Penyesalan

Hi semua nama aku Lin (bukan nama sebenar) umur aku 25 dah berkahwin dan mempunyai anak.

Ini adalah perkahwinan aku yang kedua dan aku sangat menyesal dengan apa yang aku dah buat dengan perkahwinan pertama sebelum ini.

Aku bercerai dengan bekas suami aku yang pertama kerana aku curang.

Sebenarnya suami aku sekarang ni ex bf aku dulu dan dia juga kawan kepada bekas suami aku.

Dalam perkahwinan pertama kami sempat berkahwin selama 3 tahun then aku buat perangai aku sanggup curang dengan suami sendiri kerana termakan janji2 manis lelaki.

Aku buat keputusan untuk bercerai aku uruskan sendiri proses penceraian demi nak ikut lelaki lain, ye aku tahu aku salah aku sedia terima kecaman dari semua.

Aku tetap dengan keputusan aku untuk bercerai walaupun bekas suami aku dah merayu dan maafkan aku walaupun dia tahu aku curang belakang dia tapi aku tetap dengan keputusan aku.

Dia lelaki yang baik tak pernah marah2 tak pernah tinggal solat selalu ajar aku untuk solat tapi aku yang tak dengar kata dia.

Selepas bercerai dan habis iddah aku terus berkahwin dengan suami aku yang sekarang,

Setelah berapa bulan perkahwinan suami aku mula tunjuk perangai sebenar dia, yang suka marah2 baran tak tentu pasal tak bercakap dengan aku dalam tempoh masa lama, aku tak faham kenapa.

Mungkin dia rasa terbeban kena kahwin dengan aku dan ada pakej anak, tapi sebelum kahwin dia yang janji macam2 bila lepas kahwin janji tinggal janji.

Aku menyesal sebab tinggalkan bekas suami aku untuk ikut suami aku yang sekarang, mungkin aku bukan yang terbaik untuk bekas suami aku.

Bekas suami aku tak pernah balas dendam dengan apa yang aku buat dekat dia. Dia tak pernah lupa tanggungjawab dia bagi nafkah dekat anak.

Sekarang bekas suami aku dah bahagia dengan kehidupan dia, dah ada gf baru yang lagi cantik dan baik dari aku.

Gf dia baik layan anak aku macam anak sendiri, anak aku pun suka dekat gf bekas suami aku tapi kadang2 aku cemburu.

Aku tengok pun rezeki bekas suami aku makin murah selepas bercerai dia dah naik pangkat.

Aku menyesal sebab tak sabar dulu dan nak cepat hidup senang sudahnya aku yang derita.

Kalau aku nak kembali kepada ex suami pun aku tahu dia tak mungkin terima aku balik, aku redha.

Aku tahu aku akan dapat kecaman dari semua tapi aku terima.

Terima kasih yang sudi baca..

– Lin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *