Assalamualaikum kawan2 IIUM Confession. Terima kasih admin kerasa sudi menyiarkan artikel aku.
Straight to the point,
Aku ada baca confession Dayang Senandung (https://iiumc.com/jodoh-sukar-kerana-hodoh/) dan Cinderella (https://iiumc.com/cantik-pun-struggle/).
Berdasarkan dari kedua-dua cerita, aku berasa simpati. Simpati terhadap nasib mereka disebabkan dunia yang kejam.
Dunia yang memandang rupa tapi hanya mengambil kesempatan hingga menyebabkan kedua-dua membesar dalam merasakan mereka orang terhina.
Padahal merekalah bidadari dunia. Mereka ibarat bunga mekar yang cantik yang hanya ingin hidup bahagia.
Aku ni adalah generasi Y. Sudah lepas 30an dan ingin menghampiri 40an.
Dulu masa sekolah hingga ke kolej aku pun seperti gadis2 yang lain. Merasakan yang orang berkulit putih mulus dan kurus memang dilahirkan sangat2 bertuah. Aku gadis biasa yang bertubuh gempal.
Masa zaman sekolah aku berkawan dengan gadis berkulit putih dan gadis yang berkulit gelap.
Memang berbeza bila berjalan dengan gadis berkulit putih dan berkulit gelap. Kawan kulit putih mulus dan kurus, lelaki usha, phewit dan begitulah sebaliknya.
Kalau aku jalan sorang takda sape pun yang pandang la cerita dia.
Tapi ada member aku ni berkulit gelap. Pada aku dia cantik je, kurus tinggi, kulit bersih. Kalau dia apply jadi model kat Amerika memang dapat la cerita dia.
Dia nangis-nangis cerita kat aku yang dia jumpa kawan2 putih aku tengah dating kat luar.
Dia tegur tapi diorang tak perasan kot so masing2 buat tak tau. Balik tu dia nangis sebab terasa hati. Mentang2 la dia gelap katanya.
Aku dengar pun rasa sedih. Tapi bila aku tanya kawan aku yang putih tu diorang pun tak perasan dan tak sangka boleh buat kawan aku terasa hati.
Mujurlah macam aku ni dari kecik aku memang tak tertarik pun nak berkawan apatah lagi nak bercinta dengan lelaki. Aku ada je crush tapi setakat dalam hati je kot.
So takda laki yang mengorat pun bagi aku bukan masalah besar. Aku straight! Aku enjoy dengan dunia aku berkawan dengan 1 group gadis yang happy go lucky dan gila2.
Dalam 1 group tu aku perasan mesti ada yang berkulit gelap, cerah, dan berbadan besar macam aku. Setiap orang punya keunikan masing2.
Biasalah! Yang penting masing2 boleh terima mulut dan perangai masing-masing. No fake 1 kepala semua onz.
Masih aku merasakan yang gadis kurus berkulit mulus cerah ni sangat bertuah. Masa di kolej bayangkan kami ni berlari2 kejar bas dalam hujan.
Yang gadis cantik mengikut perspektif lawa ni tak perlu berebut berlari pun. Ada je jantan kaya berkereta nak tumpangkan mereka.
Sehinggalah aku bekerja. Masuk ke dunia pekerjaan, aku masih wanita yang sama. Berkawan dengan sesiapa sahaja. Janji perangai ok! Tapi aku perasan menjadi wanita cantik agak mencabar.
Kau akan dibenci tanpa sebab oleh sekumpulan wanita atau seseorang wanita. Walaupun takda salah silap yang kau buat.
Contohnya perempuan ni dengan aku ok je. Tegur gelak2 tapi bila aku jalan sebelah kawan aku yang cantik ni, dia macam nak tak nak tegur aku.
Mulanya aku tak perasan tapi bila kawan yang cantik ni bagitau dia buat muka, barulah aku perasan.
Seperti biasa wanita cantik ni dialam pekerjaan pun akan ramai lah peminat dari kalangan lelaki.
Macam bila aku makan dengan diorang di restoran akan ada lelaki misteri yang dah belanja. Masa tu rasa teruja rasa bertuah tu ada. Tapi bila dah sampai mengekor ke tempat parking tu seram!
Kadang tu kami seronok makan ketawa2 tapi member yang lawa ni buat muka tak selesa. Rupanya ada jantan yang dok meja depan dia pandang dengan pandangan yang penuh horny dan menjijikan.
Belum lagi kau dapat bos wanita. Kalau dia sejenis dengki dengan wanita cantik maka si cantik akan bermasalah sepanjang bekerja dengan beliau.
Dia akan cari pasal. Kesian tau sebab kalau kerja gov akan melibatkan markah hrmis.
Kalau dapat bos jantan yang horny pun kau akan stress. Member ada problem mintak tolong bos. Hal kecik je boleh settle tapi kau kena diajak keluar makan dulu baru masalah selesai. Loh!
Benda ni bukan terjadi sepanjang masa dan bukan semua bos tu jahat. Tapi kalau dapat bos macam tu memang tak aman lah hidup kau.
Masa dialam pekerjaan aku ada seorang kawan ni. Dia memang cantik. Muka ala iras2 Diana Danielle. Dia tak gedik macam sesetengah perempuan cantik lain. Pakej lengkap, pandai dressup, seksi, lemah lembut tak pandai marah.
Dia non muslim. So seksi tu pada aku biasa la. Dia seksi pun tak nampak murahan sebab dia pandai dressup ikut keadaan.
Kami masa kerja tu memang rapat la. Ada masa cerita pasal diri masing2. Masa tu dia muda lagi. Dia cerita pasal ex2 dia yang dulu.
Memang dia mengaku dia cepat cair kalau ada laki yang propose bagi bunga, belanja dia makan dan hamburkan segala kemewahan.
Aku percaya la sebab dia sejenis post gambar beg mahal, kasut kat status kata dalam wishlist esoknya tau2 dah dapat.
Masa tu dia tengah hangat bercinta dengan laki orang. Laki orang ni plak anak dah berderet. Anak 4. Dia cakap laki orang ni paling tak hensem antara semua ex2 dia yang dulu. Dah la perut boroi, pendek pulak tu.
Tapi kaya raya dan laki tu tengah dalam proses nak cerai dengan bini dia. Aku dengar jela cerita dia.
Lepas beberapa tahun kami bertemu lagi. Masa tu dia dah ada bf baru. Sebelum tu aku ada dengar cerita dari kawan2 aku dia dah berpisah dengan ex dia yang laki orang tu.
Masa tu ramai lah kawan2 wanita aku ni benci kat dia. Dah buat rumah tangga orang bercerai berai lepastu kau tinggal laki tu terkontang kanting.
Bila aku dengar cerita dari dia sendiri, rupanya laki orang tu kaki pukul dan psiko. Diorang kan non muslim so tinggal bersama ni macam perkara biasa.
Laki tu pernah kurung kawan aku ni dalam rumah dan simpan kunci seminggu kot tak silap. Bila kawan aku ni berjaya larikan diri, laki tu pujuk balik. Siap bergaduh teruk depan guard. Yang peliknya esok pagi diorang berbaik balik.
Akhirnya kawan ni berjaya mintak pisah. Dia larikan diri tu pun jenuh. Gaduh berbaik tu banyak kali. Lepas berpisah tu dia macam baru tersedar dan dia alami macam2 peristiwa pelik.
Muka dia keluar banyak gila jerawat. Malam2 dengar bunyi bercakar dalam almari. Jenuh dia berubat. Bertahun-tahun jugak la. Masa tu baru dia tau selama ni dia kena mandrem dengan laki tu.
Laki tu buat macam-macam untuk dapatkan dia sampai sanggup bercerai dengan bini. Semua orang ingat laki tu bercerai disebabkan kawan aku ni yang goda dan suruh. Padahal laki tu bukan taste dia pun.
Laki tu rujuk balik dengan isteri dia.
Lepas tu 2 orang tu sama-sama jumpa bomoh tambahkan lagi penderitaan kawan aku ni. Kiranya sepanjang kawan aku bersama laki tu mungkin isteri dia pun ada hantar barang kat kawan aku ni dan laki tu pun sama mandrem dia jugak.
Ikut logik kawan aku ni lawa dah kenapa dia beria nak jumpa bomoh nak mandrem orang sedangkan petik jari beratur laki nak.
Lepas dah berpisah kawan aku dah jumpa jodoh yang sesuai. Dah berkahwin pun dan laki tu seorang yang baik. Pada aku sesuai la sebab laki tu mat saleh. Sepadan dengan dia.
Dia bersyukur juga akhirnya dia jumpa lelaki baik dan boleh melindungi dia. Walaupun dia dah kahwin perjalanan untuk dapatkan laki yang betul-betul cintakan dia tak mudah.
Bila kau dah semakin dewasa kau akan nampak sesuatu benda tu dengan lebih matang.
Cerita kawan aku salah satu dari cerita pengajaran yang aku dengar. Pengajaran buat dia dan kita semua. Tak semestinya yang indah2 kau nampak tu bahagia.
Kawan aku ni pun macam nak kata karma tak karma tak tau la. Mudah sangat jatuh cinta maybe ada laki baik yang betul2 tak ambil kesempatan yang terluka dengan dia.
Dugaan orang cantik. Kau tak cair ke kalau ada laki yang hari2 tunjuk effort bagi bunga, bagi hadiah macam2 untuk buat kau jatuh cinta.
Dah dapat baru tau perangai sebenar. Yang kau dapat tu syaitan bertopengkan manusia.
Kalau di luar negara lagi dasyat. Kebanyakan kes bunuh, culik, rog*l kau tengok wanita dia adalah seorang wanita yang cantik. Zaman sekarang ramai orang pyscho yang nampak normal rupanya gila!
Sebab tu aku kesian dengar cerita Cinderella. Sampai bila-bila dia trauma sebab kes2 cabul dimasa kecil. Budak kecil kudrat pun tak daya nak berlawan.
Pada aku untuk wanita2 yang cantik tapi masih menjaga maruah diri, pupuk diri untuk bersikap tegas
dan bengis supaya takda yang berani ambil kesempatan kat kita.
Buat Dayang Senandung, letak tepi dulu fokus untuk berkahwin dan ubah mentaliti berkahwin tu bahagia. Bukan semua orang lepas kahwin bahagia.
Nak mencari pasangan bukan semudah mencari ikan di pasar malam. Fokus untuk sayangkan diri sendiri, bahagiakan diri dan mencantikan diri.
Bila dah bekerja, reward diri dengan berjalan ke tempat2 menarik,beli skincare yang berkualiti dan makan apa yang kau suka.
Sibukkan diri dengan bersukan yang kita minat. Penat workout kau balik rumah tidur. Tak sempat nak sedih pasal diri kau single.
Pada aku, kalau kau cukup minum air kosong, jaga portion makan, insyallah kulit kau glowing dan cantik walaupun berkulit gelap. Apatah lagi kalau kau pakai skincare yang berkualiti.
Pedulikan dengan cara semua orang yang memandang diri kau. Yang penting cara kau pandang diri sendiri.
Bila kau dah semakin berusia bukan orang lain yang membahagiakan diri kau melainkan diri kau sendiri.
Bila diri sendiri bahagia, maka orang sekeliling kau pun bahagia.
Katakanlah kita expect umur kita sampai 60 tahun. Sekarang umur kita mungkin 30 tahun.
Takkan dalam jangkamasa 30 tahun tu kita kena berkeluh kesah, sedih, meratip pasal nasib diri yang pada kita tak sama macam orang lain? Sangat-sangat merugikan bukan?
Untuk adik-adik ku Dayang Senandung dan Cinderella, moga korang bahagia dengan hidup yang korang jalani. Insyaallah, akan datang 1 masa akan hadir insan yang akan menghargai diri korang dan membahagiakan korang.
Ada 3 benda yang kau takkan mampu ubah sebab tu rahsia Allah swt. rezeki, jodoh dan ajal maut. Takkan Allah swt nak uji seseorang itu melainkan kau mampu hadapinya….
Jika ada perkataan yang mampu buatkan korang terguris, mohon maaf dan mohon undur diri.
Sekian terima kasih.
– Bedah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Aku setuju….
Jgn cari lelaki dgn harapan dia dpt beri kita bahagia…
Sebenarnya andaikata dia muncul sekalipun dan nampak mcm so into us..tp dia juga boleh menghilang tiba2 juga