Assalamualaikum, hai. Pertama sekali terima kasih jika admin approved confession sy ni. Saya ada terbaca confession 'kain buruk mak'.. menangis baca kisah tu. Jujur kata kan saya sangka kan saya je di dunia ni yg di layan begitu. Rupanya ada jgk lg. Bezanya saya anak sulung.
Saya anak sulung. Sejak kecil hidup sangat dikawal oleb ibu bapa saya. Tapi ketika itu saya tak pernah mgerti apa itu dikawal ketat. Saya tak kisah. Tu masa sekolah rendah. Masuk sekolah menengah, saya mula persoalkan kenapa saya dikongkong (jiwa remaja lah katakan). Kawan2 boleh pergi rmh kawan perempuan lain utk beraya, buat kerja rmh dll. Tapi saya tak. Bapa akan htr saya jika bapa tak boleh htr saya tk boleh keluar rmh. Hidup saya juga tk mcm org lain, saya dipukul, ditarik rmbut depab adik2.. adik2 saya tak pernah dipukul atau dijentik. Kehidupan saya semasa sekolah menengah penuh dgn kebencian terhadap keluarga sndiri sebab mereka tak benarkan saya jalani kehidupan mcm kawan2 lain. Dh hbs spm, alhamdulillah keputusan agak cemerlang. saya dpt uia tercinta. Setelah beberapa bulan di uia, saya sedar apa yang ibu bapa saya buat dlu adalah sbb sygkan saya utk didik saya. Saya di uia jauh dari keluarga.. jujur saya katakan. Semester 1 dia asasi uia merupakan kejutan budaya buat saya sbb saya tak pernah didedahkan di dunia luar. Saya berkawan ramai, (semua perempuan lah). Kalau dlu di rumah bapa tk bg saya keluar rumah, tp di uia saya bebas krluar bersama kwn2 perempuan saya. Saya seronok.. adik perempuan saya sekolah harian juga spt saya tp kami dlu sekolah yg berbeza.. segalanya bermula apabila adik2 dah besar.. ibu saya tak pernah menaruh harapan utk saya dpt cemerlang spm alhamdulillah saya dpt. Ibu saya sangat menaruh hrpn utk adik saya dpt cemerlang spm tp dia tidak dpt.. tk.mengapa saya tak pernah pndg itu semua cuma apa yg jadi buat saya terkilan sbb saya ni bukan harapan keluarga rupanya..
Masuk uia, saya ingin meneruskan pengajian dalam satu bidang yang amat saya minat namun harus saya batalkan atas permintaan ibu utk meneruskan pengajian dalam bidang X (maaf tpksa rahsiakan). Saya ikut kemahuan ibu sbb saya sygkan ibu.. setiap semester saya dpt dekan tapi tak pernah dipuji ibu bapa saya.. adik saya juga dpt u tk lama kemudian. U mana tpksa dirahsiakan. Dgn izin Allah dia juga dpt dekan. Ibu saya hadiahkan puji dia mcm2. Sdgkan saya tidak pernah dpt semua tu.. Dengan izin Allah juga, saya belajar dibawah tajaan.. adik saya belajar menggunakan ptptn. Sejak mendapat elaun, saya tidak pernah mendapat wang poket lg dari ibubapa. Tak apa saya faham sbb itu mmg tujuan utama saya. Adik saya ptptn jrg2 dpt duit poket juga. Mgkin sbb kami sudah besar.. disebabkan beberapa perkara, saya terpaksa beli kereta (2nd hand).. saya menggunakan duit saya sendiri. Susah payah saya kerja sambilan sambil belajardemi mencari duit utk kereta dan makan. Saya tiada masa utk melancong wlpun disinis oleh beberapa kwn kerana sering menolak pelawaan mereka utk berjalan jalan. Saya nak, saya teringin tapi kewangan tak mengizinkan.. saya bukan lah seperti mereka yang mendapat tajaan ibu bapa untuk melancong. saya terfikir mengapa sesetengah kawan saya, walaupun tajaan belajar, masih diberi duit poket.. saya trsedar saya tak patut membandingkan. Ibu bapa saya byk bkorban utk besarkan saya. Oleh itu saya pendamkan kesusahan ini, saya teruskan kehidupan spt biasa. kini saya sudah habis belajar..
Takdir Allah, saya ditemukan seseorang yang ikhlas sudi terima baik buruk saya.. dia ingin nikahi saya, begitu juga saya. Namun, apa yang jadi buat saya terbuka mata lebih luas. Jika sebelum ini, anak jiran atau saudara lain, ibu bapa saya suka kata bahawa hantaran anak x tu tinggi sangat mcm nak jual anak dsb.. saya berharap keluarga saya dpt memudahkan urusan baik kami kerana status saya yang sedang mencari kerja, dia yang baru kerja dan keluarga nya yang tidak lah senang sangat.. hancur harapan apabila ibu bapa saya tidak mahu menerima cdgn itu atas alasan apa kata orang jika hantaran rendah. Saya menangis tiada siapa tahu.. saya cuba lagi.. jumpa iklan perkahwinan beramai ramai juga ditolak atas alasan mahu menjaga maruah ibubapa saya. Hina sangat kah pernikahan beramai ramai yang dianjurkan jbatan agama islam itu? Saya pendam. Tidak mahu bergaduh. Ujian Allah utk saya. Dalam masa tiada sumber kewangan, saya mampu membeli barang persiapan menggunakan duit saya sendiri. Alhamdulillah. Namun, saya cuba berbincang untuk rendahkan sedikit wang hantaran tapi dibalas sinis oleh bapa saya. Mereka katakan itu sudah cukup rendah. Sudah sudah la nanti dipandang serong orang lain. Apa agama atau adat yang menjadi keutamaan? Saya pasrah. Tak sangka ibubapa lebih tidak kisah anak mereka buat dosa daripada lari dari dosa.. kawan kawan, sepupu saya banyak yang nikah dgn nilai hantaran 6, 7, 8 k sahaja. Tidak ada masalah. Malah tiada masyarakat yang ingin pandang serong(jika ada saya tak pasti kerana saya tidak pernag ambil tahu pndgn negatif masyarakat). Mereka tetap berkeras. Saya tidak mampu buat apa lagi, saya hanya buat kerja sambilan banyak2 demi menyimpan duit untuk bernikah. Kerana tanggungjawab nya sbg seorang anak terhadap ibu bapa dan abang kpd adik2, Si dia juga terpaksa bekerja keras untuk menyimpan duit yang lebih. saya menangis lagi apabila seorang rakan baik saya sangat dipermudahkan urusan nya utk bernikah oleh ibunga sndiri kerana ibunya mahukan anak nya dpt hubungan yang halal. Saya pendam lagi semua.. ibu bapa saya suka pada dia Alhamdulillah. Restu mereka sudah saya terima.. cuma..
Sudahlah penat mencari wang utk bernikah dgn melakukan pelbagai kerja sambilan dalam satu masa. Saya juga tidak pernah diberi wang poket sejak pulang tinggal di rumah dengan alasan sata buat pelbagai kerja sambilan saya sepatutnya banyak duit dan saya yang sepatutnya sara mereja bukan mereka sara saya. Saya dilayan spt tidak wujud, wang ratusan diberi untuk adik2 untuk persiapan raya, tapi tidak saya. Saya berusaha bekerja siang malam sambil belajar untuk bayar keperluan tetapi adik2 dihulur duit poket sesenang wenangnya. Sedih dalam hati ni Allah sahaja yang tahu. Belum lagi layanan ibu terhadap saya seolah olah saya ni menjijikkan. Pinggan mangkuk dirumah saya sering penuh disinki walaupun penghuninya rmtdk ramai saya tidak mahu menimbulkan isu dengan mempersoalkan siapa punya angkara. Saya selalu basuh pinggan2 yang ada tapi sedikit2 pd waktu malam. Jika tk habis saya masuk tidur, tapi sering dimarahi ibu kerana ibu kata saya tidak pernah tlg nya utk buat kerja rmh sepertu mengemas dan membasuh pinggan. Hanya kerana kerja saya lakukan pd malam hr dan tiada siapa nampak, saya dituduh begitu. Adik saya juga ada di rumah, cuti sem. Dia buat kerja rmh juga. Kami bahagi2 kan. Saya tk tahu kenapa dihapan saudara mara adik saya dipuji rajin, ringan tulang, lemah lembut sdgkan saya dikeji pemalas, gemuk, perabis duit makbapak. Sedangkan sejak saya tinggal di rumah tu, saya tak pernah dpt duit poket. Saya kerja utk dpt duit poket danharapab utk simpan duit nikah hilang lg.. saya keluar beli makanan saya sendiri duit saya sendirin saya beli keperluan saya guna duit saya sendiri tapi tetap dimarahi ibu. Ibu kata saya membazir duitnyam mungkin dia lupa tu duit hasil kerja saya. Sepanjang bulan puasa, betapa sunyi nya saya Allah ssaja tahu. Adik2 dah pulang ke tempat belajar. Tinggal saya ibu dan ayah. Makanan disusun di atas meja makan. Namun semuanya di hadapan ibu ayah sahaja. Di hadapan saya hanya lah timbunan bekas kosong, dan kuih (yang saya teringin dan beli guna duit sendiri kerana ibu tidak pernah mahu beri wang utk beli apa2). Saya diam, saya panjangkan tangan utk ambil mangkuk lauk dan terlupa ltk dihadapan mereka kembali (saya ltk depan saya).. ibu kelihatan marah dan ambil mangkuk tu secara kasar lalu letak depan ibu dan bapa. Saya terasa sangat masa tu.. dalam keadaan saya kewangan tiada, kerja sambilan siang malam, ingin nikah tp dipersulitkan ats alasan nanti apa orang kata.. kenapa saya dilayan begitu. Kenapa mereka tidak mahu nikahkan saja saya jika begitu mereka layan saya.. bila adik2 ada, ibu tanya kami semua mahu makan apa. Saya jawap lah.. dan tidak diensahkan malah ibu tanya soalan yg sama sehingga adik jawap. Adik pelik knpa ibh tk endahkan saya tapi adik mampu tenangkan saya dgn kata kan sabarlah kita semua tahu ibu mmg begitu. Saya senyap. Sedih.. ibu mahu buat kuih raya. Ibu minta kami adik beradik buat. Disebabkan semua buat tktahu, saya buat juga tak mahu ibu bising. Tapi kesudahan nya hanya saya sorang saja yang buat dan ibu sikit pun tidak marah pd adik yg asyik main telefon. Saya buat, sorang2 sakit belakang, demam. Ibu tak pernah kisah. Adik2 cakap sakit sikit saja terus ibu risau 24jam, ibu belikan ubat itu ini, vitamin itu ini.. sejak akhir2 ni, hidup susah btl2 mengajar saya.
Saya hidup di rumah ibu bapa bersama adik2. Tapi dilayan seperti orang asing, kadang kala jika mahu masak ingin keluar beli keperluan spt cili dan sbgnya. Saya segan minta pd ibu sebab saya fikir sikit saja untuk apa lah berkira.. tapi hakikatnya duit saya sekarang dah 0. Saya buntu mcm mana nak simpan untuk nikah, sedangkan saya tinggal dirumah bersama keluarga pun sama sahaja kalau saya tinggal sendiri. Makan minum duit saya sendiri atas alasan ibu bapa tiada duit. (Mereka bergai tinggi). Saya disuruh bayar bil utiliti rumah ini atas alasan saya juga tinggal dirumah ini dan jangan bermimpi untuk tinggal percuma. Saya mengharapkan dgn tinggal bersama keluarga dapatlah saya jimat dan simpan duit untuk nikah. Namun duit sama sahaja keluarnya. Dengan adik2 kadang kala minta duit belanja. Bapa bising2 kerana mereka minta duit (habis tu mahu minta pd siapa lagi tubtanggubgjwb ibu bapa utk sediakan nafkah anak2 selagi dibawah tanggungannya kan?).. oleh kerana bapa tk beri, saya beri sedikit. Kasihan dgn adik.. saya hidup merempat dirumah keluarga saya sendiri. Tidak menggunakan duit nereka pn untuk perbelanjaan namun masih disinis masih dikeji bahawa saya tidak memahami kewangab mereka dan asyik menyusahkan mereka. Bila? Saya tk minta duit mereka. Adik2 sahaja sbb mereka masih belajar.. kalau saya mampu memang dah lamma saya tanggung adik2. Kesian mereka. Impian saya, jika dah kerja ingin simpan sikit2 untuk ibu ayah agar mereka dpt pergi haji cepat. Saya tak pernav beritahu pun pada meeka mengenai impian saya tu. Tapi mereka katakan dgn sinisnya nanti jika dah tua, hanya adik2 lah harapan mereka untuk jaga mereka. Mereka tidak pernag harapkan saya untuk jaga mereka kerana meraka katakan saya ni seorang yang pentingkan diri. Allah.. sedih rasa.. macam2 impian nak tolong ibu ayah tapi tidaklah saya umumkan impian tu pada satu dunia. Biar Allah yang tahu kan tapi ini pula dibalas mereka.. saya bayar kereta saya sendiri dgn pinjaman atas nama sendiri tidak pernah usik mereka.
Saya kerja sambilan siang malam, mereka tahu saya nak simpan duit tapi mereka tak pernah kata apa. Malah mereka berhenti menyara saya (sememangnya sudah brrhenti lama sejak saya mulakan pengajian).
Saya tak faham kenapa saya dibenci sangat. Bila jauh, berpuluh komen dan tag di media sosial kata mereka rindu sehingga rakan2 mereka komen kataakan ibu bapa sangat bagus dan prihatin. Di sosial media mereka berjanji untuk bawa saya dan adik2 bercuti hakikatnya bila dirumah, kami hanya terperap dirumah dan tidak dibenarkan keluar.
Dihadapan rakan atau saudara, ibu memuji adik2 dengan mengatakan mereka bagus belajar itu ini sejak sekolah mereka bagus. Saya terdengar, ada beberapa cerita itu merupakan kisah saya bukan kisah adik. Telah dibetulkan adik dihadapan rakan ibu tapi ibu katakan adik pelupa. Saya diam diam dan diam. Ibu bapa menggelarkan saya hati besi dan robot sebab saya tiada perasaan. Cumanya saya tak pernah tunjuk depan mereka saya menangis. Saya sakit sorang2. Saya hidup susah.
Saya cuma masih mencari kerja tetap, supaya saya dapat bina hidup saya sendiri. Biarlah susah pun yang penting saya tak susahkan ibu bapa saya. Saya nak bernikah, dan saya perlu simpan duit.
Buat kalian, bersyukur lah jika masih punya keluarga yang kenal erti kasih sayang.
Segala nampak indah depan orang, segala nampak sempurna di media sosial. Tapi hanya Allah yang tahu situasi sebenar jika kami bersama. Tiada kegembiraan sebenar, yang ada hanyalah kata2 negatif. Saya tertekan.
Doakan saya dapat kerja cepat. Doakan urusan saya dipermudahkan. Penat menangis tatkala menaip confession ini. Masih ada beberapa perkara saya terpaksa rahsiakan demi menjaga aib keluarga. Saya sayangkan mereka walaupun saya dilayan begitu.
Saya terfikir untuk lari jauh tapi itu tidak akan menyelesaikan masalah. Saya yakin pada Allah ujian yang diberNya ini adalah kerana saya mampu menanggungnya. Alhamdulillah juga Allah beri seseorang yang sabar dan memahami keadaan saya dan sentiasa bekerja keras untuk halalkan segalanya.
Maafkan saya andai ada didalam luahan ini, saya salah dan silap. Sila tegur untuk kebaikan.
Doakan saya, kalian.
Wassalamualaikum w.b.t.
-bukan siapa siapa
– el
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Kalau boleh pindah jauh2 dari keluarga, bertabahlah awak. Suatu hari nanti ibu bapa awak akan sedar jugak
Pindah je lh uma wey . Bkn tkde kenderaan . Nnti da berjaya hulur lh duit sikit . Pyh ada mk bpk kedekot nih .
Family ke klu mcmtu. Time susah mcm hamba di buat tp bila sng di puji2. Skrg mmg trend mak ayah mcmtu. Kluarla rumah klu mcmtu.
Hijrah
Saya tak minta awak derhaka kat ibu bapa awak tapi kadang2 orang akan sedar bila kita jauh dari mereka. Tapi seandainya awak mampua bersabar itu lbh baik.tu slh satu cara Allah SWT nk tingkatkan darjat awak disisiNya
Jarakkan diri tp jgn abaikan mereka..win win situation..minta petunjuk on what u should do next…dalam sabar kena jug cari jln penyelesaian…dalam peperiksaan kena ada penyelesaian yg betul baru boleh lulus
Setuju
Xpnh kene leh la ckp…luka emosi lebih ssh nk sembuh dr luka fizikal
Tp btl la kuar je dr rumah tu..sbb emosi dia akan lebih terganngu klu stay lagi dgn fmly dia
Mmng kte tak kat tmpt dia.sbb tu saya galakkan dia kuar rumah tapi still jaga hubungan dia sbagai anak dgn mak ayah.Tapi klo dia rasa masih nk bertahan dan sabar terpulang la. ? jgn lupa Allah uji kte berdasarkan kemampuan kte dan tahu kte mampu selesaikannya. ?
lau duk main ayat “apa orang kata” sampai ke tua la x kawin
Kesian kan diaعديدا روسلي
mmm pelik mok ayoh loni.. mcm dok caro ko anok… mace2 doh baco sumo lagu tu…
Panjangnya…btw, kesiannya ada mak gini. Sesiapa yang bakal jadi mak nanti pliss la jangan layan anak sendiri macam anak kambing ya.
Wahai mak bapak derhaka, jwb lh kau kt mahsyar nanti ! Gatal nk kawen beranak tp pranga mcm setan .
Pilih kasih itu memang wujud. Shocking but it is true. Pernah tengok berlaku pada orang lain. Macam tak percaya ibu bapa sendiri boleh buat mcm tu. But eventually, yg jadi mangsa tu ended up very resillient, ringan tulang tak pernah berkira, sgt sgt ikhlas dan murahnya rezeki yg amat. Percaya dan bergantunglah kpd Allah semata-mata. InsyaAllah ada ganjarannya.
Biasanya yg bukan pilihan tu..yg x disukai tu lah yg akan menjaga mereka bila berlaku kesusahan..sakit ….
And also in the end, yg kena teruk tu yg paling dihormati sebab dikira paling berjaya dlm hidup. Allah Maha Mengetahui.
Berkat kesabaran dan redho dengan ujian Allah…pengakhiran yg indah…
Agree.
Menangis bceww…
setuju..ada sesetengah orang tu struggle gila untuk menikah..sebab ada parents yg asyik fikir ‘ apa orang kata’.
Jadi, kalau nampak ada kawan2 yg blom kawen tu jangan la kita cepat judge dia tu memilih dan sebagainya..
kadang2 ada family dibelakang semua kesedihan tu
huhuhu
umpama ditelan mati bapak, diluah mati mak..
and i feel u sis for that part..
4 tahun menderita jiwa raga dan luka tu masih ada..
wlupun my parents very supportive, but not in marriage things.
In my opinion…awak kne jauh kan diri dr keluarga awak…serta merta…org bila dpn mata xdihargai….bila dah xde baru tahu menyesal..
Sabarlah. Urusan nak nikah tu benda baik, inshaAllah Allah permudahkan.
Kawin je kat siam…balik bawak cucu je…hukum allah lepas …hukum manusia je lagi
Anak sulung mmg beban lain sikit. Sbb tu dari kecik, anak sulung biasanya terdidik dgn tanggungjawab. Tak apa, ia menguntungkan awak kelak. Ujian yg berat sbb allah tahu awak mampu. Semoga semua urusan awak dipermudahkan. Amin
Pindahlah dik.. tinggal dgn kwn2.. biar ibu bapa awak rindukan awak pula. Dpn mata 24hours nampak buruk je.. dah berjauh mungkin wangi..
Aii doakan u dpt husband yg baik n soleh.. Nnt ikot hubby u ja k.. N dont forget doakan mak n ayh u tu berubah.. Semoga allah buka hati dorang..as u know my mak is greatest.. Jaga kami n everything.. Berkorban tu xyah crita.. Smpai kiamat pon xabis nk crita bout her.. Dat y allah took my mom.. Aii xla sereda mn when she leave me but u know allah is da best planner..mybe HE prepare something for my mak kat sana..we are young but we are tough inside outside
hmm ingtkn dlm drama tv je mcmnie.. dlm real life pun ad.. sabarlahh.. in shaa Allah stu msa nnti mereka akan sedar
Agree. Selalu dgr cerita je. Tapi bila ada kenal org yg pernah jadi mangsa, memang mcm tak percaya.
Ni mcm cite td Rusna Shakira Rusli
Bru abis bace.
Sabariah Hashim senang ke weih dapat anugerah dekan ?? Kesian dye tapi mujur bijak …
Tgok. Dean list pun menganggur. Ntoh la kos ape dia amek.
Muhammad Naim ni 1 lagi
Pindah keluar, lantak pi orang tua macam tu.
Apelah mak mcm ni mcm mak tiri tak syg anak ke? Bgi lah kasih sayang ..xpyh harta bgi kasih syg dh cukuppp ..haishhh
Aku pelik betul dengan parents yang perangai macam ni, nak apa lagi pon tak tahu. Saya rasa, awak take time jauhkan diri utk sementara, kadang orang bila kita jauh baru dia nak menghargai.
Panjaaaaang gilaaa
Semoga awak dipermudahkan olehNYA…
Allahu, tabahnya awak menjadi seorang anak yg tak pernah mengeluh dan sentiasa cuba puaskan hati kedua-dua org tua walaupun tidak pernah diendahkan mereka. Bertabahlah saudari, ujian yg diberi utk mereka yg disayangi-Nya. In shaa Allah, niat yg baik Allah akan permudahkan. Cepat atau lambat saja, banyakkan bersabar ye. Doa kami di sini mengiringi kalian. In shaa Allah …
scene mak ambik lauk letak depan dia tu, chilidishnya org tua perangai mcm tu
Emotionally immature. Sedih sayu baca. Itukan anak….. bukan musuh.
Dkt media bnyk ingatan suruh taat ibubapa….bnyk dh bce kes2 mcm ni baik di media or trjdi dngn mmber sendri…lpas ni kne bnyk ingtan utk ibubapa plop….utk ank2 yg tabah n sabar dpt lah lepasi ujian2 yg hebat nih….utk yg tk sabar tu ended up… ibubapa yg tk dpedulikn n tggl kt umh org2 tua…wallahu a’lam.
Keluarla dik dari kepompong tu..bila jauh mereka baru akan kenang blk apa mereka dah buat..sbb kita tlalu baik maka kita dibuli.xpela..Allah perhati niat kita..nnt bila sis dah xde mereka akan menyesal..biasa2 nya kebanyakan penyudah hidup org2 tua bgini.ank2cyg mereka benci tulah yg slalu jg mereka di hari tua…
Allah sentiasa bersama org yg sabar…sabar, sabar.
panjang. xabis baca.
sy doakn awk bjaya dunia akhirat.. ameen .. smoga awk tabah dan sabar lalui kehidupan smntara ni .. Allah berkatilah dan murah rezki pd confessor ini.. ameen
Norasiah Sajamsudin
Wanita, kadangkala diuji sehebat-hebat ujian..fiziknya lemah tapi batinnya sangat kuat..itu lah anugerah Tuhan bgi mereka..hm
Moga awk berjaya dan Allah permudahkan urusan awk di kemudian hari dik..percayalah, disebalik kesusahan,akan diberi kesenangan
Sy share bg viral biar mak ayh awk baca.. makcik pakcik baca kisah ni , luahan ati ank awk .. ank sendiri pon layan mcm ank org..
semoga masa akan meeubah keadaan ini..jgn putus berdoa dan sedekah al fatihah utk ibu ayah wakau mrk masih hidup
Tahajjudlah, tahajjudlah, tahajjudlah. Mintak pd Allaah. InsyaAllah, Adik akan tenang dgn bnyk ingat Allaah. Jgn tinggal solat dhuha. InsyaAllah, klu kita jg hubungan dgn Allaah pasti Allaah akan mudahkan hbgn kita dgn manusia. Sangka baik, sabar dan solat.