Assalamualaikum semua..aku saja memilih cara ini utk meluahkan rasa. Kisah ni tentang family aku. Ayah aku ada 5 orang adik beradik dan ayah aku anak sulung. Biasa la kalau anak sulung selalunya menjadi anak kesyangan ayahkan. Bukan yg tu yg aku nak cerita. Tp tentang perangai adik-adik ayah aku yg bagi aku sangat xkenang budi. Adik-adik ayah ada yg dh menjadi engineer dan doktor sedangkan ayahku hanya kerja kampung biasa saja.
Beza umur ayah dgn adik-adiknya 8 tahun. So banyak hal-hal adiknya ayah aku yg urus tambah-tambah semasa mereka masih belajar. Ayah aku orang Perak. Dulu masa adik ayah yg aku panggil Mak Lang study dekat Melaka, ayah akulah yg selalu ulang-alik dari Perak ke Melaka utk hantar dia. Telefon tak ada duit ayah akulah yang masukkan duit. Tapi sekarang bila dh berjaya jadi engineer, ayah aku pun dia dh xhirau. Cakap ayah aku semua tak betul. Dia cakap saja betul. Tak kenang budi betul.
Ni pasal maksu aku pulak. Seorang doktor. Dia kahwin 4 tahun lepas. Aku ingat lagi. Semua urusan kahwin dia ayah dan mak aku yg urus. Dari catering sampai ke baju pengantin semua ayah dan mak yg urus. Dia cuma bagi duit saja. Dia ingat kalau dia ada duit dia boleh laa nak arahkan. Tapi dia xpuas hati dengan apa yg ayah uruskan. Dia kata apa yg ayah aku buat tak setanding apa yg dia bayar. Lepas dia kahwin, dia dh xbertegur sapa dengan ayah aku langsung. Dengan mak dan aku adik beradik pun sama. Sampai sekarang. Macam apa tah perangai masing-masing.
Betul la orang cakap. Kadang-kadang orang yg pandai, orang yg berstatus tu suka mendongak ke langit smpai lupa rumput di bumi. Lupa siapa yg banyak tolong mereka utk berjaya. So sekarang kami nasihatkan ayah utk buat tak tahu saja dengan adik-adiknya. Kami boleh hidup tanpa mereka. Walaupun kami tak berduit, kami tetap ada budi bahasa.
– Anak saudara yang menyampah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
cerita saya lebih kurang saudara/i.. arwah ayah tanggung adik2 dan abg dia.. tapi lps arwah meninggal, bukan sahaja x hargai arwah ayah.. ckp buruk2 pasal arwah.. dan yg paling teruk.. mereka nk rebut harta warisan arwah ayah.. arwah ayah pun kerja biasa banding adik2 dia kje hebat.. tapi arwah rajin kerja dan kumpul harta utk kami sekeluarga.. dan x lupa adik2 dia.. lps arwah meninggal xde pun jenguk tny khabar anak dan isteri arwah..
Tension dgn prangai org xkng budi mcm tu.