aku ada masuk pertandingan sparring taekwondo.dah lama jugak la aku tak masuk sparring ni..aku masuk kategori orang yang besar besar punyaa.aku punyalah ingat mesti opponent aku tu mesti lagi kecik dari aku.mesti senang nak tendang kepala dia..sebab kalau tendang kepala markah banyak.
So, masa hari pertandingan aku cuba cari opponent aku..makk aiii macam nak tarik diri je ..dia 2x ganda lagi tinggi dari aku..peh peh peh .. Aku cakap dgn sir yang aku rasa macam tak boleh nak lawan dia..sir aku kata try je .mestii bulehh
Ok ..aku pon dgn confidentnya masuk gelanggang ..aicehhh semua. Kawan2 aku dok teriak teriak nama aku..satgi bushh opponent aku tendang kepala aku..peh kalau buat action movie ni mesti aku dah terpelanting2..dan akhiiirnyaaaa aku kalah ..hahahha 21-0
Teruk gila wei..markah aku 0 ..hahah maluu ..kawan kawan aku dok teriak nama aku sungguh2 satgi aku kalah an…hahahah
Kali kedua..ada lagi satu tournament ..open untuk sesiapa sahaja yang nak masuk..aku pon masuk sebab aku nak try lagi..aku nak buktikan kepada sir ..kepada semua orang ..aku nak tebus balik ..malu weh malu..so, kali ni aku upgrade lagi training aku..
Kali nii srs aku nak jugak menang..pagi tuu aku dok solat hajat ..aku doa sungguh2 ..
Dipendekkan cerita ..aku menang tempat pertama dan opponent aku lagi besar dari yang sebelumnya..tinggi lampai mak aihhhh…aku rasa yang aku akan kalah dgn opponent aku tu ..srs tapi aku serah je la kat allah ..aku dah redha …dan ditakdirkan aku menang even dgn opponent yang tinggi lampai macam tiang letrik tu..hrhehhe kuasa allah kan..so, apa apa yang kau buat ..kau niat dan berserah kepada allah..kuasa allah tiada yang mustahil…
Subhanallah
– Beboot