tak sampai hati nak pilih yg mana satu..

assalamualaikum korang, tq admin if approve.

korang, tadi masa aku baru balik kerja tiba2 ayah aku cakap

"angah, kucing kat rumah ni dah banyak sangat, ayah nak hantar kat pasar malam ni. angah pilih yg mana angah nak tapi boleh 2 ekor je! "

bile aku dengar je ayah cakap macam tu, otomatik aku jadi sebak..macam mana aku nak berpisah dengan dieorang lepas ni weee….

total kucing yg aku bela sekarang ni ada 7 ekor 4 ekor kucing kacukan biasa dan parsi the rest kucing biasa. Dia rasa rimass sbb bau n bulu bersepah. yela, kucing kan.. lagi-lagi ada yang masih menyusu.. berak pun tak pandai lagi kat pasir.., kalau bulu tu sbb karpen kan,dieorg main2 nak buat mcm mana. aku dh halau duk kat luar rumah pun still dieorg nk main kejar2 dalam rumah.. yg ibu kucing aku dah anta pi klinik utk mandulkan..tapi still dia nak buang jgk..

korang bygkanlah aku akan rasa kehilangan sgt sbb, bila aku balik je kerja bersusun depan gate sambut aku balik, golek2 kat lantai, gigit2 tali briefcase aku ajak main, kalau org lain balik tak de pulak macam tu.kalau aku buat kerja kat libry, mmg aku invite tujuh2 ekor ni masuk sekali utk main dlm libry. bia meriah n huru hara.. aku suka sbb end up aku tak buat kerje pun, tapi sibuk main dgn budak2 tu. dieorg la tempat aku peluk, cium, syg, n pendengar yg setia…

then, kalau aku tengah stress, port paling aku suke lepak tepi pool rumah. kdg2 bila aku nangis kat situ, sekor2 budak2 ni datang kat aku, sondol2 peha aku n naik atas riba, masa tu ttibe dieorg behavee jer..sbb mcm paham aku tgh sedih..sbb tu la aku rasa dieorang je yg paling paham aku.

mesti korang rasa, alahh kucing je pun.. sape nak kisah!
percayalah, hanya orang yg pernah berada dalam situasi ni je tahu macam mana rasa akn kehilangan tu even a cat.. sorry, my bad. i can't handle this feeling :(

Ya Allah , still aku confius nk pilih yg mana satu utk stay… n mana satu yg akan kena buang.. aku rasa berdosa sgt kena pilih mcm ni. aku dah try merayu kat ayah..tapi dia tetap xbagi.

lepas ni sape nak sambut aku depan pintu, nak main kejar2 atas meje kerje aku, nk pujuk aku kalau aku sedih, nk buat muka tak bersalah kalau teryak atas karpet, n paling aku sedih dieorg dah terbiasa makan sedap kat rumah,tidur selesa.. tapi kat luar sana dieorg boleh survive ke???

– ririn

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

26 Comments

  1. Minta tempoh 2 minggu dengan bapak, tunjukkan ko betul2 sayang.

    Bulu2 kena sedut sapu. Taik kena bersih. Carpet sofa make sure tak koyak tercakar, kucing haruslah behave dengan semua bukan dengan ko je. Berak semua tu make sure takde merata. Makanan jangan lupa bagi. Cage bersih bla3.

    Kalau sendiri tak nak jaga, tak berjaya, you loose. Simpan dua ekor yang baka biasa tu, yg kacuk/parsi tu iklankan, jual. Harga murah takpe. Dua dalam satu, dapat duit dan adopter. Takpe la kan jual kucing yang cantik kan, kasih sayang sama rata hew hew hew.

    Sekian, daripada orang yang dah serik nak mati rasa kerja basuh berak kucing dan kencingnya. Semuanya kutelan demi adik tercinta. Grrr.

  2. Jangan buang… kat pasar dorang nak makan apa? Karang org yg makan kucing dorang selalu amik kat pasar. Pls.. kalau xnk sgt, mintak masa dgn ayah, buat iklan for cat rehome. Jgn letak pasar :'( nanti jd kurap and kurus kering

  3. Aku tak boleh betoi baca benda macam ni..marah pulak rasa..no,aku tak marah kat confessor, everybody calm down.

    Mintak la masa kat ayah hang nak buat adoption.thats the only way i can see dari buang macam tu ja.aku pun penah buang kucing kecik2 dulu.sebab ayah suruh jugak.dah 15 tahun lepas,aku rasa bersalah lagi.

  4. Nope…kucing biasa org bela ssh nk survive kt luar…klau kawasan rmh luas lg…buat la rmh kucing…buang xselesai masalah…seksa jiwa dok fikir keadaan kucing

  5. Saya rasa better awak anta kat rumah utk kucing, ada ke? Means org2 yg jaga kucing ni la. Sbb klu kat pasar malam, takut kang kene bunuh ke, kene racun ke. So bahaya. Kecian dorg.

  6. i don’t think they can survive. bpak aku pun selalu nak buang kucing² aku gak. sbb byk sgt 9 ekor dah. aku ckp kt bapak aku, dari buang gitu kt pasar, baik lah aku racunkan saja. atleast aku taw semua mati dah dari aku tertanya² makan ke tidak dorang kt pasar tu. tapi xdela aku nak racun pun. saja sarcasm sikit kat bapak sendri.

  7. boleh post kat dunia kucing group (original) untuk mnta sape2 adopt. rumah sy ada lebih 10 ekor kucing, kucing pn smpai kenal laa muka2 family ktaorg. mak sy siap bt banglo a.k.a sgkar kt blakang rumah untuk dorang, rumah sy rumah taman faham2 laa space pn terhad. memg sy tak pernah nak buang even dorang berak merata2, pancut air kencing kt langsir. anggaplah tu ujian dalam pelihara binatang kesayangan rasulullah. kalau dibuang mcm mana dorang nak survive ? kesian dorang, sy bnyk kali tgk kucing mati kena lggar kat pasar. yela kenderaankan banyak kuar masuk park kt pasar. kesian dorang jgn buang dorang tau, cakap baik2 dgn ayah awk. moga dipermudahkan dan moga ayah awak lembut hati

  8. Please jgn buang….aku kesian betul tgk kucing kt pasar ngan kurapnya. Kalau sapa2 nak bela kucing better kutip kat pasar je…berlambak…yang parsi pun ada.

  9. Alah..jgn buang..sian dorang..dulu mase sy n adik2 kecik ktorang cam sis ramai sngt kucig n maen kat dlm umah..yak merata..N mmeg xlah ktorang nk cuci sbb kecik ag..
    Last abah suh buang..mlm tu masuk kete buang kat pasar..sedih kowt..balik umah sunyi jer..
    Sy cadangkn sis buatkn rumah yg besar n bia dorang maen makn kat dlm tu jer..bagi naek jarang2 jer..

  10. Rumah msti besar kn?ade lbrary siap dgn pool lg..tntu blh je nk buat rumah khas utk kucing tu..bg dia main dlm rumah dia je..mase ko ade baru lepas kuar main kt laman..xpyh dh nk berserabut bebudak bulus main dlm rumah bapak ko..

    • Haa aku baru nak cadang camtu. Huhu. Takpun kau beli cage, kurung je diorang dalam bilik kau time kau takde. Sekurang-kurangnya kalau jadi tunggang langgang pun dalam bilik kau je. Tak melibatkan orang lain. Masa kau da kat rumah lepaskan la diorang. So macam tu kau boleh kontrol diorang buat apa semua kan. Rumah aku pun banyak jugak kucing. Ada dalam 10 ekor. Kucing kampung jela. Mujurlah aku dok kampung. Rumah sebijik je pulak tu kat tengah2 kebun getah. So memang diorang dok luar rumah jela. Ada jugak masuk rumah bila kitorang bukak pintu, diorang berebut2 laa masuk. Ada jugak kadang2 yg melepas dalam umah. Tapi takde la selalu. Kadang2 je. Terbalik pulak dengan aku. So far diorang ni takde mendatangkan masalah dari segi behaviour diorang, cuma aku rasa kesempitan dari segi makanan jela. Huhu. Benda boleh bawak bincang. Try nego ngan ayah kau. Orang tua biasalah dah usia2 macam tu diorang kalau boleh nak rehat je.

  11. Spayed.neutered. hntr kat pasar akak boleh jamin mmg mati katak je kucing2 tu semua.mmg kucing azalinya predator tp kalau kita dah bela, dah terbiasa mkn minum dihidang ingt dia mampu survived luar tu? Nk berebut dgn kucing kawasan sedia ada. Ending dia either mati disitu, diangkut majlis pebandaran.dibunuh. yg 7 ekor tu kalau dah 6bln @ berat 2kg.bawak je la pg spayed.

    Pasal kebersihan tummg bela kucing kena rajin sikit.vacum.mop. Masalah berak kencing berbau boleh atasi. Bg mkn elok sikit.tmpt berak diorg tu rajin sikit bersih.kaalau dah 7 ekor tu kena ada dlm 4 litterbox, 2kali sehari kena bersih.

    Tp akak baca siap ada pool ngn library so i asssume you live in banglo. Beli je la cage beso sikit sumbat sume tu.tak pon tempah pondok pagola tu letak tepi pool..lawa juge..

    Having a pets is a life long comitment, bukan bila kita tak suka kita dispose mereka.

  12. Promote dlm grouo kucing..inshaallah boleh adopter yg baik2…lgipon sng je sis nk dpt adopter sbb kucing sis ada baka..sje nk cadangkan sbb lbih baik bg kt org berbanding buang

  13. Meh kasi saya sekor since kucing kt rumah hilang haritu. Selalunya dia teman sy bila parents gi keje, adik2 gi sekolah. At least tkrasa diri duk sorang2 kt rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *