Tak nak kahwin sebab tak cantik

Tq admin approve.

Aku lagi setahun nak grad dari uia gombak. Dalam kos aku semua pakai glamor2, makeup2 pergi kelas. Aku ni gemuk, selekeh dan tak kisah pasal penampilan aku. Aku memang ada masalah nak sayang diri aku. Aku pun x tahu knapa tapi aku mmg takde usaha langsung nak cantikkan diri aku.

Musim raya ni bila aku scroll IG, FB semua, aku tengok gambar2 kawan aku, semua cantik2. Semua slim, fit, sihat. Taste baju raya semuanya cun gila, ikut perkembangan fesyen. Baju aku ni takat kembang je lah.

Aku jadi sangat insecure nak post gambar raya aku bila semua kawan aku hantar selfie wish raya. Diorang selfie lawa2, lepas tu caption syahdu sendan bagai. Geli aku. Padahal dalam hati riak muka lawa. Tapi tu semua aku tahu, aku dengki je tu. Diorang cuma nak share je kehappyan diorang tu.

Gemuk2 hodoh2 aku pun, aku sangat bertuah ada orang nak kahwin dengan aku. Aku rasa dia buta. Dia kata x. Tapi aku tahu, sebenarnya dia x buta, dia desperate. Dia tak kenal ramai pompuan n kitaorang kawan since skolah. Dah alang2 aku je yang nak kat dia, dia terima je lah. Tapi aku pasti kalau ramai orang kenal dia, aku ni macam kuman je. Dia main violin, fit, bijak, hormat mak ayah dia, mmg jaga solat semua. Dia main rugby jugak tapi bukan yang badan buff tu. Dia fit jenis slim tu. Pendek kata, aku bersyukur dia tak minat main media social ni jadinya x terbukak mata tengok pompuan2 yang cantik2 tu.

Tapi tu lah. Bila aku tengok semua gambor kawan2 aku yang dah kahwin, deorang semua lawa2, bahagia. Aku teringin nak macam tu. Tapi yelah, tengok fizikal aku, mampu gelak je.

Aku ada terpikir nak get fit konon, tapi tak menjadi. Dilema aku sekarang, ialah tahun depan lepas grad laki ni nak kahwin dengan aku. Dia nak masuk meminang hujung tahun ni. Aku malas nak sayang diri aku, berhias bagai. Kalau aku berubah sekarang sebab aku akan bersuami, aku tahu benda tu x kan, lepas tu nanti jadi lah drama mlayu isteri x pandai jaga suami.

So aku sekarang tengah slow2 jauhkan diri aku supaya dia pun lama2 tawar hati dgn aku pastu boleh move on. Pedih Tu memang, tapi aku x nak tarik dia commit dgn aku bila aku pun tak nak commit dan berubah utk dia.

– Pompuanhodoh

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

290 Comments

  1. U shld just be thankful that someone wants you. Learn to love yourself and accept all your flaws. Hargai la apa Tuhan dah bagi, dont just downgrade yourself je, takkan kemana.

  2. adik ni mcm kecam apa yg Allah bagi…sis pun cubby ofcos 4x caesarian,dulu pn slim gak,gelap,x comel pun.tpi ada jga org nk dg sis,dia lg putih dr sis.adik bsyukur la ada org ajak kahwin tu,maknanya dia trima adik apa adanya.ada juga species yg x knal fb,ig,tweetiss bagai u know!!!nk cantik,kurus,kne usaha klu berangan memanjang dpan fon pun xjdi kecantikan budi,dn akhlak lebih berharga dr segalanya…

  3. taw x erti syukur??bersyukur la…ade jugak yg masih nak terima ko even ko selekeh..gemuk bagai…dye terima ko seadanye pon nk mengeluh lg…org kat luar ramai lg yg masih berteka teki sape jodoh dyeorg….terima la kun fayakun…kalau ni jodoh ko move on la…ko pon boleh cantik la…

    • Nak pertikaikan yg Allah bg pulak . Diri sendiri mls nak cantik nak jealous dgn kawan pulak . Lahai , pelik dia neh . Dah mls , duk dediam jgn duk mgata kawan pulak .

    • Btl2, patut bsyukur la ade org nk buat bini, kot2 dlm hati gembira giler sbnarnye, tp confess kt sni cakap sebalik nye. Attention seeker kot confessor ni. Patu nk dengki kwan2 kau cntik, taste bju raya cntik, kau sndiri yg cakap ada mslah nk syg diri sndiri, xkisah psl pnampilan & xde usaha nk cntikkn diri, so xyah la nk dngki dgn kwan2 ko yg lawa, kalo jeles sila2 brubah, usaha smpai kau jd cntik, jgn kecam aku, cume geram je dgn confessor ni ??

    • Sis,Kalau sis tak terima diri sis seadanya dan sayang diri sis, sis takkan gembira. Orang yang sebenarnya cantik ialah orang yang suka senyum, baik budi bahasa, berkeyakinan tinggi dan sayang pada Allah dan RasulNya. Percayalah sis, cantik itu akan terserlah. Cuba sayang diri sendiri dan terima diri seadanya.Kalau sis tak sayang dan terima diri, macam mane nak sayang dan terime orang lain kan?

    • Weii bersyukur la jodoh dh smpai! Kau boleh kot ubah diri jdi sekufu n jgn pndg rendah dgn dri kau sdri !..jodoh aku still naik kura2 lg kot.ntah kt mana?

  4. Memang cinta org asia ni pandang rupa je ke macam mana? Xde eh kalau dah sayang tu tak kisah muka buruk badan gemuk? Yg pnting personaliti tu serasi. Bukan muka cantik ke tak. Aku tgk org putih relek je. Negro kawin org putih. Gemuk kawin kurus. Relek je. Yg ko gelabah semacam kenapa? Pls bgi minda berkembang sikit. Kawin bukan untuk nafsu je. Islam pun x ckp mcm tu. Xyh nk insecure sgt. Setiap org ada kelebihan and kekurangan.

    • Aku ckp ape yg confessor tu ckp. Menghina diri sendiri. Itu yg confessor itu cuba tafsir kan diri dia. Yes. Aku manusia hina disisi Allah. Xde sape sempurna. Nabi maksum. Tp aku xnak jd hina. Aku xperlukan sesiapa utk menilai diri aku. Cukup Allah utk aku.

    • Betul. Takde sapa berhak menilai diri awk. Tp apa yg awk tulis kat ats tu bukan menilai confessor ke? Niat x menghalal kan cara. Niat awk mungkin baik nak menyedarkan. Tapi bahasa tu biarlah berpada2. Kalau confessor hatinya kental, takpe. Kalau hati mcm tisu bsh, kan da lain anggapan nya.

    • Bukan menilai. Tp itu kehendak yg ingin disampaikan. Dia yg luahkan. N ramai lg yg kecam dgn tindakannya itu. Dan tindakan menyindir xmenjadikan kt mulia pun satu hinaan. Betul?

    • Confessor dah sampaikan kehendak dia. Tapi perlu ke awk tambah penghinaan pd dia. Yg mengecam tu mgkn belum rasa. Mungkin juga rasa sempurna. Tegas dan menghina tu lain. Sy cuma menegur. Xterniat pon nak ckp awk lah manusia paling mulia atau banyak dosanya.

    • Allah dah jadikan kita ni sempurna. Tapi bergantung pada diri kita untuk menghargai dia. Kalau dia yang xdapat terima diri dia sendiri macam mana org lain xbg kata negatif pada diri dia? Sebenarnya dia patut bersyukur. Bukan menambahkan lagi unsur negatif pada diri dia. Orang yg confess kat sini mesti kena kuat. Macam macam orang yg comment. Lgpun, dia pun blh nk buat org yg nak kat dia tgglkan dia. Mesti hati dia kental. Xperlu rsanya smpai nk tglkan laki tu klau dah trtulis jodoh kan.terima jela. Better org syg kt kita dr kita menagih dr org. Bila dah ade better hargai dr buang dan cri yg lain. Lelaki tu mungkin nampak kelebihan kita yg kita sndri xnmpak tp confessor ni ttap nk merendahkan diri dia. Walau seribu orang datang pun nasihat dia, tapi klau bukan diri sndri yg nak ubah, xkan jadi. Percayalah. Mungkin dr comment yg negatif atau pun yg pnjg berjela yg akan buat dia pikir balik mana silap dia. Jgn risau, confessor ni sedia dikritik dan dinasihat klau x dia x confess disni

    • Bukan menambahkan unsur negatif lg dlm diri dia. Itu point nya yg awk dah ckp kat ats ni. Mcm mana nak positif kalau org sekeliling x bg nasihat membina. Penerimaan manusia kan lain2. Kalau scroll mmg boleh nampak ada yg suruh gali kubur sendiri la. Nasihat kena berhemah. Itu saja point nya saudari. ??

    • Katakan lah kalau ada manusia yg nak bunuh diri, nak terjun bangunan (mintak dijauhkan Allah). Rasanya lg sedap didengar kalau saudari dan saudara kata – tolonglah fikir org yg menyayangi awk. Semua mslh boleh diselesaikan. Allah xkan menguji hambanya lebih dr kemampuan. Berbanding dgn – kau igt mampos tu boleh selesaikan masalah? Ha, mamposlah! Terjun lah kalau berani! Tak begitu?

    • Dah penerimaan manusia lain lain. Jd? Nak confess disini kena la bersedia menerima positif dan negatif. Kalau x sedia semua tu jgn confess disini. Confess dgn tuhan. Simple

    • Manusia ada cara masing2 meluahkan mslh diorg. Mgkn juga dalam pada dia menulis, dia ada mengadu dengan Allah. Dan mgkn jugak Allah hantarkan org2 yg positif utk bg nasihat.

    • Sy yakin confessor akan baca setiap komen kat sini saudara. Takpelah. Seronok berdebat dgn saudara saudari. Point yg positif mcm – kita ni hamba Allah yg hina, manusia ni dilahirkan sempurna oleh Allah, itu semua sy terima dgn ikhlas. Semoga saudara dan saudari berbahagia di Hari Raya ni okay. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin! Chill! ??

  5. Awak patut rasa beruntung cause ada orang sayangkan awak,berhentilah rasa insecure tuh sebab everyone is beautiful in their own ways,dan please don’t stop untuk get fit cause this is for your own health, dan satu ja saya nak cakap, when there’s a will,there’s a way.

  6. Mcm mne sis thu dia nk sis sbb sis sorang je nk dia…ntah2 dia mmg suka n syg sis…soal pasangan hidup bkn blh buat main…desperate tkleh jdi sbb kita pilih bakal isteri kita..msti ada sbb dia nk kahwin dgn sis…please yakin dgn diri sndri…jgn la low self esteem sngt mcm ni…poor him too…n of course poor you…sbb bnde fizikal yg tk kekal ni sis dh nk patah smngt utk kawen..org lain yg lawa tu pun brpe thun je tahan cantiknya…nnti tua berkedut jugak…dh beranak nnti ada juga yang akan berkembang seperti dipam…
    *justmytwocents
    *sorry kalau mengecilkan hati sesiapa:)

  7. Ko boleh mereput sorang2 sampai mampus kalau self-esteem ko serendah ni. Pastu jangan nak confess kesedihan ko forever alone kat sape2. Ko yang pilih untuk tak berubah. Harap ko paham apa yang aku cuba katakan ni.

  8. kenapa malas nk cantikkan diri lepas tu nak jauhkan diri dari org yang nakkan awk sb rasa x cantik?x rasional…disebabkan pemikiran awk yang complicated ni..awk da kecewakan diri awk n pasangan..beruntungla ad abg sado nak..brape rmai awek2 kat malaysia ni nk abg sado tp dapat jenis keding n bulat..so syukur selalu..selamat hari raya..

  9. Pebenda doh kau. Tak reti bersyukur sbb sekurangnya ada org nk dkt kau. Kau ingat jaminan bahagia tu hnya kecantikan je ke? Kau ingt org cantik kurus putih ni mmg bhgia till jannah ke kalau dorang kawin? Cantik bkn jaminan bahagia. Berlambak je org cantik yg still single and berlambak je org tk cantik gemuk mcm kau dh ada partner. Nk insecure pn agak2 ahh

  10. Weh sis ni insecure je, yg doa pasal suruh dia pegi mati knp, doa confident level dia up kan ok. Ingat senang ke nak deal dgn insecurities. It takes a strong man to loves insecure girl. Sis kena mngaku kat ur future, you are so insecure, instead of jauhkan diri, baik confess je kat laki tu sambil berdoa dia memahami. Sambil pksa diri bersyukur. Sambil bersyukur dpt lelaki memahami. Pebenda aku merepek kat page ni Deeyana Khairi

    • Deeyana Khairi Syaza Lyana Idris org yg dok kutuk ni tak penah rasa insecure. Diorang tak paham. Kahkah! Aku sorang je paham. Lulllzz

    • Setuju kak Madihah Ali ?
      Orang lain tu sibuk nak condemn dia. Kesian akak confessor. Btw, really loves ur comment. ?

    • Btol. Yg ni aku setuju. Sbb kkdg bila dia da low confidence , dia akn rasa org tu desperate, rasa teraniaya bila llki tu nk ngn dia. So doakan lah bebaik utk dia. Istiharah byk2. Smoga tuhan akan tunjukkan jalan yg baik dan semua urusan dipermudahkan.

    • Hahah. Ada orang setuju. I is terharu. Well….kalau sis baca komen ni, just nk bgtau instead of tgk sweet lobey dovey relationship couple perfect yg partner tu best best. Salah satu cara nk buang insecurities is jgn tgk diorang, cut social media, hv a life weh. Serious. You dont hv to try so hard, you dont have to give it all away, you just hv to get up, get up, get up. Eh tu lagu la. Hahah, insecurities ni come and go, bila dia come tu, go out. Jgn layan, bykkn tgk couple yg tak perfect tp happy(kahkah!) Weh, kau kalo tak lawa pun, at least ko leh jd comel weh. Dont compare urself to others. Org lain nmpak bnda ni remeh, but this is painful. I feel u, mmndgkn zaman skrg semua org berlumba nk jd lawa, kita yg tak lawa ni mmg rasa down. So…. jdlah wanita solehah, nnti leh jd bidadari syurga. Aku merepek ape lagi Deeyana Khairi. Loolll

  11. Awak add saya. Saya share rahsia kurus. insyaAllah yg tak menyeksakan.Awak nak cantik pun boleh. Saya takde jual pape pun. Saya suggest je. Saya pun dulu gemuk. Muka naik jerawat pasir.

  12. xfaham aku. apa yg susah sgt jaga diri bagi cantik? i mean, cantik tu definisi dia berbeza. xsemestinya putih, slim bagai. jaga makan, senaman sikit…kalau fit sikit kn senang lg nk beribadah. aku pun dulu low self esteem jgk, asyik insecure je rasa. tp bila fikir balik, no use la rasa mcm tu. chin up la weyy.

  13. Naik bengang aku bca confession ni! Aku rse confession plg bodoh! Sorry to say…..sedor pn diri x lawa pastu nk jeles ngn org lain yg cntik….ko tau x mcm mne rupe jihan muse dulu dan skrg?!…kalo ko xnk cntk utk org lain at least cntk utk dr sndr! Aku rse pmpn mmg ptt jg kecantikkan sbb itu anugerah dr Allah….knpe nak sia2 kan? Lps kawen lg kne cntk2 utk suami dan anak2….ade kwn aku, gemuk x cantik tp skali dpt pak arab hensem!….lps ni ko xyah nk bt statement “xde org nk kt aku sbb aku hodoh!”….sbb ko ngada2 huhu…..selamat hari raya

  14. Dalam byk2 confession aku baca,yg ni paling geram. Geram sbb ape?geram sbb kau taknak usaha utk ubah diri kau. Dah tau rasa tak insure dgn org cantik2 keliling kau,dah tuh kena buat ape dik?rasa nak cepuk je kau ni. Kt luar tuu berlambak produk2 utk cantikkan kulit,spa urutan muka and so on. So ape lagi,usaha la dik. Untong la ade jugak org nak kt kau dik. Jadi manusia bersyukur sikit plisss..haishh!

  15. em nampak gaya awak ni lebih kepada pemalas sebenarnya.orang jaga diri bukan semata sebab lelaki.itu pun tuntutan dlm islam.jaga diri jaga kebersihan dan kesihatan.nak bercantik2 yes utk suami dan utk diri sendiri jugak.utk boost self confidence.dari cara awak confess ni pun boleh bayang awak memang jenis low self esteem bukan sebab gemuk tapi memang pemalas.tak cantik takpe tapi jgn pemalas dek non oi.

  16. Ini masalah diri sendiri dik . MALAS SAYANG DIRI SENDIRI. Cuba sayang diri awak tu. Sbb x ade org yg di lahirkan HODOH melainkan MALAS. Itu aje. So…. tolong rajin kan diri ye dik.

  17. Ni namanya pemalas… dh kalo suka laki tu n rasa diri ko tu x cukup cntik pergi do something about urself.. atleast nnt ur self esteem will boost up a bit.. bkn suh melawa pakai mekap 4 inci..atleast ubah penampilan diri…

  18. Nasihat saya, takkan ade sapa2 y bole tolong selagi awak tak tolong diri awak.. Percayalah, mungkin ni mmg jodoh awk.. ALLAH pegang hati manusia n die boleh bagi pada sapa2 y Dia nk bagi.. Sbb itula mungkin lelaki tu tertarik pada awak..
    Belajar bersyukur, belajar ikut ape y islam suruh, jaga kesihatan dan kecantikan.. ALLAH sukakan kecantikan..
    Jangan tgk sangat orang lain, ade y lawa n fit bergaya, tapi ade y dorg xde pada awak..

  19. Sisterrr jangan sedihhhhhh!!! Kecantikan hanya sementara. Walaupon dia xmain media social, tapi keliling dia mesti banyak ja pmpuan cantek. But after all, dia pilih hang. Mybe hang xnmpak apa baiknya hang sebb hang dah penuh dengan insecurity. Tapi laki tu nampak apa orang lain xnmpak pada kat hang. Hati beb. Hati. Kemon la. Lama kot hampa kenai. Aku xkenai hampa dua so aku xdak hak nak judge apa2.

    Istikarah dulu sebelum buat keputusan apa2. Kita xtahu niat laki tu ikhlas ka dia desperate. Kalau kena dia mmg ikhlas menyesal taguna dah nnti sayang. Lelaki ni kalau pmpan dah tolak, sekali dia dah move on dari pmpuan mmang dia dah xpandang dah pmpuan tu balik. Apa2 pon istikarah dulu…Allah Maha Mengetahui. Tanya Allah.

  20. Kat luar sana ramai sangat perempuan yang cantik slim, baik, educated tapi still single, berdoa siang malam nak dapat jodoh. Kau ni kau claim tak cantik tapi ada orang nak lepastu kau tak hargai. Perempuan tak tahu diuntung. Berapa ramai lelaki kat luar sana yang pandamg rupa, kau dapat yang takpandang rupa, elok serba serbi, kau nak buat macam ni.

    Kau memang tolak rezeki Allah. Kau memang tak bersyukur.

  21. Kau punya overthinking ni akan musnahkan masa dpn kau sendiri. Ada org nak kahwin dgn kau, kau kata kau x layak dgn dia sbb kau x lawa. Nnt bila adaorg nak hire kau kerja, kau fikir benda sama jugak. Aku harap kau baca komen ni dan ubah pemikiran kau. Jgnlah overthinking & mulalah bersyukur.

  22. Saya rasa awak ni perlukan kaunseling.. mungkin dalam diam awak ni sebenarnya depression.. tapi takde siapa tahu… tu semua hasutan syaitan tu.. banyakkan baca dan fahami quran.. dekatkan diri dengan Allah.. syaitan ni macam2 helah wak… lagi satu, disebalik wajah kita ni, semuanya tengkorak.. dah tua kecantikan pun ke mana.. yang penting iman wak.. kalau awak sendiri dah insecurities macam ni, macam mana awak nak didik anak2 awak nanti.. benda ni small matter je.. semuanya dari diri awak.. lelaki tu ikhlas nak kahwin dengan awak.. please percaya dia. Takdenya lelaki desperate nak kahwin.. pls buat solat sunat taubat, nangis kat Allah.. knp saya tak jadi hamba bersyukur.. diam2 syaitan hasut awak tuk jadi materialistik (pentingkan rupa paras) sampai jadi teruk macam ni hancur masjid yang bakal dibina. Bangunlah awak.. Allah tak pandang rupa, Allah pandang iman.. terima lelaki tu dengan kesyukuran kpd Allah.. saya doakan perkahwinan awak bahagia ya, inshaAllah..

  23. Xpe2… biarkan diri anda diselubungi rasa insecure tu spnjg masa… kipidap bebeyh… everyone needs their own opinion….

  24. tlg bersyukur… awk x syg diri sndri.. tp ALLAH bg peluang org lain sayang diri awak… bertuah awak tau… dia trma diri awak seadanya… jgn brubah kerana dia.. brubah sbb awk rsa awak perlu brubah… klu dlm hati tu dok tnam hasad dengki smpai matila diri tu rasa insecure… awk rsa down sbb x cantik.. mat salleh ada satu pepatah ‘thera are no ugly people only lazy one’ hhaaaaa… kat situ dah nmpk dah kan?? awak… saya ni gemok jugak… nk brsenam pon 4 thun skli… tp saya jga penampilan… tkkan sbb kita gemuk kita nk pkai yg kembang2 ja… ada fesyen utk kita yg mnutup aurat.. jgn risau… saya jga penampilan saya bkn sbb ada org nak pon tp sbb saya rsa saya perlu jaga.. mmg x dak sapa syang sya.. sbb tu saya syg diri saya sndiri… awak tnam dlm diri.. klu org lain boleh awk pon boleh… awk boleh.. jgn bg alasan x munasabah utk awak hadam… tlg faham…

  25. Errr.. Xfaham kenapa ada komen yg marah dan menghina. Manusia ni x perfect lah. Bg lah nasihat elok2. Bg yg membina sikit. Org tu dah la rasa rendah diri, xperlu kot nak guna bahasa kesat nak bg sedar. Kalau rasa mcm xboleh ckp benda yg baik, baik baca dan move on

  26. Sedehnya hidup awak ni. Menilai bahagia dari rupa. Org lain susah payah nk makan, tp masalah hidup awak cuma sebab tak cantik? Tak paham tak paham.. Make your life bigger, u will appreciate more.

  27. Sayangi diri anda..anugerah tuhan. Kalau x syg diri,maksudnya tak hargai anugerah tuhan. Cantik ni lain2 ikut mata org,kau tak payah down sangat. Mungkin bakal laki kau nampak yg sederhana itu lebih cantik berbanding artis2 IG sekalian.bersangka baikla..biar diri tak cantik tapi hati cantik..inshaallah smuanya baik2 je.

  28. Sbb dia dah kenal awk la dia terima seadanya…kalau nak yg lg cantik dah lama dia boleh pilih..awk sendiri kena bangkit, bangun dr lena yg pjg utk syg diri sendiri…jgn jauhkan diri dr dia, sbb dia betul2 syg kn awk…kalau awk rasa sedih bila jauhkan diri, dia akan rasa lebih sakit dari tu..mcm doktor cinta pulak rasanya.,huhu..unleashed your confidence!

  29. Akak,you can do it. Syukurlah ada lelaki yg serius sampai nak kawen dgn kita. hargailah dia. Hargai lelaki tu bermaksud akak kena hargai diri akak jugak. You are beautiful. Believe me. Yakin dgn diri akak. Secantik mana pon seseorang tu,pasti akan ada yg lagi cantik daripada dia. Conclusionnya,semua org cantik. And cantikkan lah diri untuk suami. Jgn tolak pinangan seorang lelaki yg baik agamanya kak. Jangan. Mohon jangan. Dia mampu bimbing akak ke syurga. thats what every woman wants. Sayang akak semoga bahagia dan dipermudahkan urusan. Dan jangan buat sangkaan macam tu kat lelaki tu. Mungkin dia betul2 cintakan akak. ☺

  30. mental loh pempuan ni.org dah nak ko jual mahal,org suruh usaha,ko xnk usaha.dah ko nk kondem diri sendiri nape?kalo memang xnk usaha,malas sampai bebila lah ko ngan pemikiran ko tu.uia tapi otak senteng.bersyukur lah,dgn diri ko,dgn org yg masih nak kat ko.

  31. Untg laa ade org na kawen dgn kau . Aku ni pon lom kawen ag . Bru na kumpol duet . Haha . Laki lau die bole terime kau seadanye , kau pon kene trime die seadenye . Yang penting hargai ape yg ada depan mata sebelom terlambat . Ok dearr ?

  32. Kalau aku jadi kau…
    Aku cuba jadi yang terbaik dalam akhlak.takpe tak cantik fizikal asalkan solehah.terima jer laki tu kalau nak hidup berdua.kau ingat akan ada ke org yg nakkan kau kalau kau lepaskan laki ni? I dont think so sbb laki skarang smua pandang rupa.so means laki ni ikhlas sukakan kau bukan sbb rupa.tgk hafiz roshdi tu.bini dia biasa2 jer.smua duk kutuk tapi dia bahagia.tak care apa kata orang.so be positife la.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *