Sempatkah Menerima Buah Pinggang Baru III

Untuk part I, (https://iiumc.com/sempatkah-menerima-buah-pinggang-baru/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/sempatkah-menerima-buah-pinggang-baharu-ii/).

Salam semua rakan pembaca. Izinkan aku berkongsi tentang sambungan cerita hidup aku. Aku pernah post dalam part 1 and part 2.

Ya, Din dah pergi sejak bulan ramadhan yang lepas. Haritu kaki kanannya dah luka teruk kan. Luka tu merebak.

Kaki Din dipotong hingga paras atas lutut. Aku jaga dia di hospital sampai discharge selepas seminggu. Masa tu aku dah ragu-ragu masih halalkah hubungan aku dengan dia.

Keraguan aku bersebab kerana aku baca whatsapp perbualan Din dengan kawan-kawan dan adik- beradiknya. Bukan main dia kutuk aku.

Ada satu whatsapp tu, aku baca dia beritahu kawannya yang dia dah ceraikan aku.

Aku rasa memang dah jatuh talak ni.. Dah jadi talak ke 3.

Bila Din sedar selepas operation potong kaki, aku tanya dia. Tapi Din kata dia tiada niat. So tak jatuh talak. Pulak dah…

Aku mula keliru. Tapi aku jaga juga dia. Siapa lagi nak jaga.

Dia suruh anak perempuan kami jaga tapi aku rela ambil tanggungjawab itu. Balik rumah aku jaga dan cuci luka Din tapi aku dah jaga batas-batas. Selama ni pun aku memang dah hilang rasa.

Aku dah pakai tudung sebab aku takut dah jatuh talak. Aku ke Mahkamah syariah untuk buat pengesahan perceraian luar mahkamah. Tarikh perbicaraan ditetapkan selepas Ramadhan.

Dia keluar rumah bila luka jahitan yang aku jaga hari-hari tu dah baik dan kering. Dia dah keluar dari rumah sehari sebelum Ramadhan haritu.

Sebelum Din pergi dia selalu cakap akan menuntut harta sepencarian.

Dia akan cari lawyer yang terbaik untuk tuntut sebahagian duit harga rumah yang kami duduk.

Dia akan tuntut duit ASB, Tabung Haji dan semua duit aku yang dia tahu sebagai harta sepencarian, walaupun rumah ini nama aku dan aku yang bayar setiap bulan.

Duit ASB dan Tabung Haji tu duit mutlak aku kumpul sikit-sikit bila ada rezeki lebih,

Aku teruskan hidup dengan anak-anak. Seorang diri aku uruskan semua hal anak-anak dan rumahtangga. Memang selama ni aku uruskan pun.

Bezanya kali ni Din dah tak ada dalam rumah tu… Sambut syawal diam-diam dalam rumah. Tak balik kampung sebab segan family tahu hal rumahtangga aku.

Emosi aku dan anak-anak belum cukup kuat nak hadap respond negatif saudara mara/kenalan. Kami cari bahagia dengan cara kami.

Atap rumah bocor, paip air rosak, Sinki tersumbat, kereta rosak, tayar pancit aku dah mula pandai uruskan.

Hal sekolah si adik, ke sana sini aku bawa dia pi interview untuk apply scholarship dan alhamdulillah dapat offer tajaan ke UK. Now buat A Level di sebuah Kolej.

Hal anak yang lain pun aku uruskan seorang. Aku cari lawyer syariah. Lawyer bagi idea.

Buat hibah untuk rumah yang aku ada ni pada anak-anak. So Din tak boleh tuntut jika dia ceraikan aku. Aku dah buat.

Tapi kenapala lama sangat prosesnya. Sampai sekarang tak settle lagi. Dah 5 bulan.

Pelik dah aku lawyer ni. Atau memang macam tu kut prosesnya. Ambil masa lama.

Aku dah dapat pengesahan bagi lafaz cerai pertama dan kedua di Mahkamah Rendah Syariah.

Bulan Syawal yang lepas aku juga dah dapat pengesahan lafaz cerai ketiga. Tuan hakim isytiharkan tidak jatuh talak yang ke 3.

So kami masih suami isteri. Tapi Din di negeri lain. Menjalani routine dialisis di sana… Aku masih tolong Din dari jauh. Dapatkan Kad OKU.

Sekarang dalam proses memohon bantuan/elaun yang layak bagi OKU.

Sepanjang tempoh itu, Din berulang alik ke Hospital S. Buat final work up untuk proses pemindahan buah pinggang bersama donor (adik Din).

Akhirnya, 3 minggu lepas doktor buat keputusan Din tak layak menerima buah pinggang dari adiknya. Dia telefon aku lepas dengar keputusan doktor. Din kata dia tak tau nak mengadu dengan siapa lagi.

Hancur harapannya. Aku pun sedih sangat. Yelah… Bapa kepada anak-anak aku hilang satu peluang untuk hidup normal seperti orang lain. Aku faham kenapa Din tak layak.

Buah pinggang terlalu precious untuk diberi risiko transplant pada pesakit yang ada sakit jantung, paru-paru tak kuat, darah tinggi, kencing manis dan dah potong kaki. Dia pun perokok.

Ya… Dah dialisis pun still merokok. Peluang major operation untuk berjaya amat rendah. Jemaah doktor lebih arif… 

Aku? Anak-anak? Kami semakin tenang disini. Alhamdulillah…

Aku semakin kuat. Aku hanya mampu berdoa semoga Allah melindungi aku anak beranak, menjaga aibku dan memelihara kesihatanku kerana anak-anak amat memerlukanku.

Gantung tak bertali? Ya… Betul. Kenapa Din tak ceraikan aku padahal dulu bukan main lagi?

Dulu… Ayat nak ceraikan aku sentiasa dimulut.

Aku tiada jawapan untuk itu. Hanya Din ada jawapannya. Aku masih menunggu proses Hibah rumah aku selesai sebab aku tak boleh kehilangan rumah ini kalau Din tuntut.

Mana aku dan anak-anak nak tinggal. Aku dah tua, Tak layak nak buat pinjaman bank untuk beli rumah lain. Ini rumah hasil titik peluh aku.

Selepas itu, aku bersedia jika dia ceraikan walaupun aku tahu sakitnya rasa bila diceraikan.

Aku tak pandai nak ungkap tentang perasaan aku pada masa ini. Yang pasti memang aku dah tak stress sangat macam dulu-dulu. Dah tak serabut fikiran walaupun semua benda aku kena fikir dan uruskan.

Doakan aku kuat untuk menempuh sebarang kemungkinan.

– Teratai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *