Aku Lone Ranger

Assalamualaikum semua. Nama aku Anis, berumur pertengahan 30an. Berkenaan dengan tajuk di atas, aku saja nak cerita dan berkongsi dengan semua.

Mungkin ada di kalangan pembaca yang juga seperti aku. Jadi kalian boleh ‘relate’ dengan cerita aku ini.

Tapi kalian semua jangan salah faham, bukanlah hidup aku 24 jam bersendirian. Cuma ada waktu2 atau perkara yang dilakukan aku lebih suka sendiri.

Kat pejabat, aku berkawan saja dengan semua. Berbual2, bergelak tawa, bergosip dan bergurau senda.

Cuma untuk beberapa perkara di bawah semasa di pejabat aku lebih prefer lone ranger.

1. Makan

Kat opis aku lebih prefer untuk makan sorang2. Ada masa tak boleh elak, makan juga dengan kawan2 cuma most of the time memang aku akan cuba elak.

Sama ada aku beli tapau dan makan di workstation aku atau kalau aku dine in aku akan duduk saja di meja makan sorang2.

Alasan kenapa aku suka makan sendiri, kerana lebih cepat. Kalau makan kawan2 ni dia akan jadi lambat sebab berborak2 dan berborak2 tu pula tak sah kalau tak bercerita tentang orang, pasal bos la kawan ni la kawan tu la.

Aku bukanlah baik sangat, cuma aku nak kurangkanlah perkara2 macam tu.

Lagi satu yang aku tak gemar makan beramai2 ni, mesti ada saja sorang kawan yang mulutnya tak ada insurans tegur tentang makanan yang aku ambil.

Kalian bayangkan ye, tengah que nak ambil makanan ni, kawan kat belakang aku dengan suara yang tak reti cover, cakap “eh banyaknya nasi kau ambil Anis”

Orang2 lain yang beratur yang dengar akan secara automatiknya pandangan mata terarah ke pinggan aku.

Malu wei. Benda bukan sekali berlaku, ada la dua tiga kali jugak kawan tu menegur tentang makanan yang aku ambil. Ada saja komen dia, makan nasi takde kuah la, takde sayur la.

Kadang nak saja aku jawab, “eh suka aku la, aku yang nak makan”. Lagipun bukan lah aku minta dia bayar makanan aku tu.

2. Solat

Ada satu perangai orang2 opis aku ni, nak solat mesti nak berkawan2. Aku pulak suka gi solat sendirian.

Pernah saja kawan aku nak ikut aku gi solat sekali. Tapi aku rasa macam terkejar2 la pulak. Kadang kawan tu dah selesai dulu, dia duduklah menunggu aku kat surau tu.

Sudahnya aku baca doa ringkas2 saja. Aku ada saja pesan kat kawan aku tu, sapa dah selesai gerak lah dulu. Tapi nak jugak dia saing2 aku.

Pastu bila dia menunggu macam tu, aku nak pakai tudung pun ala kadar saja. Tak sempat nak touch up apa2 yang patut, huhu.

3. Shoping

Hari jumaat, lunch time kan panjang. Kadang aku nak keluar, kawan nak ikut.

Aku bukan nya tak suka dia ikut, tapi timing tu akan lari. Contoh aku nak cari barang aku, kawan aku ni pun nak cari barang dia. Jadi kat situ dah makan masa. Pastu kadang kawan tu nak gi makan dulu la.

Kalau sorang, aku straight saja cari barang aku, pastu balik. Aku akan pastikan aku sampai opis dalam waktu rehat yang ditetapkan.

Tapi kalau keluar berkawan, ni jarang2 la on time sampai opis. Ada saja terlajak waktunya.

Jadi kalau kat opis, untuk 3 perkara di atas memang aku akan gerak lone ranger. Tapi ada jugak la waktu2 yang tak dapat dielak pergi berkawan2.

Itu saja lah aku nak share. Aku faham ada orang suka kemana2 berkawan. Ada orang pulak suka sendiri2. Terpulang atas keselesaan masing2. Dua2 tak salah.

Yang penting kita happy dengan cara kita dan tak susahkan sesiapa.

Assalamualaikum. Terima kasih sudi baca. Feel free to comment. No heart feeling :)

– Anis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *