Tak Nak Kahwin vs Tiada Jodoh

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua dan terima kasih banyak admin jika cerita saya disiarkan.

Saya ada baca kisah tak nak kahwin 1, dan tak nak kahwin 2, part 1 dan 2.

https://iiumc.com/tak-nak-kahwin/

https://iiumc.com/tak-nak-kahwin-2/

https://iiumc.com/tak-nak-kahwin-ii/

Disini saya nak nyatakan kisah saya pula. Saya berumur 41 tahun, seorang guru di sekolah kerajaan dan masih bujang.

Penulis ‘taknak kahwin 2’ nyatakan yang dia banyak kali dilamar cuma beliau tidak mahu menerimanya (lamaran). Saya pula seumur hidup saya tidak pernah bercinta juga dilamar.

Pernah, semasa saya berumur 30-an adalah satu family datang ke rumah ibubapa saya untuk melihat saya dan akhirnya diam begitu sahaja.

Mesti semua fikir kenapa kan? Saya sebenarnya seorang yang kurang menarik.

Semasa saya berumur akhir 20-an, dan 30-an saya giat mencari jodoh. Saya banyak kali join kelab mencari jodoh. Saya juga pernah berjanji temu buta dengan calon jodoh saya. Gila kan saya?

Orang kata perigi cari timba. Hidung tak mancung pipi tersorong- sorong. Tapi, apa yang saya dapat dari janji temu tersebut?

Hanyalah kekecewaan. Sebelum berjumpa, biasalah adat lelaki, orang kata lembut lidah… Memuji saya, katakan tak sabar berjumpa dengan saya.

Saya sanggup turun ke kota Kuala Lumpur untuk bertemu dengan calon tersebut. Balik dari berjumpa, diam seribu bahasa.

Betul-betul menyesakkan hati saya yang telah tertangkap cintan. Selalunya bertemu janji ni, tak pernah lebih dari sekali.

Lepas tu kejadian ni berulang lagi, tak silap saya 4 kali peristiwa ni berlaku dan kali terakhir adalah pada tahun 2013. Selepas 2013, saya taubat taknak buat lagi, sebab taknak hati saya sakit.

Pernah berjanji temu dengan calon jodoh saya berlaku 2 kali dengan orang yang sama.

Tahu tak, pada pertemuan kali kedua lelaki tersebut mahu meminjam duit saya. Makan pun saya belanja. Rasa- rasa saya bagi tak pinjam duit? Ye, memang saya beri tapi RM50 sahaja.

Orang lain mesti kata saya bodoh. Ye, saya bodoh.. Ya, masa tu saya betul-betul kepingin bercinta, rasa dicintai dan mencintai..

Tapi nasib baik Allah sentiasa melindungi saya. Duit saja hilang RM50. Selepas memberi pinjaman, lelaki tersebut tidak menghubungi saya lagi.

Diakhir 30-an, saya bernekad untuk tidak mencari cinta lagi. Cukuplah saya sakitkan hati sendiri…

Bila saya dah jatuh hati, akhirnya saya akan dikecewakan lagi. Biarlah cinta ini saya lahirkan pada Allah, pada agama Islam, keluarga saya, pada kawan-kawan saya dan pada pelajar saya.

Kadang-kadang, saya risau juga. Siapa nak jaga saya masa tua nanti.. terfikir juga semasa menonton k-drama baru- baru ini, kan best kalau boleh buat ivf walaupun bujang…

Astaghfirullah al-hazim… Jauh kan saya berfikir. Saya memang suka berfikir diluar kotak, cikgu sains lah katakan.

Yelah, saya ada rumah sendiri, duduk pun sorang-sorang. Biasalah kadang- kadang tu syaitan meracun fikiran kita.

Akhirnya, hati saya berdetik, Allah sahaja sebaik- baik pelindung. Kita letak suami, anak-anak sebagai pelindung utama kita. Kalau suami kita mati lebih awal dari kita, macam mana?

Ada juga orang yang melihat saya sebagai malang kerana tidak kahwin. Cara pandangannya tajam setelah mengetahui saya masih bujang. Tapi saya buat tak tahu sahaja.

Pada saya, saya langsung tak malang kerana saya punya kerja yang baik, pendidikan tinggi dan juga aset.

Saya bergaul baik dengan baik dengan semua orang, jika bekursus saya juga menonjolkan diri dengan menyatakan pendapat yang bernas.

Jujur saya katakan saya bolehlah dikatakan guru yang agak terkenal di daerah saya atas keaktifan saya.

Disini, saya mahu meminta kepada semua wanita yang masih bujang supaya jangan jadi macam saya dahulu… Terlalu ghairah mencari cinta dengan berjanji temu buta dengan orang yang tak dikenali..

Takut sekarang banyak terjadi kisah menakutkan seperti kes pendakwah selebriti tersebut.. jagalah diri, jangan risau nak mencari jodoh, jika ada adalah.

Jika tiada, mungkin Allah nak kita dekat dengan Dia. Kita belum ada apa-apa dah terpikat dengan mulut manis lelaki.. kalau dah jadi kekasih, agaknya sampai lupa agama dan keluarga (itu akaklah)….

Pendek kata jangan jadi macam akak yang lupa dunia ni…. Sekian terima kasih.

– Cikgu Di (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *