Assalamualaikum.
Baru baru ni, ada seorang lelaki yang mahu berkenalan menerusi Facebook. Saya memang tidak kenal dia langsung. Malah dia tak add saya sebagai kawan, terus pm melalui Messenger. Gambar pun bukan gambar diri dia. Saya tak bersangka buruk pun memandangkan dia kira ada etika bagi salam sebagainya. Mungkin ada hal apa apa, saya jawab je. Saya rasa tak perlu berkasar atau terus ignore. Jadi saya jawab je macam biasa.
Tapi semakin lama saya semakin faham dia nak berkenalan dan tertarik dengan saya sebagainya melalui salah satu comment saya di IIUMC. Saya dah perasan bila dia selalu puji tentang saya, membaca saya secara psikologi melalui perbualan. Ye, macam mengayat pun ada kot tapi tak ada lebih lebih. Katanya nak berkawan je, taknak lebih dari tu. Tak ada niat jahat sebagainya. Saya okay je, terbuka. Lagipun dia ada bagi nasihat yang baik, ajak saya buat perkara yang baik, ada agama. Saya fikir tak ada masalah rasanya, bukannya yang bukan bukan orangnya.
Saya baru nak masuk 20an, manakala dia di penghujung 20an. Seorang duda dan ada anak. Saya agak terkejut tahu tentang dia. Tapi dia semakin berminat nak mengenali saya. Saya tahu dia serius. Tak macam lelaki baya baya saya yang cuba berkenalan sebelum ni. Masih tak matang. Takpun berkenalan suka suka. Saya memang mudah tersentuh orangnya. Senang percaya. Saya bukan seorang yang mempunyai kawan lelaki. Banyak kawan perempuan je. Saya tak biasa. Sekurang kurangnya tak ada la rasa macam alien dengan lelaki sangat.
Tapi, saya dah perasan dia semakin serius. Serius nak ada hubungan mungkin. Nak berjumpa dengan ayah sebagainya. Saya masih muda. Saya tak bersedia nak ada mana mana hubungan lagi lagi komitmen berkahwin. Saya ada banyak lagi yang nak capai, nak buat.
Entahlah, saya nak hentikan je berhubung dengan dia. Tapi saya rasa bersalah, macam jahat sangat. Saya cuma tak selesa je bila tahu dia ada niat macam tu. Saya sampai fikir, saya taknak dia sebut nama saya dalam doa dia untuk jadi milik dia atau apa. Jangan sebut tentang takdir atau jodoh. Sampai macam tu sekali. Dia selalu pesan supaya saya doakan dia sekali. Saya memang tak sedia. Saya tak nak. Tapi saya tak tahu macam mana nak buat dia berhenti berharap. Entah lah. Rasa taknak tu kuat sangat sampai dah rasa terpaksa bercakap dengan dia. Tapi saya kesian. Pendapat anda semua macam mana? Nak cakap direct ke cakap tempias ke berhenti contact terus ke? Ya Allah, saya takut sangat. Macam mana? Dan, saya minta maaf kalau awak yang saya maksudkan membaca confession ni.
– Gadis