TAK IKHLAS BEKERJA
Salam. Tq admin approve. Aku nak mintak pendapat korang semua la. Maaf, lari topik. Aku ni kerja kat syarikat swasta. Masalahnya sekarang ni aku tak boleh nak ikhlas kan diri aku bekerja kat sini. FYI aku baru kerja masuk 5 bulan. Gaji aku RM1000 je tapi aku rasa tak cukup. Mungkin sebab aku tak ikhlas dengan kerja aku ni, tu yang gaji tak berkat. Tapi duit gaji tu aku dapat la belanja family aku pergi makan-makan.
Aku tak dapat nak ikhlas kan diri aku sebab enviroment kot. Kawan kawan semua okay. Tak okay bos je. Bos aku ni suka putar belit dan taknak terima pandangan orang lain. Dia je betul. Dalam satu masa tu dia bagi arahan yang banyak. Bila aku dah siapkan semua dia kata ni salah buat. Sampai satu masa tu aku terlampau marah sampai nak nangis. Aku memang pressure gila. Tak tahu la dia saje nak psycho aku ke ape. Hari-hari aku tanya pada diri aku bila nak dapat kerja lain. Mungkin bagi ko masalah ni kecik je. Tapi tu bagi kau. Tapi korang tak alaminya.
Bagi korang, mana yang terbaik?Bertahan je dengan situasi macam ni atau move on. Lagi satu, kat sini gaji susah nak naik sebab officemate aku dah kerja 13 tahun tapi gaji tak cecah RM2000 dan takda apa-apa elaun pon. Cite kat aku untung banyak. Setahun 2,3 juta. Aku harap cepat la bankrupt..
– Miss asdfghjkl