Tak nak kahwin sebab tak cantik

Tq admin approve.

Aku lagi setahun nak grad dari uia gombak. Dalam kos aku semua pakai glamor2, makeup2 pergi kelas. Aku ni gemuk, selekeh dan tak kisah pasal penampilan aku. Aku memang ada masalah nak sayang diri aku. Aku pun x tahu knapa tapi aku mmg takde usaha langsung nak cantikkan diri aku.

Musim raya ni bila aku scroll IG, FB semua, aku tengok gambar2 kawan aku, semua cantik2. Semua slim, fit, sihat. Taste baju raya semuanya cun gila, ikut perkembangan fesyen. Baju aku ni takat kembang je lah.

Aku jadi sangat insecure nak post gambar raya aku bila semua kawan aku hantar selfie wish raya. Diorang selfie lawa2, lepas tu caption syahdu sendan bagai. Geli aku. Padahal dalam hati riak muka lawa. Tapi tu semua aku tahu, aku dengki je tu. Diorang cuma nak share je kehappyan diorang tu.

Gemuk2 hodoh2 aku pun, aku sangat bertuah ada orang nak kahwin dengan aku. Aku rasa dia buta. Dia kata x. Tapi aku tahu, sebenarnya dia x buta, dia desperate. Dia tak kenal ramai pompuan n kitaorang kawan since skolah. Dah alang2 aku je yang nak kat dia, dia terima je lah. Tapi aku pasti kalau ramai orang kenal dia, aku ni macam kuman je. Dia main violin, fit, bijak, hormat mak ayah dia, mmg jaga solat semua. Dia main rugby jugak tapi bukan yang badan buff tu. Dia fit jenis slim tu. Pendek kata, aku bersyukur dia tak minat main media social ni jadinya x terbukak mata tengok pompuan2 yang cantik2 tu.

Tapi tu lah. Bila aku tengok semua gambor kawan2 aku yang dah kahwin, deorang semua lawa2, bahagia. Aku teringin nak macam tu. Tapi yelah, tengok fizikal aku, mampu gelak je.

Aku ada terpikir nak get fit konon, tapi tak menjadi. Dilema aku sekarang, ialah tahun depan lepas grad laki ni nak kahwin dengan aku. Dia nak masuk meminang hujung tahun ni. Aku malas nak sayang diri aku, berhias bagai. Kalau aku berubah sekarang sebab aku akan bersuami, aku tahu benda tu x kan, lepas tu nanti jadi lah drama mlayu isteri x pandai jaga suami.

So aku sekarang tengah slow2 jauhkan diri aku supaya dia pun lama2 tawar hati dgn aku pastu boleh move on. Pedih Tu memang, tapi aku x nak tarik dia commit dgn aku bila aku pun tak nak commit dan berubah utk dia.

– Pompuanhodoh

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

290 Comments

  1. Reading all the comments and feedback untuk confession ni makes me angry and wana puke. Because most of the commenters are girls and pretty, wtf are you guys doing ??? throwing harsh comments & never tryna understand how she really felt Instead of marah dia tak reti bersyukur why not give her support ,

    yall tak duduk in her shoes & does not feel like she does,you never been in a place where people have low self esteem and they tend to back out, for the fact that dia sedar diri and still felt vulnerable of cos lah it takes a lot of guts to make a change or to even start,
    bcs maybe dia takdak support system?? Kan! Or maybe she already tried tapi it doesn’t work .

    People sometimes are so mean and disgusting idk no as if you guys never felt so insecure that u cant do anything, bukan smua org buruk lepas tu boleh nak senang change, some people akan down and some people akan terus bangkit, kudos to the ones whu rise and for the one who doesn’t “YOU STILL CAN , be bold and brave” kalau tak nak be confident because all girls are already beautiful inside and out

    I know it takes time emotionally and physically.

    Girls now days are somehow very mean and sickening. Instead of marah dia tak bersyukur bagai why not guide and support her, let her feel happy for once semngat ke apa ka, bukan rasa nak bunuh diri baca komen tak berakal tu

    its a confession for gad sake bukan sesi consultation she doesn’t need yall nasty comments. Ugh! WISH GIRLS COULD BE MORE NICER , muka lawa pun if your personality macam hawaw that hawaw will outshines you my dear ladies, beauty is not EVRYTHING be cantik not just outside tapi inside ☀️

    & to the confessor take all the time you need then come back strong, ubah diri because u want to bukan sebab orang, ubah diri untuk confident , bukan sebab orang okay . U can get tru all of this and forget all the nasty comments because at the end of the day mereka bukan pernah rasa apa yang u rasa, Allah s.w.t uji setiap umat ni berbeza beza ❤️

  2. Cntik utk diri sndr xblh ke? Bg pkai bju compang camping nti kang tau la. org cmni pn ade.confession plg geram aku bce.haihhh.sedih.Allah dh ssun rezeki (jdoh) kau,xnak pulak.tolak..syukur la oiiii.somebody pls help me sblm aku bebel lg pnjg! Hahaha

  3. Apela masalah kau ni hahaha. Sekarang ni love yourself. Dah ada orang nak tu tak nak kahwin pulak. Camni camni. Kau ingat lelaki tu pandang rupa ke? Sebab dia tahu kau baik tu dia nak kat kau. Aku geram betul la haahah. Kau perelokkan la diri kau kalau kau insecure cmtu.

    • Menyirap pulak baca confession ni. Dia setakat insecure tak cantik gemok bagai. Dia taktau orang lain tgh struggle lwn penyakit untuk hidup. Bersyukur la dia sihat tubuh badan

      Berhias la sikit. Tak banyak, setakat puaskan hati sudah. Tak payah nak try hard.

      *sori Khatijah Hamid saya tumpang comment awk

  4. Dik, solat istikharah. Apepun tindakan yang kita nak buat yg melibatkan masa depan sebaiknya minta petunjuk Allah. Dan satu lagi Adik, untuk cantikkan diri tak semestinya kita kena bersolek bagai. Jaga pemakanan supaya berat badan terkawal dan kulit kita cantik semulajadi. Perempuan mesti sentiasa nak cantik tau, untuk diri sendiri dan suami ok

  5. apa no hp laki tu meh pass kt kita kalau taknak.. eh? hahaha kita gurau.. sis.. syukur sis.. ada org boleh terima baik buruk sikap dan diri kita.. jgn bt dia mcm tu.. sbb kita tak tahu akan dtg akan ada tak org yg mcm dia.. kita faham perasaan sis.. sbb kita pon mcm sis.. beza nya mmg xde org nk kita pon.. sis byk2 kena syukur.. saya pon kena syukur sbb Allah tgh jaga drpd org yg bukan utk kita.. so sis xmo down2.. yg penting jaga kesihatan tu k.. apa2 meh la pm kita sis..kita kwn eh sis.. k sis.. mat ri aye!

  6. Sayangilah diri sendiri dgn usaha utk sihat cantik. Ada org nak kira bertuah jagala baik2. Buat perubahan utk diri sendiri bukan org lain

  7. Hargai diri anda Dan org dsekeliling,bsyukur apa yg ddpn Mata,Sy jugak bbdan besar,tp Sy berusaha until jg pnampilan diri, Sy xsuke org ckp Sy slekeh,Klu last year berat Sy *** but this year berat **… .Lps bos Sy sllu kutuk Sy gemuk..gajah, Sy berusaha jg pnampilan, now Sy lebih kecik Dr die….berubah la awak, jgn bg org memandang rendah pd kite,…sygi diri awak..bersyukurlah sbb Ade org yg syg awk…Klu da xde Nti,awk jgn myesal…

  8. Bertuahnya awk…sy yg gemuk tp tetap menjaga penampilan nmpak kemas, bdn x berbau n sedap mata memandang pun xda sapa yg pndang…awk yg selekeh masih ada yg sudi jdkan awk isteri. Hargai peluang yg ada..krn mgkin xkan dtg lg peluang sebegini. Lpas kawin..cntik2 kan la diri awk utk suami, krn msa tu mmg nk cantik tu ada tujuannya..utk menyedapkan mata suami yg memandang. insha Allah..semua org layak utk kelihatan n rasa diri tu cantik..apa yg lebih pnting pndangan awk trhadap diri sndiri, bkn nk kisahkan pndangan org lain.

  9. jgn la camtu..definisi cantik tu berbeza setiap org..sy rs awk ada masalah low self esteem..cuba pandang org yg kurang bernasib baik berbanding awk..so dr situ awk akan belajar erti bersyukur..

  10. Memang patut kut lelaki tu tak kawin dgn kau. Sebabnya dia sayang kau tak pilih paras rupa pun . tapi kau takmau. Takmau sudah.

    Haha. K k. Jgn mcmni doe. Dunia harini susa kau nak jump org syg kau seikhlasnya. Jadi kalau kau dah jumpa,hargai. Tu je

  11. dik,satu jer akak nak cakap,ade jer lelaki slim yg suka perempuan berisi…
    kawan2 akak ni ramai jer lelaki yg jenis macam tu..masalah awak ni self confident jer takde..sayang la diri sendiri dengan jalan awak sendiri senangi…

  12. 1 je nak cakap, REDHA. jgn p banding kan dri dgn org lain. Tu namanya xbersyukur dgn apa yg Allah dh beri. Btw, sy ni pun xcantik dan gemuk. Suami sy tetap je syg sy. Boleh je kawin dgn Husband yg hensem. Be positive. Sy lantakkan je ape org kata. Husband kurus, Bini Lagi besar dr husband dia. Nak kata apa lantakkan asalkan kita ade keyakinan dlm diri kita tu sndri. Kita boleh usaha bukan xboleh. Masa nak kahwin dlu pun sy usaha nk kuruskan badan sikit. Sikit jelah. Alhamdulillah turun. dapatlah pakai baju cntik cntik. Yang penting usaha bukan xnak usaha tapi dah putus asa. Kalau rasa perlukan kawan atau teman sy ade. Pm me and i will try to be your friend. Be Positive okayy. Hargai org yg syg kt kita.

  13. Rugi sgt² klau awk buat mcm tu.. Dia tak kesah pon rupa paras awk mcm mna.. Why don’t you slow² berubah, bukan nk suruh makeup tebal² tu tp at least jga penampilan tu supaya tak ad la rasa awk tu selekeh or tak setanding dgn dia.. Gemuk tu bukan penghalang.. Skrang ni ramai je org gemuk tp ‘cantik’

  14. cantik tu subjektif sis…. percaya x pakcik sy suka pompuan yg gemuk dan chubby walhal pkcik sy ni hensem dan bekerjaya. kewangan stabil. plis stop downgrading urself k. syukur dh ada org nk msk minang. syukur jodoh dh sampai. cuba pk org yg kurus dan cantik pn byk mereput xkawen2 lg tu camnooo. haa syukur okeh!

  15. Alaaaa..jangan la…apa salah cantik2 utk suami.pls syg diri sis..meh pm akak..akak tolong u naik kan confident level u..pls.. pm akak..cantik tu subjektif dik..jgn terlalu merendah diri..akak x de jual produk apa2..tapi insya Allah akan cuba tolong u sis..meh kita cuba nak…akak dulu mcm u..tapi akak berubah n syg diri akak..kena syg diri kita dulu baru leh syg org lain…pls pm akak k…

  16. Cik kak… Cik kak bersiap la… Jgn la ckp malas… Bkn nya nk over makeup barbie doll bagai… Kita bersiap cara kita la…kna kemas… Muka tu calit foundation,bedak,mascara n lipbalm pun dh ckup… Xyh nk eyeshadow blusher bagai…dh org nk tu syukur la…kita kna usaha utk brubah… Mak ak slalu pesan,biaq la hitam pun yg pnting mak nk hmpa kemas,pkai bg kemas n selesa…

  17. … Gi cari kehidupan nuh, sibukkan diri dengan aktiviti y blh mmbuatkan hang happy… Nnti inner beauty hang akan keluar dgn sndiri, cantik x kekal lama, dh tua nnti hlg la cntik tu… Hidup ni telalu singkat utk tidak menyayangi diri sendiri..

  18. akak , sy xnk ckp akak ni xbersyukur .. maybe akak tulis confession ni dlm keadaan sedih + trtekan .. tapi kak, Allah sendiri ckp kita ni cantik .. sy xigt ayt & surah ape .. blh check fb aiman banna ..

    Akak pernah trfikir x.. knpe Allah hadirkn lelaki tu dlm hidup akak .. eventhough dia blh pilih pompuan lain .. maybe ade sikap akak yg cantik kat mata dia n org lain xde sikap tu .. bertuahnya akak dpt lelaki yg hormat org tua , jaga solat .. sygnya akak nk lepaskn lelaki yg nk bina masjid dgn akak .. akak duk ckp xcantik, gemok bagai , ibarat akak salah kan takdir tau .. plus , Allah dh ckp , kita wajib berhias utk suami , besar pahala tau kalo suami tenang nengok kita hehe .. jdikan kecantikan org lain as ur motivation .. push diri akak utk cantikkan diri for ur future husb .. kalo dh jodoh , akak lari smpai planet pluto pon , akak ttap akn kawen ngan dia .. so , stop ckp akak ni xcantik , gemok .. mcm nk salahkn takdir tau .. bear in ur mind , kita cantik dgn cara kita trsendiri .. tpi of course, kecantikan rohani lgi penting .. gambatte kudasai!

  19. hmm.. aku rasa cm geram plak baca confession ni..

    kau patutnya bersyukur ada org nak dkt kau.. org yg cantik pun belum tentu ada org yg nk.. biarlah kau rasa kau tak cantik ke ap.. tp mngkin laki tu x tgok rupa.. satu dlm sejuta tau..

    dan kau.. aku nasihatkn utk pergila buat fitness.. bkn utk kau berkahwin or what.. aku nk kalau buleh tukarla mindset kau.. get fit utk diri sendiri.. utk kesihatan.. dan juga kerana Allah.. memudahkn kau beribadah kepada Allah.. bkn utk mana2 lelaki.. kalau badan kau sihat.. kau pun bertambah yakin, otak pun makin cerdas, kiranya kau punya inner (soul, mind segala bagai) akn makin kuat kalau kau jaga kesihatan.. dan benda tu secara tak langsung akn buatkn kau ada daya tarikan sendiri.. bkn sbb paras rupa lg..

    kalau kau takut nnti kena tinggal sbb kau tak cantik, trust me.. laki kalau nk tinggalkn perempuan dia akn cari jgak celah mana salah kau utk dia ungkit.. kau masak masin sikit pun boleh jd isu.. tp kalau dye betul sayang kau, dye akn cari celah mana pun kebaikan kau utk buat dye stay..

    akhir kata.. kecantikan hanya sementara, tp yg penting jaga kesihatan.. bila kau sihat, in shaa Allah kau akn cantik jgak.. ;) n dont give up.. maaf salah silap.. selamat hari raya awk.. :)

  20. Maaf kalo aku cakap kasar. Ko ni memang ‘bodoh’. Beruntunglah ada orang nak kat ko. Aku ni pun stok kembang jugak. Kemain susah nak cari jodoh, sampai sekarang tak jumpa lagi.

    Aku siap pernah turun taste aku, entah sape2 pun aku terima je.. pasal zaman tu zaman ‘desprate’. Tapi Allah selamatkan aku. Tak jadi aku dengan mamat tu.

    Kalo aku tersuka kat sape2, aku doa mamat tu bahagia dunia akhirat. Kalo dia memang untuk aku, aku doa supaya Allah bukak jalan. Tapi sampai sudah… Allah jauhkan. Semua itu ada hikmah. Aku pasti.

    Tapi kau… dapat bakal suami punya baik, hebat, serba-serbi bagus.. ko buang ke tepi camtu je. Allah bagi ko syurga dunia ko sia2kan. Ubahlah skit2. Ko ni cuma tahu komplen, usaha tidak. Kalo rasa nak kuruskan badan tu susah, cuba buat benda mudah dulu. Belajar pakai beauty product. Belajar pakai pencuci muka, belajar pakai bedak. Skit2 la ubah. Yang penting usaha.

    Ni tak. Komplen banyak. Dengki kat orang lain. Usaha tak. Pastu buang bakal suami yang memang ikhlas nak kat ko. Hangin aku. Memang tak tahu bersyukur. Kalo ko kena nasib macam aku, lelaki buat macam2.. baru ko paham agaknya makna bersyukur.

  21. Awak bukan semua manusia tu pandang rupa. Cantik tu ada pelbagai maksud. Pada dia, mungkin dia nampak ada ‘sesuatu’ yg cantik pada diri awak. Rupa, apa ada rupa tu? Saya sendiri pun jenis yg malas jaga muka, malas jaga badan diri. Ya, saya kurus. Tapi saya pun teringin nak ada badan mcm org lain, berisi cantik je. Cuba kita ambil drp sudut postif, maka positif jadinya. Awak seharusnya bersyukur dikurniakan insan yg ingin menghalalkan awak dgn cara yg baik. Be confident dear. Setiap manusia tu ada lebih dan kurang masing-masing, sebab tu hidup saling berpasangan utk saling melengkapkan.

  22. Perempuan hodoh???. Tiada ciptaan Allah xcantik..patt tulis kat situ perempuan xtau meghargai dan xtau bersyukur lebih sesuai. Ko bukan xnak jaga diri tau lebih sesuai cakap kat kau ni P E M A L A S

  23. Dik…akk pun mcm adik…bdn gempal,x pandai hias diri,muka pun tiap kali b’gmbr terasa akk the ugliest…cm jodoh jer xde…so..adik the luckiest person sbb ada org nak…part b’drama lps kawin tu perkara biasa yg selalu berlaku pd setiap org…so..adik mmg tlk tuah klu mcm tu pemikiran adik…ok..skrg mai rasa x yakin x sedia sume…tp,mkn mngkt umo adik..mkn adik rasa mcm nyesal sbb xnk terima dia…so..fkr pnjg2 dulu..br buat keputusan nak terima or x…x pun bncg la dgn dia yg adik msh blm sedia nak kawin…klu dia degil jgk..bertunang jer dulu…jgn la pi trs buang dia tanpa sbb yg kukuh…

  24. At least koI usahalah utk cantikkan diri ko,aq pon gemok,cube make up sket2,yg penting nampak kemas dan bersih bukanlah makeup tebal tapi at least make up lah sket,kemon girl u can do it,

  25. Ramainye yg kecam adik ni… kesian la woi… dia low self esteem sgt tu.. pastu dia takut ‘getting hurt’ sbb sblm ni xde y syg kt dia mcm lelaki tu.. mst dia fikir “its too good to b true”. Jgan sampi sbb kutukan korng, dia smpi depress nk bunuh diri… kejam la korang ni.. korang cantik hensem slim fit bolehla nk nyembang. Xrasa ape dia rasa…

  26. Terima je lelaki baik …bkn sng nk dpt lelaki mcm tu skg ni…start2 lh jaga badan…bkn utk kawen je tp utk kesihatan n utk senang nk beribadah…insha allah ada barakah kat ctu

  27. Sepatutnya adik kene bersyukur ada yg sudi terima adik seadanya.. maknanya dia tak pandang rupa n ikhlas syg kita.. ingat senang nk jumpa lelaki mcm tu zaman sekarang.. patutnya adik slow slow cuba tuk jaga badan demi bakal suami.. even dah kawen pon kita kene jaga luaran dalaman untuk suami..

    Akak dulu kenal suami dlm keadaan akak selekah, chubby, tak make up.. tp husband tetap nk.. lepas kawen baru akak slow slow jg penampilan.. n suami suka sbb lelaki mmg sukakan benda cantik.. mmg dia pilih time kita selekeh, lepas tu kita lak kene berusaha untuk nmpak cantik tuk dia.. baru la give n take..

  28. Berusaha la utk jadi sesempurna mungkin utk suami awk. Kalo x cantik mcm retis2 terkenal pon xpe,,asalkan manis,kemas,jaga penampilan,tutup aurat,,cukup. Berusaha dulu utk dptkan jodoh tu,,jgn terus give up. Takut kalo sekali kte tolak,,yg kte tolak tula yg terbaik buat dri kte,,jgn menyesal di kemudian hari sudah. Sekian,,

  29. Kenapa macam tu pulak kak oi. Percayalah, kalau kita confident dengan diri kita, insyaAllah ‘sinar’ kecantikan tu orang akan nampak. Cantik tu tak semestinya muka flawless, putih melepak. Nak confident, yang penting, berpenampilan kemas, bersih dan menarik. Cantik tu nampak bila kita yakin dgn diri kita. Percayalah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *