak pon buat bnda sama.guna simpan rm5 buat hantaran.syiling pon simpan.nk kawen dulu gaji akak simpan 1k sebulan.disiplin dik.gaji 3k lpas..yg penting kurangkan berjalan dan habiskan duit pd bnda xtentu hala.mkn seadanya..x shopping benda baru.setahun ulang tyg bnda sama.

    Setahun akak da kumpul 12k.settle.

  2. Pepatah org tua..lg byk nasi, lg byk keraknya…ada org duit sikit, tp cukup..semuanya berdasarkan cara berbelanja..RM3000+ pendapatan, single.mmg ada ketirisan..bygkan kalau dah kawin dan ada anak, mana nak cekau duit? Kereta yg biasa2 dahla sbb kereta depreciate nilainya..handphone yg biasa2 dah la..org nak mula hidup..

  3. Gaji 3000++++ tuuuu… Ak ney gaji x sampai 1500 pOm. Try r saving wt pOtOngan gaji n plan blanje bulanan leklOk… Cut cOst y x septOt nyew… Mula2 dlu perit gak kne besederhana… Tp in shaa allah, lme2 nt akn bese da… Pakai n mkn pe y ad…

  4. Samela kite..huhu.. Tp 1 je kne igt, kahwin tu pembuka rezeki.. Tetapkan hati tetapkan niat tetapkan 1 trikh cnth bln 12 akhr thn ni nk kwin, insyaAllah rzki yg rs xckup tu akn ade skit2.. Pcya pd Allah ;)

  5. Kena bezakan antara kehendak dan keperluan…gaji rm3000 mesti boleh saving ..sye gaji rm1800 …dan sudah berkahwin pon…dan ade sye simpan bln2…

  6. Kena tetapkan hati.. simpan dulu sebulan rm500 sebulan…lepas tu baru buat bajet lain… duit banyak ke sikit ke.. ujung bulan still ckup.. pandai2 la atur.. kurangkan beli kehendak.. ujung bulan kalau ade lbh simpan lg.. inshaAllah… mmg ikutkan tak ckupkan dgn beban hidup..tp kite tetapkan niat nk nikah.. sy 6 bulan da ckup…kongsi dgn bakal husbend…dia separuh sy separuh..baru leh cpat nikah

  7. If fikir tak cukup duit buat majlis,sampai bila2 pun tak cukup.niat nak kawen tu kena strong,bagi nampak desperate sampai parents korang pun rasa haa,kawenlah budak 2 orang ni.majlis asal ada je.

  8. Perbelanjaan terlalu tggi. Ptt sendiri dah boleh buat calculation. Stop buat hutang baru dan cuba cut perbelanjaan yg xperlu.

  9. Kata kunci dia paksa diri. Dapat gaji bulan asingkan ikut keperluan. Letakkan target nak kawen bila dan berapa anggaran yang nak guna. Bahagikan berapa bulan mampu untuk disimpan setiap bulan rm 200, 300, 400 atau lebih. Kalau tak paksa, akan nampak benda lain yang lagi penting. Sampai ke sudah tak bergerak duit kahwin. Kena disiplin, bagi ada juga simpanan untuk kahwin setiap bulan. Kalau bulan yang rasa sesak, simpan, jumlah kecil,. Kalau bulan yang rasa tak sesak, letak banyak. Plus, buat rekod aliran wang. Simpan resit. Yang mana rasa tak perlu dalam bulan tersebut, buang pada bulan selepasnya.

  10. Islam tu memudahkan bukan merumitkan. Ni la jadinya bila orang terlebih pentingkan adat nak meriah2 bagai sedangkan boleh je buat simple. Nak bina rumah tangga kena cari redha Allah baru la berkat. Why not awak nikah je dulu then majlis buat kemudian pun boleh. Bukan apa, syaitan ni suka kalau anak adam hari2 mendekati zina. Awak cakap tak buat benda pelik2, tapi awak kena faham yang zina ni ada banyak jenis termasuk zina hati, mata dan tangan. Merindu2 pada yang tak halal tu pun dikira zina hati. Apa2 pun, saya doakan awak dimurahkan rezeki dan cepat2 nikah, amiin.

  11. Gaji 3000 lbh pn xckup lg? Pergh.. Xmalu ke dgn promoter yg gaji kdg2 1500 je sebulan siap blh kawen beranak pinak lg.. Elok je kwn2 aku yg lain kawen.. Pelik la gaji byk tu kau ckp xleh kawen…

  12. Cuba bawa berbincang dengan kedua-dua belah keluarga tentang keadaan kamu berdua. Terangkan kemampuan sebenar agar mereka faham.

    Pada saya, lebih elok jngn buat personal loan. Amat sedih masa kini rata-rata termasuk sahabat saya terpaksa buat personal loan utk kahwin. Kesannya lepas kahwin, kehidupan sedikit tertekan kadang-kala bole bergaduh.

    Cuba berbincang agar bole sekalikan majlis lelaki dan perempuan sekali dan try budgetkan kos semuanya kurang dari 15k termasuk hntran, cincin dll. Biasanya duit hantran utk duit majlis.

    Lelaki dan perempuan masing2 bole try simpan 800 sebulan, insyaallah setahun cukup dan x perlu berhutang.

    Majlis mungkin akan lebih berserhana tak seperti orang lain. Xpe, asalkan dlm lingkungan kemampuan. Itu adalah lebih baik.

    Kalau boleh jngn libatkan ibu dan bapa saudara termasuk saudara2 lain dlm perbincangan majlis walimah. Pendapat mereka baik, tetapi selalunya akan menyusahkan dan menambahkan kos dari sepatutnya. Hadkan kepada ibu dan bapa sahaja. Itu lebih baik.

    Kalau nk jaga hati semua orang mmg susah. Kecil hatilah sbb x libatkan semua. Mmg pening sbnarnya. Kecil hati kejap je…susah kita sbb personal loan berpanjangan smpai 10 tahun. Anak pun dh 3-4 org hutang x selesai lagi.

    Pada saya mudarat brhutang lebih besar dari mudarat kecil hati sbb majlis sederhana. Lebih baik yg berserhana mengikut kemampuan kerana didalamnya ada keberkatan.

  13. Tetapkan tarikh kahwin, bawak family dua belah jumpa untuk merisik dan confirmkan tarikh tu, insyaAllah Allah permudahkan perjalanan korang selepas tu, percaya pada rezeki Allah. Duit boleh dicari. Dan buat majlis atas kemampuan, jemputan tak ramai takpe asalkan keluarga dan kawan rapat dapat hadir. Banyak servis pelamin/katering/baju kahwin dan lain yang murah dan bajet rendah. Boleh search hashtag dan scroll IG /FB. Yang penting tawakal, Allah akan mudahkan niat baik. Selagi tak tetapkan tarikh antara keluarga memang sampai bila rasa susah dan lambat nak kahwin. (Atas pengalaman sendiri dan ramai yang lain). Semoga dipermudahkan ya.

  14. Asing duit awal2. Bukan simpan baki . semoga dimudahkan urusan .faham je kita xkesah simple tp xkan nak derhaka dgn fmly kan. Set tarikh nak kwen terus msti jadi jugak. Cukup je duit tu nanti even rasa sesak sikit.

  15. 1.Buat force saving,tolak gaji masuk ASB/TH tiap2. 2.Sewa bilik,jgn sewa rumah.kalau duk dgn parents lagi boleh jimat
    3.kalau boleh naik public transport,opt for that.
    4. Kurang kan gaya hidup hipster. Kena berkira skit pasni.
    5. Cek expenses Internet,bil etc. jimat3
    6. Kurang kan makan luar,masak.
    7. Kurang kan keluar dating
    8. Buat tabung warna.

    Lastly,ko takde masalah kewangan,tapi masalah sikap.

  16. Saya cadangkan confessor daftar dgn Jabatan Agama negeri masing2 atau pertubuhan (NGO) utk program “mass wedding” yg ditaja oleh Jabatan Agama atau NGO tertentu.
    Majlis sebegini lebih meriah sbb melibatkan ramai pasangan dan kos yg minima.
    Jangan peduli apa orang kata, yang penting kedua belah pihak bahagia dgn cara kita.

  17. Dok compare dgn diri kita mungkim situasi dia berbeza..tah2 dia dok kt area tol berbaris2 bersusun2, jarak tempat kerja yg jauh, area bndar yg mana sewa rumahnya mahal, adik beradik ramai perlu pakai duit utk belajar…belanja dapo dgn kos sara idup yg agak mahal. Tktau la nk kata silap kot mana. Untungg jd anak rosmah. Hmm.

  18. Aku kawin nikah kt pejabat tok kadi je..pakaian bju raya thun lepas,duit kos org sekitar kg makan(xde khemah pun) dlm rm300….,total proceed dokumen suami aku amik 3 hari…tmbh delay bahagian aku 2hari…(jdi cepat sebb die jual nama aku…aku patah kaki eksiden,so die nk jage aku sampai baik…kecian org pjbt agama dngr n luluskan n siap bg semangt kat die..)xde nye photo album bagai….kami create sendri dgn gi jenjalan lepas kawin honeymoon bagai tu….more cheap thrill!rezeki datang sendri lepas tu….

    Pendek cerita kalau nawaitu betul2 nk kawin…. jgn letak alasan duit…kes awak ni…kalau dh kenal 10thun skrg, ibu bapa bermimpi kn kenduri yg complete..sebb alasan dh besarkan kite tp awak cukup nafas je nk suport family….then?apa kesudahan ??lgi 10thun??…..pendek cerita….bincang face to face..2-2 keluarga n pecaya pada allah….nti awak akan rase berkat jodoh tu sebb nawaitu tu dh selari dgn ikhlas..rase die mcm magic…..semua mcm dipermudahkan….

  19. 1. Senaraikan berapa keperluan yang wajib ditunaikan setiap bulan (sewa rumah, bayar hutang, bajet makan semua).

    2. Baki yang ada tu, terus simpan (katalah hutang2, makan, parking, minyak dan sebagainya 2500) jadi ada baki 500 kan, terus simpan 500 bila dapat gaji.

    3. Istiqamah dalam menyimpan

  20. Kawen meriah2 tu usually parents yg tanggung bukan tuan empunya diri yg baru nak bina hidup. Kalau xmampu ukur baju di badan sendiri gitu. Utamakan yg wajib.

  21. Sis, banyakkan bersedekah, dapat gaji terus transfer duit kat akaun2 orang yg tengah dalam kesusahan. Cuba la 5 atau 10% dari gaji dulu. Sekurang2nya rm150 memang untuk sedekah setiap bulan.

  22. InshaAllah 3k tu cukup kalau pandai manage.. Dpt gaji asingkan utk byrn wajib dulu.. Kete,rmh,bill,ptprn,saguhati ibu bapa,petrol,insurans,mkn (tayah mkn luar,masak sendiri jimat).. Then ketepikan utk simpanan & belanja sikit.. Ada lebih blh la nk reward diri sndiri dgn benda2 ygnk dibeli.. Yelahhhh dh penat bekerja kan…

    Kalau takde duit lebih tp nk beli juga,simpan sikit2.. Nnt dpt juga beli..

    Yg penting duit gaji byr bayaran wajib dulu.. Baru fikir nak berbelanja sakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *