Assalamualaikum w.b.t kepada semua warga IIUM Confession.
Panggil saya Lee. Saya pelajar tahun X di IIUM. Di sini saya nak fokus bercerita tentang kes kecurian yang berlaku kepada saya sepanjang X tahun berada di UIAM ini.
1) Selipar Berjenama (RM 15)
Saya masih ingat lagi masa ni saya msuk bilik jam 1 a.m untuk tidur lepas pergi ke tandas. Saya letakkan selipar berjenama yang masih baru dibeli di luar bilik. Ketika bangun untuk solat Subuh, saya keluar bilik dan lihat ada selipar warna hitam yang agak lusuh & mendapati selipar yang baru dibeli tersebut telah hilang dicuri oleh manusia yang tak bermoral. (Pagi buta pun masih giat nak mencuri)
2) Baju Jersi (RM 50)
Jersi ni saya beli dekat kawan. Design memang cantik & warna baju tersebut merupakan kegemaran saya. Satu hari saya sidai di ampaian. Keesokkannya saya tengok baju tersebut telah HILANG. Sedihnya tu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Bukan murah nak beli baju macam tu. Saya juga bertekad jika menjumpai orang yang memakai baju jersi saya itu di mana-mana, memang saya akan suruh dia tanggal kat situ juga. Tak kisah dekat masjid @ kulliyyah @ perpustakaan. Tak mau tanggal lunyai la hang. (Mih3)
3) Seluar Dalam (RM 8)
Ni lagi la tak faham. Apa punya fe’el nak mencuri seluar dalam orang? “Desperate Husband” betul sampai sanggup nak ambil barang orang dekat ampaian. Terpaksa hari tu pergi Giant beli yang baru harga RM 26 (mahal sangat & sedang terdesak). Apa la perasaan hang masa guna pakaian yang bukan milik hang tu?
4) Selipar tandas (RM 4)
Kejadian berlaku selepas solat Jumaat. Letak selipar berhampiran dengan pintu masjid. Selipar tersebut masih baru dibeli. Seusai solat, nak balik ke Mahallah tengok-tengok selipar sudah tiada di pintu masjid. Puas mencari di sekeliling tetapi masih tak dijumpai. Konklusinya memang selipar sudah dirembat oleh seorang manusia durjana. Terpaksa balik Mahallah dengan meminjam selipar di tandas masjid (esoknya terus dipulangkan semula).
Setiap kali berlakunya kecurian saya sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t (doa orang yang dizalimi) kerana doa seorang insan yang teraniaya itu makbul. Ingat, nak beli barang tu bukan pakai daun atau kertas A4 Double A. Berdosa memakai @ mengambil harta orang lain secara batil & tanpa izin tuannya terlebih dahulu. Nasihat ini saya tujukan utk warga IIUM Confessions dan juga diri saya.
Sekian terima kasih. :)