tabah

aku pon tak tahu… ada orang cakap aku ni tabah. betul ke? sebenarnya percayalah, aku tak setabah mana. aku cuma kuatkan hati sebab aku tau tak akan ada orang nak tolong aku kalau aku lemah. jadi, kesimpulannya aku tak setabah mana…hehe. tapi aku bukan nak cerita kisah aku, tapi aku nak cerita mengenai kawan aku.

aku ada seorang kawan ni, namanya P. P ni dia ada geng. biasalah perempuan, bila kat u pon still ada puak2 masing-masing. bagi aku P ni terlalu bagi muka sangat kat geng dia. sebelum ni aku perhati je geng ni dengan P sebab aku ada geng aku sendiri.

bila aku dah kawan dengan p, aku perhati je macam mana dia dengan geng dia. sepanjang pemerhatian aku, aku dapati P ni bukan sahaja terlalu bagi muka tapi dia juga nak sangat jaga hati semua geng dia. kalau aku, serius dah cabut lari kalau ada geng macam tu… apa yang dia tak buat, cover bila geng dia tak hadir kelas, buat part member (assignment), teman waktu susah, tempat mengadu dan banyak lagi. bagi aku terlalu banyak dia lakukan, sampai satu tahap, aku rasa dalam diri aku, dia ni bodoh atau tak de perasaan? aku tengok lagi kawan2 P yang lain.

kawn-kawan p ni semakin jauh hari demi hari dari p. aku pon tak tau kenapa? mungkinkah aku yang bersalah? disebabkan aku merapat mereka mulai menjauh dari p? tapi seriusly, aku kesian kat p ni, bagi aku dia sangat tabah. bukan aku tak tahu apa geng dia buat kat dia kalau dia baik dengan aku. sekarang p seolah-olah telah dipulaukan sebab baik dengan aku. aku tau, geng dia bukannya suka aku sangat pon. tapi aku tak kisah sangat. aku cuma kesiankan P je. aku rasa disebabkan aku, p terpaksa hadapi semua ini.

p/s: kepada yang hidup ber'gang' tu termasuk aku, kalau kau nak pulaukan seseorang, aku nasihatkan kau tengok balik kebaikan-kebaikan yang kawan kau pernah lakukan untuk kau. aku tak minta banyak, cuma aku harap aku dan kawan2 di luar sana tu, belajarlah untuk menghargai orang lain. lagi satu, hidup ni, mesti tau mengenang jasa orang. kalau bergaduh sekali pun, cuba renung-renungkan kebaikan yang pernah kita terima daripada kawan yang kita gaduh tu. okaylah, setakat tu saja. aku nak minta maaf jika aku ada megguris hati dan perasaan somebody melalui confession aku ni…

– insan pendosa

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *