Tak Ada Masa Depan?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Firstly, thanks admin sebab sudi approvekan saya punya confession.
Saya seorang student Masters, major in business. Saya rasa nak confess kat sini sebab saya rasa ramai sangat orang asyik cakap benda yang sama dekat saya.

Orang selalu cakap dekat saya yang buat course business ni tak ada masa depan. Dulu time saya buat degree kat UK, lagi banyak orang berkata-kata. 'Buat course business sampai ke oversea? Menghabiskan duit rakyat ja. Bukannya dapat kerja pun.'

Tu ayat biasa tiap-tiap kali saya balik raya, sampai saya kadang-kadang rasa macam tak nak ikut family saya balik beraya kat kampung.

Mugkin sebab family saya education-based people. So, setakat buat bisnes ni… tak payah belajar sampai degree atau masters pun boleh jadi jutawan apa, kan? Lagipun anak-anak diorang semuanya doktor, engineer, kerja bank, lawyer, etc. Saya buat bisnes ja. Menghabiskan duit rakyat sampai ke oversea pulak tu. Diorang belajar dalam negaa ja pun boleh jadi doktor, kan? Menelamatkan nyawa semua.

So, cuba semua orang bagitau dengan saya, hina sangatkah saya study bisnes? Memanglah betul apa diorang cakap tu, saya tak ada masa depan. Well, not yet. Saya terus sambung masters lepas degree dan tak ada income tetap. Saya sentiasa ja ikut mak ayah saya ziarah family, setelkan hal-hal rumah, jadi driver bawak mak dengan ayah saya ke mana saja yang diorang nak pergi, tolong jaga anak-anak saudara saya bila abang-abang dan kakak-kakak saya ada hal-hal yang tak dapat dielakkan dan study. Dan saya cuma penulis jalanan dan part-time fasilitator bila ada job.

Tapi saya rasa saya bahagia dengan kehidupan saya. Saya ada kehidupan yang gembira walaupun saya tak adalah masa depan pun sangat. Saya ada cita-cita, tapi buat apalah saya nak gembar-gemburkan pada satu dunia yang saya akan jadi kaya dalam tempoh 10 tahun lagi kononnya?

Kesimpulannya, saya nak bagitahu dekat semua orang yang anda tak perlulah pandang rendah dekat seseorang tak kiralah dia buat course apa sekalipun. At least, they're university graduate dan mereka sumbangkan sedikit sebanyak pada masyarakat atau sekurang-kurangnya pada keluarga mereka. Yang korang semua rajin sangat nak adili siapa ada masa depan, siapa yang tak ada masa depan tu, anda confirm ke yang anak-anak anda atau diri anda sendiri ada masa depan?

Masa depan kita tak bergantung sepenuhnya pada course atau major apa yang kita buat di universiti. Dan masa depan tu tak bergantung sepenuhnya pada duit, kerja tetap dan income yang tetap. Kita hidup bukan untuk masa hadapan, kita hidup untuk membuat penambahbaikan pada diri sendiri.
Janganlah hilangkan sifat syukur orang lain dengan membanding-bandingkan hidup mereka. Kenapa kita nak bongkak dengan masa depan yang kita sendiri tak nampak?

Akhir kata, manusia hanya mampu merancang. ALLAHlah sebaik-baik perancang.
Buat mereka yang rasa rendah diri dengan diri sendiri, yakinlah, janji ALLAH itu pasti. Janganlah korbankan masa anda berharga sekarang dengan mengejar masa hadapan yang belum pasti secara berlebihan. Berdoalah dan berusahalah, tapi ingatlah, ALLAH sebaik-baik perancang.

– Ayumi

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Org yg question begini la kemungkinan ada harapan terjebak dgn skim2 cepat kaya, opportunist yg beli gelaran doktor, atau lebih teruk lg yg jadi scammer.

    Sbb bila bljr ikut syllabus yg betul, mmg kurang kebarangkalian utk tak beretika walaupun tak dinafikan ada je yg terjebak.

  2. Sabar je la.. Kat msia ni, kita diajar dr kecik yg ada kelas bodoh, ada kelas pandai.. Ada keje utk org bodoh, ada keje utk org pandai.. Keje utk org pandai dpt gaji besar, keje utk org bodoh dpt gaji ciput.. Tp kita x diajar yg smue keje sama penting die.. Org yg keje kutip tol, nmpk x signifikan pn, tp bila nk tutup pondok tol, smue nk pkai touch n go, smue rasa agak menyusahkan.. Padahal sape yg nk keje mcm tu? Lg satu diajar yg bila keje xde@xperlu kelulusan, org tu xde hak.. Jd brape pn gaji yg dpt, kena berterima kasih kat bos atas ‘ihsan’ yg diberi..

  3. Tak. Saya rasa kamu ni hebat. Bukan semua orang boleh handle bidang kamu ni. Belajar leklok. Don’t worry about the future. The future will arrive anyways. Things will fall into the right place. In sya Allah. Be happy.

  4. 9/10 kekayaan itu datang dari berniaga… usahakan dengan sebaiknya… jadikan pandangan sinis itu cabaran.. nescaya suatu hari mereka ternganga melihat kejayaan anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *