Saya sebagai generasi Y berasa terkilan dengan generasi X yang bersengketa hanya kerana berebutkan harta sekangkang kera. Dan bila hari raya saudara mara tak nak datang beraya ke rumah yang tua hanya kerana sejarah keluarga yang masih ada pertikaian tentang pembahagian harta. Saya tak salahkan mana-mana pihak sebab itu urusan masing-masing nak selesaikan macam mana. Tapi saya terkilan bila tengok makin lama hubungan sesama sudara semakin renggang dan mungkin terputus hanya kerana berebutkan harta dan salah faham antara keluarga.
Rasanya dalam mana-mana keluarga akan ada sejarah masing-masing, tapi kami sebagai generasi muda, rasa tersepit sebab tak boleh nak melawat sepupu sepapat yang dulu sama-sama main bersama, dah tak nak datang rumah beraya dengan orang tua yang sepatutnya mereka ziarah terlebih dahulu hanya kerana perkara remeh macam ni. Apa salahnya, ketepikan masalah keluarga, dan melawat rumah saudara mara daripada bermasam muka. Kata orang, carik carik bulu ayam bercantum juga.
Ini tidak, kalau boleh satu keluarga, 3 keturunan sekali tak datang beraya, sedangkan dahulu, saudara tu jugalah yang banyak membantu saudara sebelumnya. Tapi bila pembahagian harta sudah sampai peringkat generasi seterusnya, dan masing-masing rasa lebih berhak tanpa memahami situasi sebenar yang berlaku ketika itu, terus berprasangka buruk dan mengelak dari datang beraya mahupun berbincang dan berdamai.
Padahal jarak rumah antara saudara mara bukan jauh mana pun, bila di facebook bukan main ambil gambar di kampung sendiri tapi dengan saudara mara tak ada siapa yang datang menziarahi datuk nenek yang lebih afdal diziarahi.
Penat-penat berpuasa, tapi bila raya, macam ni pula. Banyak keluarga yang berantakan disebabkan harta yang tak boleh bawa mati. Tidaklah seseorang itu menjadi muslim selagi dia tidak kasih akan saudara sendiri. Bila kita lebih sayang akan harta dunia berbanding saudara sendiri, tahulah kita dimana letaknya prioriti kita dalam hidup ni sebenarnya pada dunia semata.
bagi generasi muda, janganlah terikutkan sengketa keluarga yang lama. apa je sejarah yang berlaku adalah antara generasi tu sahaja, jangan kita yang tak ada kaitan ni terikut sama dengan perangai orang tua kita. be the better person dengan bertanya khabar makcik pakcik tok saudara, despite their flaws, in spite of the history between family, look for the good in them sebab bila kita cari yang buruk tentang seseorang tu memang kita akan jumpa. but when we look past of their imperfection , kita sebenarnya memberi ruang untuk berdamai antara keluarga.
seperti sedia maklum, orang yang terlebih dahulu menghulurkan maaf adalah lebih baik dari yang memberi maaf. dan orang yang berusaha untuk memperbaiki hubungan sesama saudara tu lebih baik dari orang yang terus menerus bersengketa. biarpun orang tu tak appreciate usaha kita, tapi Allah swt nampak apa yang kita dah cuba usahakan.
– gen Y
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Dulu masa sekolah rendah, cikgu pjk saya (cikgu Syamsul) ada pesan, “kamu sesama adik beradik jaga hubungan baik, jangan nanti bila ibu bapa dah tiada, bergaduh berebut harta.” Masa tu saya kecik lagi tak faham. Dah besar baru nampak apa akibatnya.. :'(
Sama dengan cerita family saya. Sedih sebenarnya. Ingatkan benda mcmni jadi dlm drama petang-petang je. Tak sangka realiti nya pun mcmni.
Byk jd macamnj…jd kesimpulannya…kita yg nak kawin nanti tolonglah buat siap siap segala hibah…wasiat…agar tak jd macamni..mmg harta tak bawa ke kubur…tp dgn harta tu juga dapat dimanfaatkan org lain….tak salah mudahkan urusan org