Tak dapat kerja lepas grad? – 11:38 AM

Tak dapat kerja lepas grad?

Assalamualaikum…

nak cerita sikit kisah aku dapat kerja selepas grad. aku graduate dekat satu IPTA with degree holder. grad pada tahun 2012 with pointer tak la berapa bagus sangat. cuma 2.82 sahaja. pernah repeat paper. kalau tak silap 3 paper jugak lah kot. sebab nak grad on time terpaksa lah next semester tambah jam kredit. kelas sampai malam. sekelas dengan adik2 junior. segan pun ada gak. tapi tebalkan je lah muka. sekelas dengan course lain pun ada since aku terpaksa masuk je kelas yang bersesuaian dengan schedule aku.

besyukur sebab dapat grad walaupun pointer agak teruk jugak lah untuk student sains. haha. kalau x silap aku bulan 5 2012 dah tamat final exam. x lama lepas tu dapat result. lepas raya puasa aku datang KL cari kerja. before tu aku dah hantar resume banyak giler dah dekat jobstreet dan halaman sewaktu dengannya. ada dapat interview tapi ada yang xde kena mengena dengan apa yang aku belajar. tapi aku pergi je. x dapat pun.

Dekat KL tu aku decide kerja dekat kedai emas as a CASHIER dekat shopping complex area klang valley. guess what? aku kerja sampai 8 bulan kot. Kat sana aku bukan je jadi cashier. kena jadi admin, buat sales dan sometimes kena act as manager. act jer laaa. haha

dalam masa 8 bulan tu macam kerja dah aku apply. siap pergi dekat company yang relate dengan aku lagi hantar resume. Ya Allah, time tu Tuhan je yang tahu betapa gigihnya aku cari kerja sampaikan hampir2 give up. kadang2 malam aku menangis meratapi nasib. tambah lagi bile kau tengok coursemate kau dah dapat kerja. ada yang dapat kerja before convo lagi. tambah sakit hati bila kau diorang duk post gambar and keep updating tempat kerja diorang dekat media sosial. selfie dengan pakai safety helmet kaler putih merah. pakai coverall pergi offshore. pedih tahu tak. hahaha

Siang malam aku berdoa. pagi2 buat solat sunat dhuha untuk murahkan rezeki aku. kerja sebagai CaSHIER kat sana x la teruk manepun. aku still dapat banyak pengalaman kot. kedai emas, kau terima duit yang banyak2 hari.kau kena kira betul2. balancing duit yang kau terima with sales yang dah dibuat. kau cashier tetapi kat showroom tu kire kaulah akauntan. buat opening and closing account. microsoft excel kena tahu sebab guna system dia. sometimes kena back up orang yang buat sales kalau customer ramai. kedai emas aku kerja ni agak ternama. so all races and foreigner datang kat showroom. so aku dapat improve sangat2 aku punya communication skill. tak kira lah bahasa melayu atau english since aku agak susah nak hilangkan loghat kelate aku. ehhe.

8 bulan kerja dekat kedai emas tu aku buat keputusan berhenti. Sebab tak tahan waktu bekerja. 9am till 1030pm. letihh kot.

Lepas berhenti aku tergerak hati hantar direct resume dekat salah satu company yang relate dengan ape yang aku belajar dekat uni dulu.

dua tiga hari lepas tu aku dipanggil interview. Alhamdulillah aku dapat. masa tu aku bersyukur sangat2. keluar air mata. terus kol mak semua. buat pulut kuning siap sebab aku bernazar. sekarang dah 2 tahun aku kerja. dan aku suka dengan kerja kau sekarang. dapat jugak aku pakai safety helmet putih. dapat pakai coverall. dapat pergi construction site. kadang2 berpeluang pergi offshore and onshore. kerja auditor/consultant memang kehulu kehilir. pergi banyak tempat/site yang berlainan.

Nasihat aku, jangan memilih kerja.jangan menganggur terlalu lama lepas abis belajar. grab je kerja ape yang ada depan mata. cleaner ke, petrol pump ke. rembat je. kerja biasa pun kau dapat bagi duit dekat mak ayah kau itu dikira baik dah. pengalaman tu yang penting. even kerja cashier dekat kedai emas dulu aku rasa ia banyak bantu aku. how to deal and communicate with client espesially dengan client mat salleh dan company besar.

Almost setahun beberapa bulan lah jugak baru dapat kerja yang betul2 relate dengan apa yang aku belajar. lama kan. yang penting sentiasa berusaha cari kerja. doa tu kenalah berterusan diiringi dengan usaha. Solat Dhuha penawar yang sangat mujarab ye kawan. amalkan.

Sekian cerita aku.

– cik comel

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *