Tabiat yang susah nak diubah

Assalamualaikum. Hai.
Saya nak kongsikan masalah dan tabiat saya. Bukan saya tidak pernah mencuba untuk mengubahnya, tetapi sering berakhir buntu.

Dan akhirnya saya yang akan tertekan, apabila orang sekeliling ada yang cuba menjauhkan diri.

Saya harap pembaca iium Confession dapat membantu dan memberi cadangan agar saya dapat mengubahnya.

Pertama, saya ada tabiat suka membuat sesuatu pekerjaan secara berulang-ulang. Selagi saya tak berpuas hati, saya akan mengulanginya. Contohnya dalam melipat pakaian (saya kurang gemar gantung pakaian kerana bagi saya tidak kemas). Jika baju yang saya lipat tidak sama saiz lipatannya, saya akan mudah rasa resah. Mahu tidak mahu, saya terpaksa buka balik kemudian lipat lagi sehinggalah sama rata. Kadang saya menghabiskan masa hampir setengah jam untuk melipat 10 helai baju.

Bukan itu saja, dalam menulis esei juga sama. Edit, save pastu edit lagi. Utk individu takde masalah, tapi saya kasihankan rakan sekumpulan saya. Tapi saya tak boleh, kalau saya hantar esei dalam keadaan saya tak berpuas hati, kadang sampai sem berikutnya rasa bersalah saya masih belum hilang.

Itu belum bab basuh tangan dan kaki. Kalau saya dah naik atas katil, dan teringin nak turun atau buang sampah memerlukan saya memijak lantai, saya takkan naik ke katil semula tanpa membasuh kaki atau tangan terlebih dahulu. Sama juga jika saya keluar masuk tandas atau bilik member. Saya akan sentiasa basuh kaki sehinggakan member akan bertanya, “bilik kitaorabg kotor ke?” Sebenarnya tak. Tapi saya akan rasa tak keruan bila tak buat macam tu.

Kat rumah pula, bila time masak, saya kupas bawang merah, kemudian basuh tangan. Lepas tu baru kupas bawang putih, saya basuh tangan. Lepas tu barulah kupas kulit halia, lepas tu saya basuh tangan lagi. Sehinggakan nak masak satu lauk memakan masa hampir sejam. Jadi sebab itu, mama tak bagi masak. Jika selepas basuh tangan saya sentuh seperti buah yang nak diletakkan di peti ais, lepas tu saya akan basuh tangan lagi.

Saya juga selalu marah adik yang suka letak barang merata lepas guna barang saya. Contohnya, barang tu saya letak di meja A, adik ambil kemudian letak kat meja B, walaupun meja A dan B bersebelahan, saya mudah naik marah. Saya nak barang tu letak kat tempat yang sama tanpa sedikit pun ada perubahan tempat, hatta seinci. Sebab saya tahu kedudukan barang-barang saya.

Bab memakai baju, kalai saya terpakai sehelai baju, walaupun hanya sekadar mencuba tidak sampai 10 minit, tetapi disebabkan sudah tersarung di badan, maka saya takkan memakai pakaian tu tanpa membasuhnya terlebih dahulu. Sebab tu baju saya untuk 3 hari macam pakaian untuk seminggu.

Bab basuh pakaian, hah ni kalau saya kat rumah saya takkan bagi sesiapa basuh. Saya akan basuh kesemua pakaian family saya. Sebab family saya jenis main sumbat je, tapi saya tak suka. Sebab boleh merosakkan pakaian. Baju putih, takkan boleh bercampur dengan seluar. Tudung basuh tangan, baju chiffon dan bermanik pun kena basuh tangan. Dan nak basuh tangan pun kena ada cara.

Jujur, saya sebenarnya letih. Saya kasihankan roomate, family saya. Saya tahu saya menyusahkan mereka. Saya nak ubah, tapi susah. Sebab jika saya biarkan saya akan sentiasa fikirkan perkara tu sehingga susah nak tidur.
Saya tak tahu kenapa saya jadi macam ni.

Tolong saya.

– Nina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit