Salam everyone.
Nak share apa yang tengah aku serabutkan sekarang. Aku ada ayah yg sangat2 baik. Jaga anak anaknya tiptop, terutama bab keselamatan. Ayahlah idolaku. Ayahlah yang paling rapat dengan aku. Hidup kami sederhana je sejak aku kecil. Makan pakai semua cukup tk terkurang. Sampai lah dua tahun lepas lebih kurang..ayah tk dapat job satu pun. Hilang punca pendapatan kitorang satu family. Oh ya, saya ada 5 siblings. Satunya ayah ni sangat keras kepala. Semua katanya adalah betul, tk dibenarkan membantah. Sejak tu, ibu mula start meniaga kecil kecilan utk bantu ayah and tanggung kami adik beradik. Masa tu aku masih di universiti..aku cuma mampu bantu mereka dgn tidak mintak duit utk keperluan belajar aku. Aku gunakan duit PTPTN dgn jimat.
Dipendekkan cerita, masa berlalu. Ayah masih tak ada kerja. Hutang menimbun. Duit sewa rumah dan bill bill semua aku rasa dia pinjam dengan kawan2..entah berapa lah total hutang dia semua. Tak sanggup nak fikir. Ibu selalu mengadu kat aku yang ayah pinjam duit dia sampai ibu sendiri dah tak ada duit. Aku hanya mampu tengok ibu menangis. Aku habis belajar, mula bekerja. Tiga suku dr gaji aku sebulan, aku simpan. Aku niat nak beli kereta untuk mudahkan aku kesana kemari memandangkan aku dah ada lesen..aku juga anggap impian nak beli kereta ni adalah hadiah untuk diri sendiri sbb penat bekerja. Oh yaa, ibu ada kereta..tp ayah tk pernah benarkan aku guna. Sebab tu aku tekad nak beli sendiri.
Setiap bulan, aku akan beri ayah dan ibu duit belanja..aku juga beri duit untuk bayar bill dan lain lain. Aku bagi sekadar aku mampu. Memang tak cukup, tp itu je yang aku ada. Duit simpanan aku hampir cukup utk bayar DP kereta. Tapi tiba tiba Ayah cakap dia perlu duit. Nak bayar hutang kereta dan lain lain. Aku buntu. Ya aku tahu tolong ibu ayah sangat berkat. Aku cuma marahkan ayah, kenapa dia tak usaha cari kerja sedang ayah masih kuat. Aku ada kakak tp tak pernah nak tolong keluarga sendiri, dia lebih pentingkan kawan kawan. Kadang aku jadi marah juga dgn kakak. Aku ni adik, tp aku rasa aku yg galas semua. Kadang aku fikir kenapa beban ni atas aku sorang? Gaji aku bukan lah besar mana. Aku bukan kerja hebat.
Simpanan terkumpul aku tk banyak. Mungkin ada 5k. Ayah nak pinjam sikit, tp aku tahu mungkin takkan terganti balik. Tak apa ayah, aku ikhlas dah. Duit boleh dicari tapi ayah tak akan terganti. Korang, doakan aku tabah jalani hari hari akan datang. Ya, hutang tiap bulan bertambah. Bill bulan ni tk bayar lagi Hmm. Bila cakap dengan ayah pasal ni, confirm ayah akan naik angin. Jadi aku diam, malas nak cakap lagi. Aku bukannya berkira. Kalau aku berkira, aku takkan tolong mereka langsung.
Aku percaya rezeki setiap orang lain lain. Aku mungkin tak dapat tunaikan impian aku nak beli kereta sekarang..mana tahu tiba tiba kereta jatuh dari langit ke? Hahhhha okay berangan.
Share your positive spirit with me, please? Salam.
– Haurah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Orait! Cam ni r ,bru r kaki FIGHTER dgn KHIDOPAN…BKN syik nk mrataP je
Sis fikir macam ni je. Nanti kalau dh tolong family,insyaAllah Allah tolong kita. Mungkin kita tk nampak sekarang,mana tahu time emergency yg Allah hantar bantuan. Tahniah sis buat pilihan terbaik
Ni kan bulan ramadhan.. bila aku ngadu macam2 kat ummi abah aku satu je derang xmiss pesan, doa sebelum berbuka tu tak tertolak oleh Allah.. doa dan mintak la daripada dia.. Allah bagi je insyaallah, cepat n lambat je.. apalah sangat impian kita berbanding bantu mak ayah yang susah perit jerih besarkan kita. Ujian tu kadang2 xdatang direct kat kita, melalui keluarga kita, kadang2 melalui orang lain.. xpa doa banyak2 bulan2 ramadhan ni. Moga Allah bantu.
InsyaAllah rezeki kita akan murah jika kita pemurah pada emak ayah. Tahniah sis yg solehah.
Mmmm cuba kan kau slow talk dengan ayah kau. Ajak dia duduk sebelah kau, cakap elok elok mintak maaf dulu izinkan haurah nak tanya ayah, pegang tangan ayah, tanya ayah ada masalah ke ? Haurah nak cakap sikit harap sangat ayah tak marah. Then startlah cakap pasal apa yg kau nak cakp kat ayah kau. Malam lepas isyak ke terawih ke. Time suasana rumah tu agak tenang. Cuba talk heart to heart dengan ayah. Masa kau nk cakap tu aku rasa jangan lepas dulu tangan kau dr pegang tangan ayah kau. Masa ni kan kalau Haurah tetiba nangis sebab tak tahan aku rasa ayah kau pun boleh meleleh jugak hahahahhaha Sebab masalah ni terang terang kau dengan ayah kau rasa dan nampak. Cuba la ya. Doa pun jangan tinggal. Doa tu senjata mukmin.
Kenapa aku suruh pegang tangan ayah kau, sebab bila ada physical contact camtu effect dia lebih. Aku rasa lah. Hahahaa. Sebab kau rapat dengan ayah kau kan. Aku rasa okay kot in sya Allah.
Aku doakan agar ujian ni kau dan family kau dapat harungi dengan kuat. In sya Allah , Allah akan selesaikan masalah kau. Aminnn. Syabas jugak sebab kau sanggup bagi simpann kau nak beli kereta tu kat ayah kau. Alhamdulillah. Trust me Allah akan ganti dengan benda lebih baik. Mungkin bukan duit or kereta tapi benda yang lebih bernilai dari itu. Bukan trust me. Trust kat Allah. Have faith on Him. Dia tahu yang terbaik. Dia beri cuma yang terbaik. Allahyuftah alaikum. Fighting !!
Xpa sis.. selalu ingat.. yg beri kita rezeki itu bukanlah majikan kita, tp semua pun Allah yg beri. Sis terberi jgk duit pd ayah sbb apa.. sbb Allah izinkan it happen that way.. jgn risau sis.. Allah Maha Pemberi Rezeki.. yakin
.Andai awk pernah berdoa agar dijadikan manusia yg tdak berputus asa, mungkin Dia sdg memakbulkan doa awk.. :)
Kita pernah berdoa agar dikurniakan sifat penyabar.. Allah makbulkan..
Tak lama, kita diuji dgn penantian..rebah.. Kita lupa yg sabar itu dtgnya dr penantian..
Kita pernah berdoa agar jadi hamba yg ikhlas..
Allah makbulkan..
Tapi kita diuji dengan kesempitan diri sendiri..Kita lupa , kesempitan adalah guru kepada keikhlasan..
Kita berdoa untuk jd kuat dn tabah.. Tapi saat ujian dtg, kita kata kita tk kuat untuk diuji sebegitu..Kita lupa kuat dtg dr ujian yg brjaya..
Kita berdoa untuk jd anak yg solehah/soleh .. Maka kdg2 ujian itu dtg dr org tuanya sendiri..
Jadi, andai ujian itu sifatnya mendidik, bukankah doa kita dh termakbul?..
ni antara kata2 seseorg yg sy selalu ingt.
Semoga dipermudahkan urusan dn dimurahkan rezeki ye sis :)
Awak budak baik Awak budak baik Awak budak baik Awak budak baik Awak budak baik Awak budak baik Awak budak baik Awak budak baik Awak budak baik Awak budak baik Awak budak baik Awak budak baik Awak budak baik Awak budak baik Awak budak baik Awak budak baik .
salam sis, awk mgkin boleh slow talk dgn ayh awk, bncg baik2. dlm masa sama, awk dulukan pparent sbb apa? syurga. jgn berhenti doa dan minta Allah bantu dlm apa jgk keadaan. sy xkenal awk, awk pun xkenal sy, tp sy doakan urusan awk sekeluarga dipermudahkan, in shaaAllah. Awk budak baik.
Sis. Percayalah apa yg sis buat.. Allah suka sgt2. Tak salah beri duit pada parents, take care hutang dorang. Trust me, hidup awak akan lebih di permudahkan dan lagi murah rezeki. Ikhlas kan hati..
dik….buat masa ni xyh la beli kete lagi…..baru kerja kan..lgpun bukn senang nk lulus loan kalau fresh grad ni…duit tu bantu la keluarga…tp jgn bg semua…bg sikit…lebih tu simpan dlm ASB…nanti dpt jugak dividen…tiap2 bulan top up “tabung” kat ASB tu…