Tak best kalau dorang camtu

Aku benci kakak aku. Tak suka abang aku. Orang lain yang takde kakak abang mengharapkan ade kakak abang, tapi aku? Bukan tak bersyukur tapi jujur, seronok dan untung ade kakak/abang kalau dorang bertanggungjawab. Tahu tanggungjawab masing-ii. Ni tak, rumah dibiarkan bersepah, pinggan mangkuk berbulan-ii tak dibasuh, Bilik air berlumut, kadang-ii dapur tu dah macam tapak penglupusan sampah, sampah bertimbun-ii. Serius kalau korang tengok korang mesti geli gila, nak lalu kat dapur tu pun nak kene tenjet kaki.

Aku duduk asrama daripada skola menengah sampai sekarang, balek rumah memang jarang lah kan. Sekali aku balek rumah, memang penat habislah badan, kene settlekan semua untuk mak. Mak bukan takleh settlekan tu semua tapi agak-iilah kan , dok rumah semua orang buat apa? makan tidur, makan tidur. Melawa? Selfie memanjang, upload kat Fb? Insta? Main henset? layan kengkawan. Aku tak kisah kalau korang nak bersosial, tapi aku kisah bila korang lebihkan kawan daripada keluarga sendiri.

Ade sekali tu dia up status gtau yg tangan dia lenguh sebab boom wall kawan-ii, aku yg baca status dia tu rase macam nak komen je cakap "Kau lenguhkan tangan tok puaskan hati kawan-ii? Tak berfaedah langsung! baik kau lenguhkan tangan kau tu tok keselesaan mak" . Malas nak citer panjang, memang masing-ii pentingkan diri. Abang aku pun sama, jenis upload gamba, sampai sekarang taknak cari keje, selfie memanjang.

Sebab tu lah aku susah nak percaya orang yg aku kenal dari lama sosial, nampak 'perfect' semacam je. Cantik, hebat dan sebagainya. Tapi bila depan-ii?

Dulu aku ceria, a happy person. Tapi sekarang? aku dah macam takde perasaan, melawan dorang. Macam adik derhaka pun betul jugak. Aku geram, dorang taktau ke tanggungjawab dorang? Nak tunggu kawen dulu baru fikirkan keluarga? Aku? sampai sekarang takde rase nak fikirkan orang lain, kalau aku tak fikirkan adek-ii aku, sape lgi nak fikirkan makan minum dorang? Lagipun bukan susah, benda boleh usaha kot.

– CikHeartless

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

10 Comments

  1. weh pasni kalau kakak hang ka abang ka yg buat camtu .. kau comment je kat setiap gambar dorg ” duk rumah nak melawa je ke ? ingat kau anak raja ke wei tolong mak kemas rumah la !” srs kau sound je manusia cemni . dia tak reti bahasa kalau setakat tengok dapur bersepah . .. tiada common sense mungkin

  2. Tolong reply komen kat selfie seekor2 tu dgn gambar selfie rumah bselerak sampah x berbuang dapur n toilet x bercuci dgn ucapan…luaran lawa tp dlm rumah kita mcm ni, apa kes?? Mmg agak mengaibkan n buka pekung tp Spesies mcm ni kena bagi malu n sedar diri sikit baru nak insaf. Kesianla kat mak ayah…klu dh tua bangka perangai mcm baby masih nak diurus, xtahu nak kata apa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *