Syurga Untukmu, Dosa Untukku

Hai semua. Nama ku Jaja seorang isteri dan ibu.

Membaca luahan semalam bertajuk ‘Kesan Duduk Dengan Mertua’ (https://iiumc.com/kesan-tinggal-dirumah-mentua/) membuatku terpanggil untuk share apa yang aku lalui sepanjang hampir 12 tahun menjadi isteri.

Aku cuba ringkas kan cerita, seperti confession semalam aku juga tinggal di rumah MIL walaupun kami ada rumah kami sendiri yang jarak nya lebih kurang 1/2 jam perjalanan.

Semua atas sebab ibu mertua ku ibu tunggal dan tak berapa sihat, suami bimbang untuk tinggalkan ibunya sendirian di rumah terutama waktu malam.

Aku sebagai isteri terpaksa turut kan sebab suami janji setiap jumaat atau cuti panjang kami akan balik ke rumah kami.

Bohonglah jika aku katakan tiada sedikit pun rasa merajuk atau kecewa yelah kita ade rumah tapi tak boleh nak duduk kan.

Tapi aku kenangkan tanggungjawab suami aku telan semuanya.

Dan setelah bertahun-tahun mula timbul 1 perasaan seperti aku dipergunakan. Maklumlah aku manusia aku juga punya perasaan walaupun tak terluah kerana aku seorang introvert.

Maybe bagi seorang lelaki benda yang terjadi tak de ape malahan mungkin kalau aku cerita kan semula die pun tak ingat incident2 yang trigger aku.

Contohnya aku bekerja balik je aku akan masak then barulah aku dapat mandi dan solat maghrib.

Bayangkan makanan dah di hidang dan aku baru nak masukkan nasi ke mulut, suami aku tanya mana ibu die. Aku jawab ibu dalam bilik mungkin belum nak makan.

Disuruhnya aku ketuk pintu bilik jemput ibu nya makan. Dah la penat balik kerja penat masak lapar tak makan lunch baru nak suap nasi tak jadi. Hurm…

Then weekend kan memang kami akan balik ke rumah kami,

Dan weekend tu juga akan ade agenda yang ibu dia buat seperti nak kemas rumah, kemas store, nak buat reban, nak buat pagar maka nya suami kata tak jadi nak balik rumah kami sebab penat.

Padahal nya aku yang penat sebab aku yang kene habis kan semua kerja2 tadi.

Suami hanya buat permulaan ikut desakan ibu die kemudian guna alasan penat nak rehat. Yang tinggal nya aku dan ibu.

Takkan aku tergamak nak biarkan orang tua nak buat semua tu sorang2. At the end aku lah orang paling penat.

Terkadang timbul perasaan tak ikhlas (ampun kn aku ya Allah) kerana demi suami nak jaga hati ibunya aku yang jadi mangsa.

Terbaru masa nak raya ibu nak buat rumah terbuka suami dengan slumber kata, ‘tak pa Jaja ada die boleh masak’.

Ya macam biasa suami akan ada diawal kerja2 dan selebihnya hanya aku yang tinggal untuk settle kan semuanya hinggalah ke cuci pinggan.

Aku pernah cuba nak luahkan pada suami tapi tak terkeluar dari mulut ni maybe sebab selalu di ingatkan semasa dia susah dulu ibu nye yang banyak membantu.

So aku ni rase macam aku ni tak de membantu ape2 ke. Ke aku ni sekadar orang suruhan aje di rumah ni.

Maaflah luahan ni agak random dan tak tertulis aku kalau nak cerita setiap perkara yang buat aku rasa seperti aku dipergunakan untuk mendapatkan syurga nya yang ada di bawah telapak kaki ibunya,

Sedang kan aku hanya mendapat dosa atas setiap keluhan, marah dan tak puas hati ku yang hanya aku mampu ungkap kan di dalam hati ni.

– Jaja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *