Hi! Bella sini. Ini sekadar nak bercerita, bukan luahan hati yang sedih atau pilu. Aku happy sekarang.
Kenapa happy? Sebab dah di’kick’ dari ofis lama oleh bos yang suka dibodek. Sekarang aku dah pergi bahagian lain but still sama kementerian.
Ex bos aku tu perempuan, aku gelar dia Wiwin la, sebab dia selalu nak menang je.
Aku maklum la dia tu bos, mestilah nak menang aje, tapi bukan soal kerja je tau, segala soal la termasuklah personal life. Haha.
Walhal pada side staff, tak pernah pun nak berlawan-lawan apa pun, logiknya sekali pandang pun memang dia dah menang. PTD lawan PT, korang rasa? Hahaha.
Tapi itulah, dia tetap rasa tercabar walaupun dengan PT. PT tu akulah, Pembantu Tadbir yang jauh rendah jawatan jika dibandingkan dengan si Wiwin ni. Aku selalu tergelak bila ingat balik semua yang dia pernah sindir aku.
Jujurnya, aku sangat presentable bila ke ofis. Badan aku kategori BMI normal. Baju-baju aku takdelah mahal tapi nice la pada pandangan mata. Bermekap juga tapi tidaklah tebal.
Aku suka tudung Bawal Exclusive, aku dah lama kerja dan aku mampu, so aku memang pakai BE. Tapi bab tudung ni pun dia sindir. ‘Membazir je beli tudung mahal-mahal, tudung saya RM15 je, still fit the purpose’.
Hmm aku diam je, tak kuasa nak layan. Duit aku, sukati akulah. Itu salah satu contoh la sindiran dia, banyak lagi tapi kalau aku bentang semua kat sini, barua dia confirm dapat detect ini confession siapa. Kahkahkah.
Korang baca mesti rasa kasar aku panggil barua kan. Tapi memang selayaknya itu nama untuk diorang. Kuat gila diorang tu bodek si Wiwin ni, you have no idea! Aku memang stail tak banyak cakap dan buat hal sendiri je.
Kalau aku nampak sesiapa kat ofis pakai baju cantik, aku puji la. Tapi barua Wiwin takkan puji orang lain, dia hanya puji Wiwin sahaja. ‘Cantiklah baju puan, baju baru ye puan? Cantik sangat!’. Padahal baju si Wiwin tu biasa je.
‘Puan pakai perfume apa ni puan? Wangi sangat, dari tadi saya nak tegur sebab bau ni nice sangat!’. Aku yang dengar ni senyum sorang.
Sometimes ada juga aku bertukar pandangan dengan colleague lain yang memahami dan kami mengerti pandangan masing-masing.
Banyak lagi ayat-ayat aircond yang aku dengar, kadang tu macam tak logik dan over, pernah je aku nyorok sekejap bawah meja dan gelak. Sebab level barua tu bukan level mengipas dah tapi aircond.
Wiwin ni memang suka dipuji dan dibodek. So sesiapa yang pandai aircond dia, memang dia sayang. Aku yang tak pandai ni, memang dia aim je.
Dulu-dulu aku hairan juga, tak pepasal kena sindir, kena jeling, apalah masalah si Wiwin ni dengan aku. Tapi lama-lama aku dah immune dan aku ignore je. Kau jealous, itu masalah kau. Aku buat jelah kerja aku, cukup masa, aku balik.
Cut to the chase, aku ditukarkan ke bahagian lain. Swap dengan PT lain yang baik dengan si Wiwin ni. Kontroversi juga pertukaran aku ni sebab ada lagi orang lain yang lebih lama kat bahagian tu daripada aku, tapi nama aku yang naik.
Tipulah kalau tak terkejut, tapi aku menerima dengan lapang dada. Aku yakin ini adalah jawapan kepada doa-doa aku. Aku selalu berdoa untuk ketenangan hati dan tenang juga untuk kehidupan di sekeliling aku.
Ofis lama aku tu aku tau, ada je yang tak suka aku, sebab tak sekufu dengan diorang. Ada yang tepuk tangan bila aku kena kick, tapi aku tak kisah. Aku boleh belajar benda baharu.
Diorang? Mereputlah kat situ. Teruskanlah usaha meng’aircond’ bos korang si Wiwin tu ye & semoga berbahagia hendaknya.
As for me, kat mana saja aku kena campak, aku boleh hidup. Rezeki datang daripada Allah, aku tak takut. Ofis baharu aku ni pun aku tengok tenang je, tak hingar macam ofis lama aku. Ini yang aku perlukan.
Terima kasih Allah kerana telah menjentik pintu hati si Wiwin ni untuk picked nama aku untuk disingkirkan.
– Bella (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit