Tak Mampu Mewahkan, Mudahkanlah

Perkenalan ringkas, aku lelaki berusia awal 30-an, sudah pun berkahwin dengan kekasih pilihan hati.

Hasil 7 tahun perkahwinan, dapatlah kami seorang putera yang kini berusia 3 tahun.

Aku bekerja sebagai technician sahaja. Gajiku hanyalah RM2k sebulan. Aku bekerja yang sama sedari aku graduan, di ibu kota.

Semasa bujang gaji sebegitu cukuplah. Sudah berkahwin dan mempunyai anak, manakan cukup?

Aku berkahwin semasa PKP. Alhamdulillah banyak yang mampu jimatkan.

Aku tak pandai urus kewangan. Semasa bujang, aku berhutang AEON asbab keluarga yang inginkan itu dan ini. Aku anak sulung, akulah tanggung.

Deposit rumah selepas kahwin pun isteri aku yang bayarkan. Segan! Duduk pula di ibu kota.

Duduk pula di flat yang walk-up flat, tiada lif. Kecil. Segan kadang bila ada saudara datang melawat.

Kesian isteriku turun naik tangga di terakhir trimester dengan perut besar.

Empat tahun berdua, tiba masa isteriku melahirkan putera. Komitmen semakin bertambah.

Isteriku juga bekerja akan tapi asbab selalu unpaid leave anak kerap sakit, gajinya selalu dipotong. Hanya berbekal RM3800 kami hidup bertiga di ibu kota. Sangat sesak.

Aku sedih aku tak dapat berikan kemewahan buat isteri dan anak. Aku terkilan tak dapat berikan bunga ketika isteriku melahirkan anak sulungku.

Aku sedih tak dapat belanja isteri makan sedap-sedap. Aku kecewa tak dapat bawa isteriku berjalan, hatta bulan madu. Aku tahu isteri aku sedih.

Jadi, aku mudahkan hidup isteriku dengan harapan isteriku tahu aku amat sayangkan dia.

Mungkin aku tak mampu belikan isteriku mesin basuh baharu, tapi akulah yang akan cuba cari masa untuk membasuh kain baju, menjemur dan melipat. Walaupun seminggu satu kali.

Mungkin aku tak mampu belikan peti ais yang baharu, tapi akulah yang akan mengemas, mengatur segala bahan selepas belanja barang dapur.

Mungkin dapur tungku sudah lama digunakan, tapi biarlah aku yang masak buat isteri.

Aku tak mampu nak berikan rumah besar dengan orang gaji. Biarlah rumah kecil ini aku yang bersih dan kemas.

Aku tak mampu hantar jemput isteri dan anak setiap hari, biarlah minyak kereta aku yang isi dan kereta aku yang servis.

Isteriku orang yang hanya diam bersusah payah dengan aku walaupun aku tahu dia tak sanggup. Dia dibesarkan dengan kemewahan yang mustahil dapat aku berikan.

Isteriku tidaklah meminta yang bukan-bukan. Cuma sebuah air fryer yang dia idamkan sampai kini sudah tahun ketiga aku belum mampu tunaikan.

Jika bertanya takkanlah tak mampu savings? Jawapannya sangat tidak. Silap aku ketika bujang duit habis begitu saja.

Gaji sekarang RM2000, sewa rumah di bandar saja RM1000, kereta RM500 dan hutang ansuran aku servis kereta RM300 (Servis kereta RM8000, Gearbox perlu tukar). Balance itulah aku beli barang dapur.

Barang keperluan anak ketika dia ingin dilahirkan aku tak mampu nak sumbang. Semua isteriku yang beli sedikit demi sedikit.

Aku sedih, untuk ubat sedih aku bila lihat isteri perlu bekerja dengan perut membuyut, aku yang mandikan dia setiap hari, aku akan urut kakinya setiap malam.

Lagi haru, dia mengidam pun dia yang cari sendiri. Teruknya aku.

Aku tak mampu mewahkan isteriku. Aku cuba mudahkan kerjanya. Aku segan nak berterima kasih.

Isteriku yang bayarkan yuran taska anak, bil utiliti rumah, wifi, deco rumah, makan diluar, semua tu isteri aku yang keluar duit.

Aku akan kemas rumah dikala isteri dah tidur. Jadi dia bangun saja rumah dah teratur. Aku tahu dia penat menyusukan anak.

Aku akan pastikan bahan untuk dia masak dah diturunkan di tempat sejuk, potongkan bawang dan bahan lain supaya dia boleh terus masak jika aku tak larat masak.

Sekarang aku sedang dalam proses minta pertukaran cawangan kerja ke tempat kami dilahirkan, di negeri selatan. Aku harap kos akan berkurang.

Isteri aku offer untuk tinggal di rumah yang dia beli sebelum berkahwin. Selama ni rumah itu dijadikan homestay. Cuma perlu bayarkan bulanan bank.

Dan dia juga dapat tawaran kerja yang gajinya satu kali ganda dari di tengah bandar ni. Hasil kesabaran kami.

Doakan aku mampu terus mudahkan kehidupan isteri aku. Belum dapat aku mewahkan dia, harap aku tidak menyusahkan dia.

– Si Boroi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *