Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Saya berharap sangat admin dapat siarkannya.. Terima banyak2 admin.. Sebab saya tak tahu nak bertanya and minta pendapat pada siapa.. Dan saya juga minta maaf kalau ayat saya berterabur..
Saya perkenal diri saya.. Nama saya Miss A, belum berkahwin.. Usia pertengahan 40 an.. Bekerja swasta.. Saya nak minta pendapat and pandangan semua..
Sebelum ini saya tak pernah terfikir untuk mencari pasangan hidup.. Sebab saya rasa saya boleh berdikari.. Cukup segala nya dan tak perlu pansangan hidup..
Semua nya berubah bila saya tengok kawan saya sakit.. Masuk hospital, suami dia jaga dia betul2 di hospital membuatkan saya tersentuh.. Dan baru saya sedar yang saya sunyi dan perlukan pasangan hidup..
Atas nasihat keluarga saya daftarkan diri di dating app.. Ya, saya memang serious nak mencari.. Bukan nak suka-suka atau buang masa..
Dalam tu macam2 lelaki yang saya jumpa.. Tua muda, semua ada.. Laki orang pun ada.. Ajak poligami.. Awal-awal saya saya reject..
Tapis punya tapis.. Sampai lah saya jumpa seorang lelaki ni.. Saya namakan dia K.. Single.. Tua setahun dari saya.. Kerja kerajaan..
Belum berkahwin.. Sebab pernah putus tunang.. And jaga parents dia yang dah tua (sekarang dah meninggal dunia)..
Dia jaga parents dia sendiri dari parents dia sakit sehingga meninggal dunia.. So pejam pelik dia cakap dia pun tak perasan yang umur dia nak dekat 50 tahun masih belum ada jodoh.. Sebab tu dia daftar di dating app..
Dia ajak kami taaruf.. Saya setuju.. Dan dia cakap dia tak nak kami ada taaruf dengan mana2 orang.. Saya pun setuju.. So saya tumpu pada dia seorang sahaja.. Dan ignore semua mesej2 lelaki lain..
Dalam sesi taaruf tu, dia tanya status saya, dan reason kenapa saya tak kahwin lagi sampai sekarang.. Dan bermacam2 soalan lagi..
Saya jawab semua dengan jujur.. Dan dia bersetuju nak jumpa.. Sebab kami dah berusia.. Malas nak buang masa..
Dia minta gambar saya full.. Sebab senang nak cam sebelum jumpa.. Takut salah orang nanti.. So saya okay dan beri picture full saya..
Semua nya berubah lepas dia tengok picture full saya.. Terus berubah perangai dia.. Dengan alasan sibuk.. Mesej2 saya semua dah tak berbalas.. Kalau reply pun sangat lambat.. Compare dulu..
Jujur saya ngaku, saya memang gemuk.. Berat saya cecah tiga angka.. Perubahan dia memang ketara.. Kalau saya tak mesej.. Dia tak akan mesej saya sampai berbulan2.. Alasan sibuk..
And saya ada tanya dia.. If awak tak suka saya.. Sebab saya gemuk.. Saya boleh undur diri.. But dia cakap dia okay.. Saya cakap jangan paksa diri awak.. Sebab kita masih taaruf.. If tak suka kita stop and cari lain..
Dia reply marah2 saya cakap saya merepek.. So saya malas nak panjangkan cerita and gaduh.. Saya stop perbualan kami kat situ sahaja..
Seperti biasa, if saya tak mesej dulu.. Dia tak mesej saya.. Berbeza masa sebelum saya send picture.. Macam2 dia tanya pasal saya.. Ya lah.. Sebab tengah taaruf kan..
Sekarang if berminggu saya tak mesej.. Berminggu lah kami tak berhubung.. Saya pernah tanya, awak sekarang ni ada taaruf dengan perempuan lain ke?
Dia jawab tak ada dan maki saya cakap saya tak faham dia.. Dia tengah sibuk.. Bila saya tanya sibuk apa? Sampai kesudah tak jawab sibuk apa..
Family saya dah mula bertanya pada saya, apa cerita saya dengan k? Jadi tak nak jumpa?
Saya beri jawab saya belum bersedia nak jumpa dia.. Saya nak minta pendapat and pandangan semua..
Adakah memang lelaki ego macam tu? Atau itu alasan dia sebab untuk saya undur diri..
Dan perlukan saya stop dengan dia, dan pergi taaruf dengan lelaki lain? Sebab selalu saya nampak dia online.. But reply mesej memang lambat..
– Miss A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit