Tak Boleh Mengandung, Tapi Teringin Nak Kahwin

Saya 30+ tahun.

Saya perempuan.

Saya ada sakit.

Mungkin percentage untuk pregnant tu mengikut keajaiban lah.

Selalunya pesakit macam saya, mengikut hasil risikan dan bawangan, tak ramai yang mampu. Medical issue lah. Sebab kena treatment kan. Sepanjang hayat selagi tak transplant.

Kebanyakannya, doktor suruh jangan mengandung dulu. Taktau la sampai bila yang jangan mengandung dulu tu. Sampai expired kot. Haha.

Saya luaran memang normal. Walaupun ada lah yang sengetnya tu. Semua orang saya senang berkawan. Tapi kawan ja lah. Lebih2 tak pandai. Nak feeling2. Saya tak tahu nak respon. Saya noob.

Mungkin sebab self esteem kot. Rendah. Pastu pulak saya lambat pick up. Unless u said u love me straight to my face. Baru saya faham baru saya macam, 

“Oh really? U love me man? Oh no. All this time? What the? Really? Are u sure? Anda mempunyai 3 talian hayat untuk digunakan.” Ha gitu.

Kalau action je, takat belanja makan, ajak main game, ajak teman pergi kedai, pastu call tanya sihat tak tuh saya kurang perasan. Sebab kurang berkeyakinan.

Dalam hati saya ni fikir dia kesian kat aku kot ek. Simpati kot sebab aku sakit. Ha centu je saya fikir.

Kawan kata, saya keras sangat. Tapi ada la sebab saya keras tu.

Saya pun teringin jugak nak ada pasangan. Tapi bila fikir balik, dengan status sakit seumur hidup ni. Saya jadi lemah nak bercinta. Saya rasa kurang layak.

Kesian kat si lelaki. Nak kena jaga orang sakit. Huhu. Nanti si lelaki jadi insan teraniaya macam mana? Ha? Siapa nak jawab?

Ada ja yang saya macam tersuka. Lepas tu dah dia mesej macam hint nak up level, saya bom dia dulu.

Saya cakap terus terang. Pilih saya, dapat saya ja. Anak kena tunggu surprise dari langit. Dan ternyata. Saya saja tak cukup. Dia perlukan zuriat untuk menyambung legasinya.

Saya kerja sendiri. Belajar tinggi tapi tak la tinggi sangat, gayat. Kah kah kah. Saya cari duit sendiri. Saya sakit tu masa saya belum bekerja. Tengah study.

Jadi bila dah habis study, nak cari kerja bukan main payah. Result gempak pun orang tak nak. Sebab saya tak boleh kerja full time. Jadi saya pun, dengan kebolehan ber bo ong lagi men saiko kan, saya buat bisnes.

Alhamdulillah. Boleh la sara diri. Sara mak abah. Beli beras round sana sini cari yang murah. Bela kucing kampung yang spesis kera suka panjat sana sini. Sara ayam. Sara itik.

Sikit hari lagi kalau beras naik harga lagi, saya gaul ja dedak tu dengan beras. Bagi adik saya makan sikit. Biar jinak. Takdalah asyik tak lekat kat rumah ja. Cuti pun tak nampak muka. Muahahaha

Merepek lahhh alahai. Itulah. Dah lama tak meluah. Jadi cenggini lah. Sorry.

Tau tak. Ada sorang kawan saya. Entah la. Mak cakap, dia suka kat saya. Dia selalu jugak jumpa saya time ada mak saya. Mak saya kata pernah tanya mamat tu. Suka saya ke? Dia cakap suka.

Tapi tu lah. Suka ja mana cukup kan. So saya pun buat tak tahu ja. Sebab dia tak direct cakap kat saya. Saya layan ja macam biasa. Dan saya ada hint la jugak, saya ni abnormal. Bukan kepala ja tingtong. Nasib pun tingtong.

Dan selepas tu, dia ada girlfriend. Dan diorang pun berkahwin. Dan lepas tu dapat baby..

Ohh what a wonderful world.. Saya gembira. Sampai menitis air mata jantan saya. Takdir Allah. Dia dapat apa yang baik untuk dia.

Bila saya pergi rawatan pun banyak lah yang bising2 cakap suruh berkahwin. Asal saya bawak makan2 bagi jamu dorang kan, mesti ada yang cakap,

“Haa ni boleh kahwin dah ni. Rajin kerja, rajin ke dapur.” Oh men.. Asal rajin ja kena kahwin ek. Haha.

Padahal yang selepas rawatan tu tak nak ambil kira ke?

Saya yang terdampar sepi. Tanpa larat mengangkat kaki. Tanpa lalu makan mekdi mahupun kepci. Hanya baring seorang diri melayan tv, main game, layan kucing yang berupa kera, pastu sleeping. Hahaha.

Saya charge bagi full. Sebab esoknya nak kerja pulak. Cari duit bai. Beli beras. Bayar hospital. Bayar kereta. Bayar ptptn. Hutang itu ini lagi.

Tak, persoalannya sekarang ni, lelaki nak ke perempuan cenggini? Ada ke yang nak? Yang sanggup?

– Kubis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *