tak kuat – 9:57 PM

tak kuat

Salam semua .
Sorry menghampakan korang tapi aku bukan budak UIA .
dengarlah luahan aku .tolonglah aku…aku perlukan kekuatan.
aku hampir putus asa dengan hidup ni . bukan putus asa yang sikit2…ni putus asa sampai aku rasa tak nak hidup dah . sebab aku rasa macam tak guna hidup sebab asik buat dosa je . tapi memikirkan yang aku ni islam ,masih ada iman… lagi tak berguna kalau aku bunuh diri sebab confirm2 neraka tempat aku nanti .
aku selalu baca confession kat sini dan confession kat universiti2 lain…kalau nak diikutkan , ada orang yang pernah buat dosa yang lagi besar dari aku .yang hisap dadah , minum arak , berzina ,tak solat langsung dan sekian sekian.dan aku pernah je baca luahan orang yang senasib ada problem macam aku . macam ni lah , straight to le point…aku perempuan tapi aku ada nafsu syhwat yang kuat yang menyebabkan aku tengok video video porno walaupun bukan selalu , boleh kata dalam setahun mungkin tertengok dua tiga kali . aku jadi boleh tertengok bila time2 aku lonely . aku stress ke .aku depress ke.. ye,aku tahu korang mesti cakap jangan duduk sorang2, setan suka hasut time tu.aku tahu sebab aku dah bnyak kot google tips macam mana nak completely get rid of these porn addiction .Aku ni lain sangat kat luaran.. orang takkan sangka pun aku akan terlibat dengan benda2 cenggini . aku pelajar sekolah agama dulu ..aku tudung labuh..aku suka preach orang.semua orang fikir aku baik . stok ostajah.itulah , aku tersangkut dengan masalah porn addiction tu . Aku dah usaha jaga solat aku , baca quran sebab quran boleh rawat penyakit hati dan penyakit batin.aku nak Allah sayang aku.sometimes , bila berbulan bulan dapattahan dari tngok bendda kotor tu, sampai satu masa , nafsu suruh tengok, aku tak bolehtahan..aku tengok . lepastu menyesal . macam tu jelah setiap kali . somtimes aku termenung lama memikirkan Allah nak terima lagi ke aku yg kotor ni . banyak kali menangis sebab menyesal tapi lepastu buat lagi.diingatkan lagi, aku bukan tegar sangat, macam aku ckp setahun dua tiga kali , tapi yang penting aku ada buat.aku pikir bila lama aku dapat tahan , aku dah boleh berhenti , rupanya ttidak.aku macam putus asa sangat dowh even aku tahu Allah kan Maha pengampun , Allah takkan jemu..Allah akn sentiasa terima hamba yang bertaubat. tp aku penat lah , bukan penat apa , makin asyik aku mintak ampun , aku rasa makin tuhan tu dah jemu dgn aku . macam , asik asik aku mintak ampun atas dosa yang sama.. mintak ampun nanges2 macam nekad giler tanak buat lagi.tapi buat lagi . aku putos asa .aku fikir , apa makna lagi aku buat ibadah apa kalau tuhan dah benci aku .aku jdi malas nak solat ,malas nak ngaji , aku dah taknak preach sebab aku malu dgn diri sendiri.aku depress .
tolong aku weyhh,aku nak orang tolong 'support' aku sebab aku dah tak kuat lagi . aku taknak sampai satu saat aku putus asa terus, aku dah tak peduli dgn hidup , aku dah tak peduli dgn tuhan,aku tak peduli masuk neraka dah . tolong aku,aku merayu . aku sedang dalam peperangan dgn diri sendiri ..

– akunakAllah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *