Aku seorang pelajar di salah sebuah Universiti di Malaysia.Masalah yang sedang aku hadapi sekarang ialah mempunyai seorang roomate yang langsung tidak memahami walaupun setelah ditegur berkali-kali.Pada waktu selepas maghrib dia suka menarik tirai langsir bilik sehingga sesiapa sahaja yang melalui di bawah blok boleh melihat apa yang berlaku di dalam bilik sehinggalah waktu malam. Aku stress kalau setiap hari begini. Ditegur dia buat tak tahu katanya panas. Memandangkan blok kami berhadapan dengan blok lelaki aku merasa amat tidak selesa mengenangkan kewajipan muslimah dalam menjaga aurat. Jika ada pendapat boleh komen di bawah terima kasih.
– Aku yang kecewa
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Kipas ada. Terlalu panas, bukan diselak semua. Selak sedikit untuk udara panas keluar, gunakan fungsi kipas sebaiknya.
Or perhaps, the fan is dusty.
Cakap dekat dia, panas lagi api neraka :’)
tampal glasswallpaper… kalau warden bising katakan ini aurat…. selak langsir pun yang luar takkan nampak yang dalam… kalau roommate masih nak koyakkan wallpaper tu, mohon kaunseling pengetua asrama….