Tak faham dgn pelajar zaman sekarang – https://iiumc.com/forumv2/
bismillah, Assalamualaikum pembaca setia iium confession!
pada mulanya terima kasih pada cik admin kerana sudi approvekan cerita sy ni
Sy ni bukanlah pelajar iium, tapi telah menjadi satu adat bagi sy bila login ke facebook sy terus buka page ni.
cerita yg sy nk luahkan disini adalah utk2 semua pelajar universiti.
sy berumur 20 tahun, tahun lepas sy dah mengambil keputusan utk berhenti drpd sambung ke peringkat ijazah sarjana muda. Seperti biasa la kan, mula-mula mmg dapat tentangan dr ibu bapa. tapi syukur alhamdulillah sy skrg ni sudah mampu nk tanggung seluruh keluarga sy, dan dah ada a few properties yg sy buat jadi rumah sewa dan homestay. In shaa Allah selepas ni akan menceburi dlm business lain pula. Skrg ni sy ada buka satu office di Selangor. Mmg memerlukan pekerja seperti management executive, accountant, kerani dan lain2. Alhamdulillah hanya skrg ni tinggal jawatan management executive saja yg masih kosong. Seperti biasa, sy mmg akan dahulukan kawan2 sy yg sy tau yg sy akan selesa bekerja, percaya dgn dia. Dah lebih 2 minggu sy offer jawatan kosong pada kawan2 sy. Kwn2 sy tu semuanya sambung degree. Sy sorg saja yg x sambung belajar ambil risiko yg tinggi utk belajar mengenai selok belok perniagaan sendiri. Tapi apa yg sy nmpak pada pelajar uni terutamanya kawan2 sy ni, diorang semuanya dtg dr keluarga yg berada. bila cuti sem pon diorang hanya duduk dirumah, keluar dgn kawan2. So mmg diorang x fikir lagi tentang kerja apa semua ni. Semua jawatan yg sy offer ni bukannya mcm ditempat lain. Sy mmg ikhlas nk tolong2 pelajar, tapi kebanyakannya x nk tolong diri sendiri. Gaji kerani sy pon sy offer rm3k, jawatan management executive yg masih kosong sekarang inipon sy offer rm10k sebulan. Bila sy hebohkan dikalangan kawan2 sy semuanya diam, langsung tiada apa2 feedback. Sy faham yg diorang tu anak org berada, mak ayah bergaji besar tapi smpai bila nk harapkan ibu bapa kan? kawan2 yg sy tau yg dtg dr keluarga yg sederhana pon sy offer jawatan, perks yg sama. but still, bila sy terangkan kerja apa yg diorang akan buat terus diorang ckp diorang x berminat. ada yg ckp lain dgn bidang yg dia belajar skrg ni. Sy bukannya apa, mmg niat sy nk bantu2 pelajar2 dan fresh grad yg masih x dpat kerja and sy tau gaji diorang pon x cukup nk sewa rumah, makan minum, duit utk beri mak ayah dan lain2. yelah, dgn ekonomi zaman skrg kan, gaji rm3.5k sebulan pon dikira miskin di KL. So sy nk tegur lah pada pelajar2 universiti dan jugak fresh grad diluar sana. tolong lah jgn memilih kerja skrg ni. rebut peluang yg ada. utk kawan2 sy yg mungkin membaca ni, lps korg grad nnty korg akan jumpa ke company2 luar tu yg offer gaji 5 angka utk org yg zero pengalaman, yg masih mencari rentak? Klu org yg mcm sy mmg dah x akan layan dah org2 mcmni. Bila kita dh offer peluang, tolak sbb dh selesa ditanggung keluarga. Sy mohon klu ada pelajar yg dlm keadaan mcmni sila ubah persepsi ye.Bukan apa, utk masa depan korang jugak. So sekarang ni sy nk open kepada org ramai. Sy masih memerlukan seorang management executive, tidak kisah lelaki mahupun perempuan. fresh grad akan diutamakan. Sebab sy x publickan offer jawatan di surat khabar adalah sbb sy yg tertentu. Sy minta maaf jika ada sebut perkara yg buat pembaca kurang selesa. Jika ada yg berminat sila pm ye. again, thank you admin :)
– abg T