TAK PERNAH SENEKAD NI

Aku nak cerita pasal satu keputusan berhenti belajar di sebuah universiti awam yang semestinya menjadi dambaan segelintir masyarakat.

Aku dulu macam tu lah,fikir ade ijazah dari sebuah UA akan jadi perkara yang paling terbaik dalam hidup aku.Hidup tak selalunya indah kan? Mungkin ujian aku kali ni belajar rasa tak boleh catch up langsung,tak gembira,stress sepanjang masa walaupun diploma aku grad dengan jayanya.

Dan aku fikir,memang dari awal aku rasa tak gembira dapat sambung belajar sini (bukan UIA).Cuma aku jenis yang fikir,apa ibu ayah cakap itu yang terbaik dalam hidup aku.
Jadi aku still teruskan niat belajar tu.

Tiba tiba ada satu point dalam diri aku,aku fikir ni bukan sebenarnya yang aku nak.I am not happy at all.Aku cuba bincang dengan ibu ayah,tapi diorang nampak keberatan nak bagi aku berhenti.Aku cuba kayuh jugak lagi,datang kemuncak nya yang tiba tiba,ah aku memang dah tak larat dan taknak.Aku belajar,tapi aku tak ada life yang gembira.Perwatakan aku terasa berubah dengan ketara.Aku streskan semua orang sekeliling untuk minta diorang faham ape aku rasa.

Setelah bincang dan bincang,ibu dengan ayah aku bagi berhenti walaupun aku tahu diorang still keberatan,tapi aku pujuk diorang habis habisan.At last when they said 'yes , you may quit'. Rasa bahagia dia tuuuu macam keluar dari sangkar tau tak.Hilang batu besar atas kepala ni semua.

Bagi aku,doa ibu ayah penerang jalan.Doa dan restu diorang yang aku perlukan.Rezeki Allah tu luas.Selagi ibu ayah doakan,in shaa Allah jalan aku selamat.Kalau ibu ayah aku tak redha aku berhenti belajar dan berhenti doakan aku,itu yang paling aku takut.

Jadi nak tanya pendapat korang,aku buat keputusan yang salah ke pilih untuk berhenti belajar ?

– -NANA

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *