Tak jadi kahwin

Assalamualaikum wbt

Selamat Hari Raya semua , semua mesti seronok dan masih dalam mood beraya , dan aku juga .
Teringat pula kisah aku tahun lepas, aku dan si dia sepatutnya berkahwin , tapi terputus di tengah jalan .

Aku nak share satu cerita pasal aku dan si dia yang tak jadi kahwin . Kalau ikut kira kira , dalam bulan 9 tahun lepas kami akan disatukan. Aku dengan si dia ni , berkenalan masa aku jadi pengapit kepada sahabat aku . Aku ni tak cantik pun weh, gemuk , pendek , ade jerawat lagi ,mungkin ada la comel sikit (kot ) tapi seriusly aku memang biasa biasa je . Aku masa jadi pengapit ni ,aku takde la pape pun just biasa biasa je , lepas je wedding kawan aku ni, lelaki ni tiba tiba menunjukkan minat yang melampau dekat aku , weh aku memang tak suka , sumpah aku tak suka , sebab aku takde feeling langsung woi dekat dia , badan dia ketul aku tak suka wei , tapi si dia ni pandai , dia tackle keluarga aku , dari mana entah dia dapat nombor abi dan umi aku , siap whatsapp , bertanya khabar bagai . masa tu weh , sumpah aku rasa macam nak lari dari rumah . sebab umi dan abi aku selalu sangat cakap Si Dia ni , dia baik lah apelah , masa tu aku melancarkan mogok dekat rumah jugak , tapi hmm abi dan umi macam dah kene pawang dengan dia ni . Aku pon tak faham woi !

Saat aku menerima dia , bila satu hari umi slow talk pasal dia dekat aku , she asked me to do istikharah , mase tu aku macam what , apahal , aku takde feeling langsung woi , menyampah ada la , tapi umi ni dia pandai psycho anak dia , pastu , aku pon terbuat , tapi bukan la waktu , kiranya 2 weeks after umi suruh , dulu aku selalu ingat kan istikharah ni kite nampak dia solat la dengan kita , kite salam dia la , tapi apa yang aku rasa ni berbeza sangat , dan apa yang aku rasa ni buat aku terima dia selapang-lapangnya , macam ada beban yang terangkat dari bahu ni , masa tu aku menangis macam onggile kot , dan aku bagitahu umi dan abi , diorang happy la macam hape . Minggu tu juga lah , si dia ni merisik , datang kat rumah family aku .

Time goes by , aku cepatkan lah cerita .
Aku ni jenis yang gamble , yang ikut flow je , tak banyak cakap , tak banyak cerita sebab aku jenis yang suka mendengar , so bila si dia dan aku keluar aku diam jela dengar dia cerita , aku ye , angguk geleng dan semua , tapi dalam hati aku suka dengar dia cerita, macam wow banyaknya dia punya cerita sebab aku ni bosan sikit.
Persiapan kahwin pun kami dah start buat , dah pergi kursus kahwin , ujian HIV/AIDS , barang hantaran , baju semua , semuanya aku buat walaupun aku ikut je , sebab aku dah mula rasa sayang dekat dia ni , hehe bahagia aku rasa . Aku rasa masa tu , itulah keputusan paling terbaik aku .Aku nampak je macam tak kisah but still aku letak effort dekat majlis kahwin aku ni dengan dibantu umi dan family yang lain. Siapa yang tak suka woi nak tawen .Mesra la masa tu , kiranya dari tak suka , aku dah built rasa suka ke sayang tu , kiranya aku percaya lah yang jangan benci nanti suka . MASETUUU

Then , masa bulan 7 ,2015 lagi 2 bulan aku dan dia nak diijabkabulkan , masa tu lah dugaan datang , aku rasa entahlah salah dia atau aku , masa tu kami berkerja dalam satu syarikat , masa bulan puasa tahun lepas la kiranya , dia ni dah janji nak buka sesama , tapi tetibe aku ade hal , sebab opismate aku nak buka dengan unit sesama . Masa tu aku pon cancel la ngn dia . Dalam minggu yang sama , aku dengan dia ada majlis iftar perdana untuk company aku , kiranya satu bangunan tu terlibat , before bulan puasa haritu , dia dah janji nak pergi sesama , aku pon tulis la nama dia sekali nak pergi dengan aku . Bila nak pergi majlis tu , aku call , aku whatsapp tak reply , so aku assume , dia akan datang la nanti , tup tup , masa majlis tu , dia datang dengan perempuan lain . Masa tu , satu meja opismate aku tergamam , perempuan tu memang meletup , macam uqasha senrose , masa tu juga kawan baik si dia datang , duduk sebelah aku dengan muka pelik . Masa tu , hanya tuhan yang tahu , aku sedih sampai aku tak makan and aku terus balik, bila ingat balik ish rugi tak lantak ketam depan mata. Dia pon macam tak de perasaan terus je duduk dekat meja aku , macam nak meletup aku rasa .

The next day , he text me , dia cakap nak ajak iftar , so aku cm assume dia nak pujuk la aku , aku just bagitahu dia that i will be late sebab aku keluar opis pukul 5 , jem gila then bila aku sampai dekat kedai tu , aku nampak dia tengah duduk dengan perempuan lain , aku pon mendidih la , then aku malas layan ,aku balik aku buka dekat kedai lain sorang sorang. Masa otw balik nak ke rumah , kawan dia call , bagitahu dia accident , masa tu aku ni sanggup patah balik dari rumah ke hospital , masa tu ya allah berdebar , aku dah nangis dah dalam kereta sebab takot something happened to him .

Masa aku sampai dekat hospital tu , he act that he didn't know me at all . Dia buat bodoh , aku pon dah macam budak bodoh dekat situ , paling mengejutkan , family dia semua macam salahkan aku , cakap that aku tak pernah amik kisah pasal dia , then out of sudden , family dia cakap , that the wedding is off ,and they will cover everything ! Whatta , masa tu aku rasa nak pengsan , sebab aku tak sangka this will happen , dekat aku ! Family dia ni aku dah anggap macam family dah , tapi aku tak sangka , diorang sanggup buat aku macam tu . Yang aku tahu masa tu , aku nampak kawan aku datang hospital then she pick me up and it went blank !

4 minggu aku menderita , aku sakit , keluarga aku datang , semua risau dengan keadaan aku , aku tak solat masa tu , aku despair , aku salahkan semua orang , Umi and Abi pun aku salahkan sebab diorang lah aku terjebak dan they kept blaming themselves . Hancur hati aku masa tu , tengok family aku menangis . Kitorang belum bertunang but it just one step . Masa tu aku telan pil tido , sampai abi bawa pergi hospital , and aku pon kene rawatan kaunseling weh ! Betapa teruknya aku masa tu , sampai aku tak pergi kerja , aku tak mampu , aku malu . Everything okay bila aku dah realize that Allah swt tak pernah tinggalkan aku , aku je yang tak percaya pada takdir . Cume aku rasa benda ni terlalu kejam , without any explanation he just left me like that , and bamm the end ! Sampai sekarang aku cuba untuk tidak membenci , dan walaupun setahun dah berlalu , scar tu ya allah sakit , tuhan je tahu .

Kisah terputus di tengah jalan , pasal jagakan jodoh orang ni , aku punya cerita lain versi , kiranya aku pilihan keluarga but still it wont work if takde izin Allah kan , aku redha , and it make me more stronger .aku percaya setiap yang berlaku ade hikmah dan semoga wanita/lelaki yang diperlakukan begini sentiasa redha dan percaya yang terbaik menanti kita.

Untuk Si Dia ,
Selamat berbahagia dan terima kasih atas bahagia yang sekejap , Saya percaya awak tidak mampu memiliki saya dan awak tidak layak menerima saya sebagai suri awak .

sorry panjang confession aku , Terima Kasih aras ruang ini

– Insan terpedaya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

37 Comments

  1. I feel you weh yg mane without explanation dia pergi tinggalkan kita. Ehmm mule2 tu sedih jugak lah seminggu aku nangis. Lpastu im ok…cume aku terfikir kenapa kenapa kenapa.

  2. Biase la sistur..yg dh kawen ank berderet pun suami leh main tinggal sesuke atau tetibe bwk madu…ini tunang pun blom..sy xperlekehkn masalah awk pon..tp belajarlah dr kesilapan yg lalu, jgn bazirkn masa utk org yg xlyk utk awk~ takya pk2 dh psl dia, xberbaloii, masa awk terlalu berharga utk igt org mcm tu..sy phm trauma tu mmg ade, so kalau ade org lain lenkali ni, kiranya jgn berharap sgt. Make sure ada plan B, jgn sampai jatuh dua kali. Nama pun pengalaman. Anggap je Allah bg ujian yg ringan ni utk bina kekuatan utk masa akn dtg.

  3. Kesian nya..kadang2 kita rasa life kita dh habis dahsyat dugaan nye..ada lg yg hadapi dugaan lg besar..kuatkan semangat ye..semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki dalam segala bentuk di dunia ini..

  4. i feel you dear. I faham perasaan bila dapat tau pasangan curang. you untung, dapat tau sebelum tunang. Allah dah selamatkan you. My journey same like you jugak tp takdelah stress sampai telan pil tido. hehe… i just termenung & nangis sikit2. sekarang i dah nampak hikmahnya…you’ll see yours too…soon

  5. I prnh terbaca…
    Lepas break..girl yg sedih kena tinggal, but the boy will feel happy.
    But later, the girl akn recovered, happy.. but the boy yg akn suffered rindu mcm owg gile.
    Apepun..be strong. U akn jumpa yg lebih jauh baik dr dia.

  6. knp lelaki mcm tuu . mase nak beriya iya .. pastu bile taknak tinggal tanpe explaination .. pliss laa mcm mne cre baik y ko nak dlu ko pulangkan laa blk dgn cre baik jgn bagi org pmpuan nii berteka teki .. arini ko bahagia .. esok2 ko akn rase ape y ko buat skrg .. hidup nii karmaa weii .. just wait n see !!

  7. Aku pnh rasa weh dlu kna tggal rs mcm mna.. smpi putus asa abis dh.. teriak xyah nk ckp la.. teruk… ni dh 4 thn lbih kdg2 aku fkir bodohnyaaaa aku teriak psal dia dlu.. klu dia xtggl aku mst khidupan aku x mcm la ni.. haha.. awak kna kuatkn smgt!! Allah dh prepare something yg lbih baik utk awk. Pcayalah

  8. Sis..sedang isteri pon lelaki boleh wat dun noe..nilah kategori awek..lelaki janam jahanam ni lagi xd perasaan..kalu kita xsuke xkn kite terima perkahwinan ni ye dak… In Sya Allah xd ape tu..sis depress pasal dah syg ms tu tmbh2 mcm kene halau.. Mmgla bengang kan.. Alhamdulillah xkawen lagi dah tunjuk perangai..kalau pas de anak..lg sedih..dun cry be happy

  9. lelaki/perempuan yg tinggalkan pasangan tanpa sebab kukuh memang sadis. coward. especially mamat ni. dia yg nak kat kte, then dia yg tinggalkan kte. over!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *