Tak reti cakap omputih lebih baik dari tak reti baca al-Quran

Jangan terkejut bila sis cakap sis tak reti baca al-Quran. Sis masa kecik-kecik dulu mak hantar pergi sekolah agama, mengaji semua tapi sis selalu sakit masa tu jadi sis banyak skip. Masuk sekolah menengah sis jadi liar pulak mak nak hantar sis mengaji sis taknak. Teruk kan sis?

Menginjak umur 21 tahun baru hati sis diketuk-ketuk, sis nak sangat lafazkan setiap kalimah dalam al-Quran tapi sis tak reti. End up, sis menangis sambil peluk al-Quran.

Sis tengah cari ustazah untuk mengajar mengaji yang sedihnya sis cari ustazah tapi yang banyak sis jumpa ustaz. Dia lelaki, sis segan sangat.

Ni dah dekat setahun sis cari tapi belum rezeki sis untuk bertemu dengan mana-mana ustazah. Mungkin Allah nak tengok sejauh mana sis punya usaha untuk mengaji. Takpe sis sabar.

Dan oleh kerana mengambil masa yang agak lama untuk mencari jadi sis banyak habiskan masa dengar bacaan ayat al-Quran dalam youtube lepas tu sis follow sikit2. Alhamdulillah sis umur 22 tahun, sis dah boleh baca surah yassin, al-waqiah, ar-rahman, al-mulk dan surah2 pendek.

Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa mak sis tak ajar sis? Mak ajar jugak tapi sebab mak banyak travel dengan abah maka masa tu limited.

Sekarang sis dah mula baca surah al-Baqarah tapi sis ulang page yang sama selagi sis tak lepas. hehe. Kalau dalam masa yang terdekat ni sis still tak jumpa mana2 ustazah, sis akan pergi jugak dekat ustaz tu.

Sis teringat something, ada kawan sis kata sis beruntung sebab pandai bahasa omputih, sis cakap dekat dia yang dia lebih beruntung pandai baca al-Quran dan kalau kebolehan ni boleh ditukar sah-sah sis sanggup tukar. Sis lebih rela tak reti bahasa omputih dari tak reti baca al-Quran.

ni peringatan sis kepada mereka yang diberi kelebihan boleh membaca al-Quran. Gunakan sebaik-baiknya bila ada masa bacalah jangan tinggal. Ada masa break bacalah, rugi sangat-sangat kalau tinggal sedangkan dah diberi kelebihan.

Sis ni berapa kali menangis sebab tak reti baca dalam kepala sis asyik fikir je..macam mana sis nak didik anak sis nanti.

Kalau sis mati nanti sis harap sangat Allah nampak effort sis nak membaca al-Quran.

– sis mencari ustazah

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

32 Comments

  1. Sis, start dgn kawan2 yg pandai baca Al Qur’an dulu. Talaqi baca sama sama. Mana yg salah maybe diorg boleh betul kan. Semoga berjaya.

  2. Meh saya ajar sis. Saya pun ajar housemate dulu. Tapi sy x digelar ustazah la sbb ustazah tu pangkat dia lagi tinggi ilmu byk. Kalau nak ajar jawi , tajwid and alquran ni sy okay la :) sbb mak sy pun guru quran kt skolah. Pm saya okay?

  3. Ya Allah tuhan yang empunya segala macam kelebihan. Hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca Al-Quran. Jadikanah Al-Quran semasa hidup kami sebagai rakan dan didalam kubur sebagai kawannn yang mesra. Amin ya Rob.

  4. Sis jgn sedih, selagi belum mati selagi tu kita ada masa,sis kalau nak sy tlg boleh,pm je saya sis jgn ckp camtu,dua2 pun kelebihan,pandai baca quran dan pandai english. Cuma mungkin pandai english ni sis anggap dunia je tp sbnrnya bila kita pndai english byk advantage,kita boleh berdakwah internationally, target audience lebih ramai.Tapi pandai baca quran advantage nya di dunia dan diakhirat,wajib kita pandai baca selagi ada umur, lps ni jgn compare tau sis dgn org lain,dua2 pun kelebihan, dua2 pun diperlukan. Mcm pandai baca quran tu fardhu ain,dan pandai english tu fardhu kifayah,tak sesuai nak dicomparekan. Huhu. Lps ni kalau sis rajin dan pandai baca quran kan sis pandai dua2, tak gitteww

  5. My sister will help u. She’s expert in both language. English & arabic. Dia pun ex student uia. Dia study comparison religion. Seriously, u personally can add my fb. Sy ikhlas :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *