Rindu Tempat Kerja Lama, Tapi Nak Kerja Baru

Assalamualaikum, Nama aku Fik (Nama Samaran). Sekarang ni pada tahun Julai 3/7/2023, dan hari ini hari jadi ibu kesayangan aku.

Ok mari kita pendekkan cerita ya, aku bekerja Designer di sebuah company Jubin Ceramic di malaysia dan aku seorang Designer yang biasa biasa dekat luar sana juga.

(Throwback dulu Situasi selepas study)

Selesai SPM sahaja, Pada tahun 2014 – 2016 aku belajar di kolej swasta yang terletak di Johor Bahru. Kolej Swasta yang biasa sahaja tapi ada sedia kan course Multimedia application.

Haaa pelik kan aku Ambil Multimedia tapi kerja as Designer. Ya betul, aku amik Multimedia sebab aku suka buat video dan amik gambar.

Okay kita pendek kan cerita sini, selesai sahaja aku habis study diploma tu. Aku terus apply kerja Videographer di sebuah syarikat kecil di Jb.

Bertapa terkejut nya aku di layan macam orang NOOB ya di sana, dan dia anggap aku semua kerja boleh buat.

Aku kerja tak lama 3 hari sahaja dan aku terus cabut. Sebab company tu buat aku macam budak mentah sangat2, ya aku sedar aku ni kentang, tapi please la guide aku buat kerja. Haihhh orang orang tua tu geram je aku.

(Situasi Bekerja)

Selesai la berhenti company toxic dalam 3 hari haha, selepas tu aku cuba untuk kerja Designer, aku cuba apply dan apply,akhirnya aku dapat..

Designer di sebuah company melayu yang baru je nak up di Jb juga. Aku sorang la Designer aku sorang la tukang layan Customer.

Aku okay kerja dengan dia tapi gaji kedai runcit lagi tinggi time tu. Aku 3 bulan je kerja situ sebab pikir kan career aku.

Dan aku cuba cuba jadi Photographer dan Videographer sambilan. SUMPAH aku cakap kau penat badan dan kepala, angle kau nak shoot macam mana, nak edit untuk video lagi. Kepala pecah sangat2 hahaha tapi okay untuk pengalaman.

(Situasi Rindu Tempat Kerja)

Haaa ni main topic haha, Selepas habis kerja di company gaji rendah tu, aku terus apply di company besar iaitu company JC di JB juga haha.

Pendekan cerita, company almost perfect bagi aku, Gaji RM3000 – RM3500 pada tahun 2017 – 2019 sangat la tinggi pada aku walaupon single atau double, haha.

Apa yang buat ianya almost perfect ada lah, company besar ni dia akan fokus on 1 job je dekat kat kau.

Kalau kau bab design dia akan suruh design. Kalau IT dia akan panggil orang IT. Elaun makan, elaun kedatangan, elaun minyak elaun shift.

Boleh masuk Pagi dan Petang kerja tapi kena inform awal2, sini staff semua masuk kepala, cuma 15% je lah ada yang toxic, tapi kebanyakan memang seronok sangat2.

Ada makan2, ada cuti hari perayaan, belajar benda baru. Main ML pon sama sama bro/sis!!! hahaha zaman best 2017 – 2019.

Tiba la 1 hari pkp datang secara tiba tiba, aku agak happy bila cuti kan, time dalam kepala aku pikir company tak goyang pon. Sekejap lagi makin menjadi jadi pkp aku dah mula risau company tu.

Habis pkp sahaja ramai yang jadi suram dekat muka, ada yang meninggal ada yang balik kampung, nepal vietnam semua balik. Aku rasa dekat situ macam ada satu bebanan walaupon aku sebagai seorang staff.

Kita orang mula kerja macam biasa tapi ada perasaan sedih, takut dan benda dah tak boleh jadi macam dulu. Sesudah je 1 bulan situ aku kena transfer ke company lagi 1 untuk dia orang nak bagi designer lain kerja benda yang sama aku buat.

Sebab aku buat interior design and sambil2 tu buat website, so designer company lagi satu tu dia takde merasa benda ni semua, jadi kena transfer je la masing2.

Aku kerja dekat company no 2 dia orang ni, masuk2 aku dah kena tengking. Padahal aku takde apa pon nak di buat. Aku tak amik hati sikit la, tapi lama2 dia jerit2 kat aku, aku dah biasa.

Aku kerja la start dari hujung 2020 tak silap sampai la aku amik keputusan untuk resign pada awal tahun 2023…

Aku berkhidmat selama 7 tahun. Ada sijil pekerja terbaik lagi. Mashallah dulu seronok sangat2, aku kerja tak pernah rasa excited. Company bagus sangat dulu, makan makan, borak2, lepak dekat luar.

Tapi apa kan daya, selama aku bertahan, takde pon jadi kepada asal.. Malah asik di pergunakan di company no 2.. Selepas aku kahwin pon takde perubahan, malah aku sambilan buat grab.

(Kerja Baru)

Tapi sekarang tempat kerja baru ni, susah nak cakap. Aku dapat company yang sama tapi cawangan di Singapore. Aku okay mula2 rasa, tapi bila da masuk kerja tu sumpah aku nangis.

Aku teringat dekat kawan2 kerja company sebelum ni. Habis air mata jantan aku. Aku kerja macam biasa dekat SG ni, tapi aku takde designer lain, takde borak2, kau buat je kerja kau. Habis balik.

Betul orang cakap SGD ni memang seronok, tapi kau memang takde life la, life kau bila kau cuti je. Masuk ofis buat kerja, takde borak apa semua makan kerja then balik. SETIAP HARI.

Tapi aku bersyukur Tuhan bagi nikmat kerja SGD mashallah. Cuma sumpah aku sedih.

(Kesimpulan nya)

Jujur dalam hati aku dalam diri aku, engkorang semua tolong jangan amik course designer bila sambung study, walaupon kau anggap senang ke apa. Tolong elakkan amik.

Selalu yang senang2 ni la susah nak dapat kerja. Ramai kawan aku time study, designer 20% yang jadi. Selebihnya semua lari bidang kerja.

TOLONG sangat jangan amik course Designer, nanti korang akan jadi macam aku ni.

Aku menyesal amik course designer, pada masa yang sama bersyukur ALLAH beri aku ini semua.

Itu sahaja dari aku, aku akan cerita tentang pengalaman aku yang lain pula okay? Stay tuned..

Designer in Malaysia are underpaid sangat2..

– Fik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *