Wohohooo, sup y'all?
Eh silap, Assalamualaikum brader.
Kawan saya ada cter baik punya tadi. Dia dapat kata-kata nasihat dari Syeikh dia tadi. Syeikh Syu'aib Arnauth katanya masa kelas talaqqi(tadah kitab face 2 face)
Siapa pulok tuh?
Antara tokoh dalam bidang hadith pada abad ni. Kita stret 2 the poin jelaa. Haha.
salin salin. Buatkan pedoman sepanjang hidup sebab bagi admin, inspirasi dari kalam-kalam Ulama' ni sangat bermanfaat.
1. Syeikh menceritakan mengenai bagaimana beliau ketika belajar dahulu. Mafhum kata-kata beliau,
"Aku dulu tidak ada harta (tak kaya), buku pelajaran dulu aku hanya pinjam kawan aku. Kemudian aku buat ringkasan dari bukunya & aku pulangkan kepadanya."
Kita dapat lihat betapa juhud beliau dalam menuntut ilmu ketika zaman mudanya. Tidak berkemampuan penuh, tetapi masih lagi bersikap bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Hasilnya kita dapat lihat kitab-kitab yang beliau tahqiq (re-check) di kedai-kedai buku sehingga memberi manfaat kepada umat.
Bagaimana pula dengan kita yang cukup @ mampu? Adakah kita memanfaatkan peluang kita yang luas atau membazirkannya?
Pabila senang, kita alpa, lupa. Tika susah & sempit, di saat itu segalanya terkenang jua.
رحمه الله وإيانا رحمة واسعة لخدمة هذا الدين.
2. Syeikh ada menyebut,
"عليكم أن تتعلموا هذا العلم, ولا تبيعوا هذا العلم ولا تأكلوا به.".
Maksudnya : "Kamu perlu untuk belajar Ilmu ini (Ilmu Hadis), jangan kamu menjualkannya & mencari makan dengannya."
Syeikh memaksudkan bahawa kamu perlu untuk belajar ilmu hadith. Tapi, apa yang admin faham bahawa ilmu hadith merupakan sebuah ilmu yang berkait rapat dengan Hadith yang merupakan sumber hukum Syariat. Secara tak langsung ianya bermaksud, perlu untuk mempelajari ilmu-ilmu syariat.
Syeikh menekankan terhadap Ilmu HADITH.
Jangan menjual ilmu ini bermaksud, kita tidak boleh menjadikan ilmu ini sebagai gadaian kita untuk kepentingan tertentu @ membiarkannya tanpa pembelaan.
Jangan mencari makan dengannya, ianya menjadi sumber pendapatan kita seperti yang dilakukan oleh sesetengah pendakwah yang digelar 'Ustaz Sampul'. Mementingkan perut daripada umat.
Wallahu a'lam sekiranya tersilap tafsir & sila betulkan pada ruang komen.
Moga Allah memberi kita hidayah & taufiq-Nya untuk kita memahami agama ini dalam bentuk yang sahih & sejahtera.
Eh, abes da? Abes laa. Kita ada keja. Hhaha. Poyo.
✌
تدريب الراوي شرح تقريب النووي.
Karangan Al-Imam Jalaluddin As-Suyuthi (wafat 911H).
– M
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit