Untuk part I, (https://iiumc.com/tak-direstui-sebab-tiada-gaji-tetap/).
Bismillah. Assalamualaikum para pembaca sekalian Alhamdulillah aku dah baca pendapat dan komen2 para pembaca sekalian. Terima kasih.
Aku nak ceritakan antara sebab dan kenapa aku berbuat demikian tidak berterus terang pada pasangan dan family dia.
Aku sebenarnya seorang duda yang mana bekas isteri aku kantoi curang aku disaat aku sedang nak mulakan perniagaan burger aku tu.
Dan yaa, kenapa aku saja test family dan pasangan aku tu, sebab aku tak nak kejadian yang lepas berlaku pada aku balik dimana waktu aku mula2 kenal dengan ex wife aku tu, aku hidup senang, yaa.
SENANG, kerja restoran tukang masak biasalah gaji boleh tahan walaupun bagi aku tak seberapa sebab tanggung segalanya kemahuan ex wife aku tu.
Ex wife nak apa saja aku cuba belikan. Dan saat pandemik PKP ni lah aku jatuh, jatuh merangkak kedai aku kerja tutup. Simpanan semua habis, sewa rumah, bill elektrik,bill air waktu tu 2 bulan tertunggak.
Siapa sangka orang yang paling aku harap hidup susah senang sama2 curang dengan aku geng.
Nak kata sedih? Yes sakit sampai ulu hati gilanya bila dapat tahu dia ada scandal lain, tempoh perkahwinan aku dengan ex wife tu tak sampai setahun hahaha. 7 bulan saja.
Sebab apa? sebab dia nampak aku senang boleh hidupkan dia dengan harta.
Waktu aku susah tu lah aku nampak segala perangai syaitan iblis dalam jiwa dia. aku taknak cerita lebih sebab aku dah move on.
Dia kahwin dengan aku pun bukan sebab cinta, tapi sebab duit, nak bayar hutang2 family ex wife aku tu.
Yah, duit hantaran tu la sebagai bayaran untuk dorang cover hutang2 dorang. lagi2 saat tu adik lelaki ex wife tu mengandungkan anak dara orang lain waktu tu aku taktau lagi.
Dan duit hantaran aku tu jugalah dorang buat duit hantaran adik lelaki dia,
Lepas ja aku bagi duit hantaran 2 hari sebelum nikah, mereka cuba nak batalkan tarikh pernikahan, sebab nak dulukan adik lelaki ex wife aku tu nikah dulu, Korang rasa macamna??
Tapi, aku taknak dan aku tetap teruskan juga sebab segala kad dan jemputan dah aku hebahkan.
Dan Lepas 3 hari kitaorang nikah tu, barulah adik lelaki dia nikah plak dan aku pelik waktu aku nikah tu majlis aku tak seberapa nak gah sangat tapi, aku tak nak tanya dorang,
Sebab jenis aku memang tak berkira soal duit waktu tu aku bersangka baik sebab maybe dorang nak berjimat. Berapa duit hantaran? Tak banyak mana pun RM10110 ja. Tak banyakkan?? hahahha.
Yang aku tahu segala-galanya waktu wife nak sangat minta ceraikan dengan aku, semua dia ceritakan dari A-Z remuk, kecewa hati.
Lagi2 waktu tu dia mengaku yang sebelum kitorang nak nikah dia tidur dengan lelaki lain. Korang tak rasa sakitnya macamna, Aku rasa wei, sakitnya sampai mana.
Nak pukul isteri tak sampai hati. pintu bilik dan almari tempat aku lepaskan segala kemarahan . Waktu tu dia memang kantoi sebab aku nak pinjam fon dia kejap, aku pelik dia tak bagi terus.
Aku paksa juga sebab memang urgent nak call kawan hp aku masa tu kouta dan kredit dah habis yelah, waktu pkp kan semuanya dah habis nikmat senang Allah tarik balik.
Then dia bagilah, dia off data. Selama aku nikah dengan dia tak pernah langsung aku pinjam or nak chek fon ex wife aku tu tak pernah langsung(asbab percaya) .waktu tu saja lah aku pinjam sebab terdesak sangat.
Kemudian naluri hati aku rasa macam tak sedap dan tertanya kenapa dia off data internet dan macam2 ragam dia bila aku nak pinjam fon??
Aku on data then ada noti whatsapp dia pandang aku terus dan dia cuba nak ambil fon tu dari tangan aku, aku kata kejap.
Aku buka dan baca. Hati siapa yang tak luluh bila whatsapp yang tak di save no nya dan bunyi ayat dia lebih kurang macam ni “lepas si mad jalan sayang call ya?” Korang rasa macam mana?? waktu pkp tu aku duduk rumah segalanya aku tau.
Waktu aku keluar cari nafkah dia boleh2 sering bervideo call dengan scandal dia dan semua dia mengaku vc waktu mandi apa semua.
Korang rasa?? tak sakit ke hati tu?? pedih weii. Semua dia cerita, sebab kenapa dia nikah dengan aku pun dia ceritakan.
Waktu kitorang nak cerai tu aku baru nak merancang jual burger tapi, tertangguh sebab masalah ni lah.
Aku cerai selepas raya aidilfitri tahun lepas. Waktu tu memang dia dah balik2 minta cerai dah sebab tu lah tak boleh hidup susah.
Yes aku lepaskan dengan sebab dia curang dan berscandal. Dan dia memang tak boleh mengandung sebab2 dia aku taktau.
Aku cuba move on dari perkara ni, dan sebab tu aku nak bernikah dengan pasangan aku ni. Hubungan kami sekarang pun baru sebulan lebih, sebab niat aku nak bernikah saja taknak gantung hubungan tu lama2.
Dan aku start berniaga burger 2 bulan lepas aku cerai aku bangkit balik, bulan november 2020.
Alhamdulillah berkat kesabaran, usaha dan doa Perniagaan aku Allah permudahkan, berjalan dengan baik, member2, keluarga semua support dan sampailah saat ini aku masih bertahan.
Kedai restoran yang dulunya tutup sebab pkp panggil aku semula berkerja, tapi aku tolak sebab nak cuba benda baru. Alhamdulillah.
Jadi, itulah sebab2 nya kenapa saya berbuat demikian pada part yang pertama tu, Alhamdulillah apa yang aku dapat sekarang pasangan aku yang sekarang terima aku walau dia tau aku duda dan susah.
Then, dia siap nak sponserkan modal untuk aku buka bisnes lain. tapi, aku kata stall burger ni aku yang punya.
Dan family dia pun dah tahu sebenarnya aku berniaga burger, sebab pasangan aku yang bagitau,
Tapi, family dia tetap taknak terima sebab dalam family dorang semua kerja gov saudara, menantu semua cikgu, kerja jabatan dan sebagainya lah yang confrim2 ada gaji tetap.
Cuma aku saja yang bukan kerja gov. Sebab tu family si dia taknak terima aku, tapi pasangan still pertahankan aku.
Korang rasa apa patut aku buat? Sebab 1 kenapa aku tak nak lepaskan dia sebab aku hargai apa yang dia buat dengan aku waktu aku kata aku cuma seorang pekerja burger saja, makan minum aku, semua dia tanyakan.
Siap nak hulurkan lagi kewangan kalau tak cukup. Sebab tu aku hargai dia sangat. Perlukan aku bagitau segala untung perniagaan aku dengan family dia?? Itu saja sebenarnya, aku taknak riak tapi ini luahkan.
Kenapa masih ada family2 yang memilih anak menantu kerja2 kerajaan? Yang tak kerja kerajaan ni rendah sangatkah? Nak kata dihina?? Yess.
Sebenarnya family dia siap hina aku, bersangka buruk dengan aku. Siap kata lepas aku dapat semua dari dia aku tinggalkan dia. Korang rasa?
Semoga ada pendapat dan kot2 ada yang sama kisah hidup dia dengan aku, boleh lah korang share juga
Aku si peniaga burger,
– Amad (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit