Semoga Awak Tenang

Hai semua. Semasa PKP, saya bekerja jauh dari isteri, dan mengalami depresi kerana beban kerja.

Dan dari situ, saya berkenalan dengan A. Dia selalu ada memberi semangat kepada saya untuk hidup.

Memberi nasihat kepada saya supaya sentiasa bercerita kepada isteri, bukan dengan orang lain walaupun hal remeh temeh.

Dia menjaga batas dia. Dan persahabatan kami bertambah akrab. Saya tak mahu kehilangan dia.

Apabila saya dapat balik ke KL, kami putus sekejap. Tapi kemudian, persahabatan bersambung semula.

Dan saya PJJ lagi dengan isteri kerana dapat kerja lain yang jauh dari KL.

Dalam masa yang sama, saya berkasih dengan A.

A tidak mahu sekadar berkasih, dia mahu berkahwin. Agak berat untuk saya, tapi saya berjanji yang kami akan berkahwin.

Tapi, mungkin A fikir kami tak dapat berkahwin, maka dia pun putuskan hubungan kami.

Tapi pada masa tu, kami berdua tak dapat menerima, kami berbaik semula dan saya pulang ke KL hanya semata untuk berjumpa dengan A.

Hubungan saya dan isteri sebenarnya dah lama berantakan.

A sentiasa menasihatkan saya komunikasi adalah penting, bukan apabila buat salah, lari dari keadaan tu.

Tapi saya tak terima nasihat dia. Saya ego. Dan saya fikir memang saya akan lepaskan isteri saya.

Apabila balik ke KL, saya tak balik rumah, saya akan bermalam di hotel dan A akan datang berjumpa saya. Setiap kali macam tu la.

Walaupun A sering minta saya balik rumah berjumpa dengan isteri. A dah tak sanggup agaknya, dia minta saya pilih, samada A atau isteri.

Dan saya pilih A. Pada isteri, saya bagitahu yang saya nak cerai.

Tapi, dengan A sebenarnya saya sentiasa nak bergaduh. Walaupun kami sering berbincang apa yang kami nak dan expectation kami.

Saya banyak bandingkan A dan isteri. A juga kadang-kadang persoalkan perasaan saya pada dia.

Sehinggalah suatu masa, saya dapat pekerjaan lain di KL, dan A pula tercampak jauh dari KL.

Saya memikirkan ini satu petanda yang kami tak berjodoh. Saya hanya fikirkan apa yang terbaik untuk hidup saya.

Dan saya berbaik semula dengan isteri. Saya fikir apa yang A bagitau saya selama ini memang betul.

Saya tinggalkan A dalam diam. A ada call saya, tapi saya tak jawab. Dia message, saya tak reply. Saya tak tahu nak cakap apa pada A.

Akhirnya A minta saya block dia. Saya buat. Saya block dia.

A tuduh saya buang dia macam tahi. Saya pun tak tahu. Rasa bersalah dekat isteri, rasa bersalah pada A saya tak tahu.

Tapi saya ada buat perkara yang A tak rela, tapi tidak terlanjur.

Saya hanya nak A lenyap dari hidup saya. Dia email saya, saya hanya balas perkara perlu. A buat akaun facebook baru, saya block.

Saya tak tahu apa lagi saya perlu buat untuk fahamkan A yang saya tak perlukan dia dalam hidup saya, jangan ganggu saya dan isteri.

Saya tak mahu tahu apa yang berlaku pada dia. Kehidupan kami berbeza.

Semoga awak tenang A…

– Jimmy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *